Tabungan

28 February 2013

Menegur secara berhemah

Social media. Media sosial. Semuanya nyata merujuk kepada Facebook, Twitter dan Instagram. Memang yang tiga ni paling top la. Tipu kalau kau orang kata kau orang tak ada sebarang akaun ni. Tipu ar! Hahaha.
 
Aku dalam banyak-banyak jenis sosial media ni, aku paling suka Instagram. Paling mudah. A picture tells thousand stories. Iya. Memang.
 
Contoh, seorang artis A pos gambar dia atas tikar sejadah sambil memakai telukung.
Lepas tu, mana-mana peminat fanatik (kipas susah nak mati) akan terus la komen, 'owh suweetnya kamoo', 'Alhamdulillah', 'manisnya bila bertelekung', 'i love you dear', dan etcetera.
 
Tapi kalau haters pula (which is haters will always be haters) akan mulalah bagi komen, 'sembahyang pun nak bagitahu orang', 'sembahyang tapi seksi nak mati', 'sembahyang pun make-up?', dan etcetera.
 
See. Satu gambar saja. Banyak betul persepsi.
 
-senyum-
 
Aku bukan apa, it is okay kalau nak menegur, tapi bukankah molek kalau teguran itu secara berhemah. Nak menegur ke arah kebaikan, sila, tapi nama lagi ke arah kebaikan maka kan cantik budi bahasa kalau menegur pun dengan baik.
 
Kenapa aku tiba-tiba bangkit isu ini. Okey sebab begini.
 
Aku dalam Instagram memang aku follow ramai artis. Satu, sebab aku suka. Kedua, sebab aku suka. Eh, macam tak ada beza pun haha. Tapi ya, sebab aku suka, jadinya suka hatilah aku nak follow siapa pun kan.
 
Tapi yang buat jadi kelakarnya ialah, kasihan pada artis-artis ini. Serba tak kena hidup penangan pengikut-pengikutnya. Pos gambar ni, salah. Pos gambar tu, salah. Ada saja komen menyakitkan hati.
 
Ya. Aku tak salahkan follower, mereka ada pendapat sendiri dan mereka suarakan pendapat mereka. Tapi berbalik kepada isu asal, tak boleh ke menegur dengan cara yang tidak menyakitkan hati. Ini tidak, komen tu, pasti ada yang buat hati geram.
 
Macam baru ni, Aaron Aziz pos gambar wife dia. Adalah makhluk Allah menegur rambut blonde isteri AA. Pada aku, kau nak tegur, go ahead, tapi kenakah dengan cara yang menyakitkan hati. So aku pun balaslah, 'tak faham kenapa mesti ada komen yang menyakitkan hati'. Itu saja. Tidaklah juga bermakna aku menyokong dia berambut blonde hence tidak menutup aurat. Bukan. Bukan itu maksud aku, maksud aku, 'sila komen dengan berhemah'. Tapi rasanya, ada saja haters AA yang ingat aku sokong orang tak menutup aurat. What the..?
 
-hembus nafas-
 
Aku kagum sebenarnya. Kagum dengan keyakinan diri yang sesetengah orang ada, yang mana aku tak pernah ada.
 
Aku takut bila aku berbicara, bicara aku menyakitkan hati.
Aku takut bila aku berkata, kata aku buat orang terguris hati.
Aku takut dan aku tak suka.
 
Itu sebab aku lebih suka mendengar dan seboleh-bolehnya tidak membalas dan ikut rentak.
Tapi aku kagum, sebab aku ada seorang kawan ni, pada dia, apa yang dia cakap semua betul.
Dialah yang hebat. Dan kawan aku ini memang jenis out-spoken. Kalau dia tak suka, ya dia akan cakap. Masalahnya, dia mengguris hati orang dan kadang-kadang sebenarnya mengguris hati aku jua.
 
Aku ada beberapa kali keluar bersamanya, dan dia without fail pasti akan buat aku kecil hati. Kadang-kadang aku rasa, pada pendapat dia, keluarga dia sangat sempurna, suami dia sangat sempurna, anak dia sangat sempurna. Dia ada keluarga paling bahagia, dia ada suami paling tampan, dia ada anak paling bijak.
 
Dan aku, aku tidak kaya, aku tak punya suami tampan, anak aku keletah biasa. Kadang-kadang aku rasa macam aku tak layak pun nak berkawan dengan dia.
 
Kadang-kadang jadi lawak juga, sebabnya aku rasa dia asyik cari salah orang, padahal...
 
-senyum-
 
Apa aku merepek sebenarnya ni. Padahal aku nak cerita pasal lain kan?
 
Owh ya. Menegur secara berhemah.
 
-ketawa-
 
Okey macam nilah. Kita ni manusia. Manusia ada perasaan. Ada manusia yang bijak simpan dan kawal perasaan. Ada manusia yang tak pandai langsung nak kawal (sikit-sikit emo)..ada.
 
Jadi, apa kata kita saling menjaga hati masing-masing. Apa kata lepas ni, masing-masing jaga lidah.
 
Tahu kan? Lidah lagi tajam dari pisau?
 
 
 
 

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...