Tabungan

11 February 2013

Shila Amzah merajuk

Aku setuju dengan pendapat KakCik Seroja. Kalaulah Shila Amzah ni bukan artis, masalah percintaan dia ni mungkin tak menjadi isu. Tapi sebab dia ni artis, dah tahap antarabangsa pula tu, maka haruslah cerita dia mendapat perhatian media apatah lahi orang kebanyakan macam kita ni.

Masalah, masalah biasa. Masalah nak kahwin tapi bapa tak izin lagi. Boyfriend pula degil. Akhirnya, merajuk dan lari dari rumah. Okey, memandangkan dia ni artis, maka media menggunakan istilah yang lebih sopan iaitu menghilangkan diri. Cuba kalau dia orang biasa, mesti media akan cop 'lari dari rumah'. Lame!

Ini pendapat aku. Pendapat okey. Kalau kau orang ada pendapat lain, it is okay. Nama lagi pendapat, kan?

Pada pendapat aku, masalah ni berpunca dari ego dua orang lelaki. Yang tersepit, Shila Amzah sendiri. Kalau jadi kat aku, aku pun akan ambil keputusan untuk 'menghilangkan diri' supaya boleh cool-kan keadaan semula. Dia bukan saja-saja nak larikan diri pun. Dia pun ada perasaan. Dia pun tension. Ini hidup dia. Dia berhak rasa bahagia. Dia dah ada pilihan dia. Yang tahan-tahan kenapa. Pada aku Shila Amzah ni memang anak yang baik. Tak ada langsung cerita negatif tentang dia (sebelum isu ini). Itu menunjukkan, mak dan ayah dia memang berjaya menjaga anak perempuan dia ni. Bukan senang jaga anak perempuan okey. Dalam zaman yang tak ada sempadan ni, dapat jaga anak perempuan sampai cantik dan bersopan macam ni, memanglah terbaik!

Jadinya, tak bolehlah nak salahkan ND Lala bila dia tak sedia lagi nak lepaskan anak dia. Dia ayah. Dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Dia nampak potensi yang ada pada anak dia. Jadi mestilah dia tak nak sia-siakan kebolehan anak dia tu.

Yang jadi masalahnya ialah, ayah dia ni ada juga egonya. Kalau betul pun dia tahu potensi anak dara dia ni, kenapa dijanji dengan lelaki itu yang dia boleh datang merisik bulan Mac 2013. Kalau dah janji, bagi sajalah dia datang, dah tu masa berbincang nanti, cakap sajalah bertunang lambat lagi kahwin lambat lagi. Masalahnya terang-terang dia sound jangan masuk merisik. Member haruslah meradang. 

Kadang-kadang betul juga cakap orang-orang lain, anak dah glamour, mula nak kerah tenaga dia. 

Kesian Shila Amzah.

Yang Sharnaaz pula, dia seharusnya ingat, yang dia cari gaduh tu, bapa pada girlfriend dia. Ate-nye giler!? Cari gaduh dengan bapa girlfriend? Ate tak kawin ler kamu. Belum apa-apa lagi dah buat perang dengan bakal pak mertua? Ate bior benor? Tak boleh gini. Seteruk mana pun bakal pak mertua kita, kita kena hormat. Bila kita nak kahwin dengan seseorang, bermakna kita akan kahwin dengan seluruh family orang tu. Kalau awal-awal dah buat tahi, busuklah sampai ke sudah. Sepatutnya, berlembut sajalah, dari keluar kenyataan tak sudah dalam media. 

Dalam satu rancangan TV, aku tengok Sharnaaz siap bagi pesanan pada Shila Amzah, katanya 'ingatlah kalau tak kerana dia, karier dia tu entah ke mana' lebih kurang itulah yang Sharnaaz katakan. Haish.

Kesian Shila Amzah.

Jadi, yang tersepit ialah ....... Shila Amzah.

Oleh itu, kalau dia nak menghilangkan diri, biarlah, dia manusia biasa, dia perlukan masa.







Sent from my iPhone






No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...