Apa tujuan kalian mengikuti seseorang punya Facebook atau Twitter atau Instagram atau Blog atau apa-apa saja bentuk social media yang lain? Untuk apa?
Jadi stalker?
Betul-betul minat?
Jadikan rujukan?
Idola?
Atau untuk cari salah? Ada saja yang tak betul, terus hentam?
Dulu, masa aku mula-mula menulis blog, aku akan follow ramai blogger dan facebooker. Masa tu tak ramai blogger. Dan tak ramai yang ada Facebook. Jadinya, inshaAllah memang kami akan kenal antara satu sama lain.
Tapi zaman la ni, ramai yang suruh follow blog memasing. Ramai yang buat contest dan mewajibkan untuk like Fan Page masing-masing dalam Facebook. Aku pun kadang-kadang ter-follow juga contest-contest macam ni sebab terdesak nak ada follower yang ramai macam kawan-kawan blogger yang lain. End-up, aku punya kawan Facebook yang ramai dan malangnya aku tak berapa kenal pun. End-up juga, aku punya follower yang aku rasa sebenarnya tak baca pun (atau tak pernah baca pun) apa-apa yang aku tulis. Melainkan beberapa follower dan silent reader yang aku tahu setia membaca rengekan tak berkesudahan aku ni. Akhirnya aku rasa, biarlah aku tak punya ramai follower pun asalkan aku punya kawan-kawan maya yang dapat selalu berinteraksi dengan aku walau hanya dalam kotak komen. Big thanks to you. Kamu tahu siapa yang aku maksudkan. :)
Di Facebook, aku dah mula sikit demi sedikit meng-unfollow orang. Sebabnya, aku dapati makin banyak status yang menyakitkan hati daripada orang-orang yang aku tak kenal pun sebenarnya. Aku pula bukan jenis yang suka membalas balik walaupun ada ruang. Dan aku fikir, dari aku menyakitkan hati dan memikirkan masalah orang tu, baiklah aku unfollow. Haha. Habis cerita.
Lagi penyakit yang aku nampak dalam social media ni ialah, komen-komen menyakitkan hati (selain daripada status menyakitkan hati). Dan komen-komen macam ini akan selalu kita boleh baca dalam Instagram orang-orang glamour dan famous (contoh : artis).
Kalau rasa nak hiburan sikit, aku suka jengah dalam Instagram artis dan tengok komen-komen haters especially. Ada saja yang nak dikomen. Instagram yang selalu dapat komen hot, of course Instagram Dato CT, Nora Danish, Nabila Huda, Nana Mahazan dan Betty Rahmad. Rasa nak bergelak ketawa tengok kerenah orang, pergi je lah situ. Ada saja benda jadi bahan gaduh.
Sambut Krismas kena kutuk.
Pakai tudung nampak rambut kena kutuk.
Bela beruk kena kutuk.
Pakai seksi kena kutuk.
Pada aku, no hal nak komen. Amal ma'aruf Nahi mungkar ye dak. Tapi kita juga disuruh beramal dengan berhemah kan. Nak tegur, why not private message sajo. Tak perlu nak jatuhkan air muka mereka dengan tegur kaw-kaw secara umum. Dengan cara tu, rasanya lebih dihormati kot. Ini idak, hanya kerana teguran kita, dah jadi satu isu pula dalam laman Instagram artis tu.
Aku pun kadang-kadang tergelak juga tengok cara hidup orang lain. Hidup mereka bercampur-aduk. Sat-sat tunjuk gambar seksi amat. Sat-sat karang dah tunjuk gambar pakai telekung dan sejadah. Apa yang mereka nak buktikan?
Namun, pada aku, aku tak layak nak menghukum hidup siapa-siapa pun. Aku pun ada banyak yang perlu diperbetulkan. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Lagipun, kang tulis lebih-lebih, ada pulak haters yang mengata aku pulak.
But then, hater will always a hater. Buat baik macam mana pun, yang jahat yang hina yang buruk juga yang dia nampak.
What to do?
Sent from my iPhone
manusia mana pernah puas apa yang orang lain ada... kan??
ReplyDeleteemm..tesedar kejap..eh..akk ni pembace setia tau..hahaa
ReplyDelete