Tabungan

08 February 2013

Luar Stesen

Pertama kali aku kena bekerja luar kawasan ialah semasa Qalesya berumur 3 bulan. Nama lagi first time, aku sendiri lupa bawa pengepam susu. Dan nasib baik, aku boleh bawa Nazri bersama-sama. Tak adalah rindu dua kali ganda, satu pada anak satu pada suami. Dan nasib baik juga hanya 3 hari 2 malam. Taklah lama sangat. Yang paling tak tahan, lupa bawa pam susu. Tolong jangan imagine betapa berat takungan susu yang aku kena tanggung. Siap demam dan muntah-muntah lagi. Serius, kalau kamu pemberi susu badan tahap tegar, jangan lupa pengepam susu bila bertugas luar kawasan.

Bila aku dapat apa-apa tugasan luar kawasan, aku memang sedaya upaya akan bawa anak sekali. Kecuali yang kat atas nilah sebab aku kena ke Sarawak. Memang tak dapatlah nak bawa semua. Tapi kalau setakat within the state, memang aku usaha bawa ataupun aku balik hari.   

Pernah sekali aku ke Langkawi, 3 hari 2 malam, tak lama sangat. Kelas pun penuh. Jadi aku tak kisah sangat.

Alih-alih, aku sekali lagi kena pergi Langkawi, kali ini 6 hari 5 malam. Yang ini memang aku dari awal dah jiwa kacau. Aku tak pasti sama ada aku mampu atau tidak nak berjauhan dengan budak kecil tu. 

Nak ditolak tawaran tu, rugi, sebab aku boleh belajar banyak perkara dari bengkel tu. Disebabkan ilmu tu, aku ambil keputusan untuk terima tawaran tu.

Jadinya hari Sabtu, aku balik ke Ipoh hantar Qalesya untuk minta tolong Opah jaga. Hari Ahad aku balik ke KL, terus ke KLIA sebab nak ke Langkawi. 

Bermula malam-malam aku tanpa Cha tidur di sebelah aku. 

Dan yang paling tak best ialah, dia tak nak langsung cakap melalui telefon dengan aku. Kalau buat FaceTime pun, dia tak nak pandang dan cakap dengan aku. Kalau dia pandang pun, muka dia sangat syahdu. Muka macam seolah-olah kata, 'sampai hati mami tinggalkan Cha'.. 

Sedih woooo.

Disebabkan itu, aku berusaha adjust flight aku supaya balik sehari awal. And yes! Dapat.

Maka instead of Jumaat, aku dapat bergerak dari KL hari Khamis.

Aku balik memang tak ada orang tahu selain Nazri, konon nak buat suprise lah. Sesampai kat rumah, tengok-tengok Cha tak ada. Rupa-rupanya keluar dengan Pak Lang dan Atok.

Sampai saja Cha, aku terus berlari ke kereta. Cha tengok muka aku macam tak percaya saja. Bila aku peluk dia, dia sendiri tak mahu lepas. 

Ayah dengan mak kata, memang 5 hari ni, dia tak banyak ragam. Senyap saja. Diam saja. Cuma hari Khamis tu, dia macam dapat rasa yang mami dia nak balik, dia dah mula bising dan bergelak ketawa. 

Mungkin instinct dia kuat, mami dia dah nak sampai.

Jadi, dari semalam sampai la aku menulis ni, Cha memang tak nak berenggang dengan aku. Mungkin takut kena tinggal lagi.

Mami pun taknak out station lagi Cha :)





Sent from my iPhone



2 comments:

  1. Weeeii..bergenang air mata ibu disini..
    Touching la.. alahai...

    ReplyDelete
  2. kasih ibu membawa ke syurga .. hurm, nanti cha da besar konpem cha sedih baca entri ini.. hem.. pergorbanan seorang ibu..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...