Sebelum aku mahu menulis tentang topik ini, aku berfikir dua tiga kali sebenarnya. Ini kerana, blog aku hanyalah blog peribadi, blog picisan yang tak mampu nak bawa tajuk seberat ini. Namun, bila difikirkan balik, apa salahnya aku menulis mengikut pandangan aku sendiri.
Kenapa aku kata isu ini berat? Kerana sebenarnya, pada dasarnya, ianya telah dicampur adukkan dengan elemen-elemen politik (itu yang buat aku lagi malas nak ulas). I no good in politic (buat ayat bersepah sikit).
Sebelum aku menulis ni, aku google sana-sini untuk faham kenapa perkara ini terjadi.
Jadi aku jumpa beberapa link yang membawa kepada cerita yang aku memang susah nak faham (iaitu politik). Thanks to Denai Hati sebab semua link tu aku dapat dari blog dia. Sangat-sangat minta maaf kerana tika ini aku menulis dari handphone maka aku tak dapat nak link terus pada blog dia. Sila google sendiri ya.
Rupa-rupanya, ada satu kumpulan penceroboh yang menggelarkan diri mereka waris Kesultanan Sulu sekarang ini sedang berkampung di Kampung Tanduo Lahad Datu. Tujuan mereka menceroboh adalah untuk menuntut hak mereka di bumi Sabah (hak apa aku kurang pasti).
Setakat ini, masih tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina sendiri namun apa yang tersebar di media sosial setakat ini ialah 3 komando Malaysia telah gugur (Innalillah).
Ada beberapa persoalan yang timbul dalam pelbagai forum dalam media sosial iaitu:
1. Kenapa pencerobohan berlaku ketika PRU13 makin hampir;
2. Ada nama pembangkang yang dikaitkan dalam pencerobohan ini.
Woha!
Ok cukup, aku tak cukup kuat nak mengulas tentang perkara itu.
Apa yang aku harapkan ialah keselamatan rakyat Malaysia disana. Sabah dah lama diisytihar sebagai negeri di bawah Negara Malaysia. Maka keselamatan Sabah adalah tanggungjawab Malaysia.
Benar, sebarang tuntutan hendaklah dilakukan melalui PBB. Pencerobohan macam ini tak mungkin berhasil melainkan terjadinya banyak korban nyawa.
Aku pernah ke Sabah. Cantik. Orangnya baik-baik. Banyak perkara boleh dimajukan disana terutama sekali dari sudut pelancongan. banyak betul tempat-tempat cantik di sana.
Tapi iya benar, ramai orang Filipina di sana. Bila aku tanya mengapa, tiada siapa yang boleh beri jawapan.
Orang Filipina ramai di Sabah. Sekiranya berlaku pergolakan, bolehkah rakyat Malaysia Sabah bertahan.
Kalian, aku mohon kalian sama-sama berdoa agar musibah ini dapat berakhir dengan baik. Semoga rakan-rakan kita di Sabah dilindungi olehNya. Semoga Malaysia dan Filipina dapat menyelesaikan perkara ini secara baik dan dapat terus bekerjasama pada masa akan datang.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas segala pandangan..