Siapa tak kenal dengan Kamal Affandi Hashim, penganalisis jenayah terkenal.
Bermula daripada dunia kewartawanan dan seorang jurugambar, beliau kemudiannya berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.Hari ini beliau merupakan Penganalis Jenayah Pertama di Asia.
Dalam kesibukan dia bekerja, tanpa sedar rupanya dia menderita sakit AVM. AVM maksudnya Arteriovenous Malformation. Arteriovenous malformations merupakan gumpalan urat yang tidak normal dan ianya tumbuh di dalam otak. Ia terdiri daripada saluran darah normal yang dipanggil “nidus” dan ia melalui arteri (urat) yang disambung terus kepada urat utama dan melalui saluran urat kecil, dipanggil “cappillaries”. AVM boleh berlaku di mana sahaja di dalam bahagian otak kita, samada besar mahupun kecil. Apabila pendarahan berlaku, pendarahan ini adalah sedikit jika dibandingkan dengan pendarahan yang berpunca akibat daripada pendarahan “hypertensive”. Ramai pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat namun, tidak ramai yang menyedari bahawa mereka sebenarnya pengidap penyakit AVM. Antara tanda-tandanya ialah kesakitan dibahagian sebelah kiri mahupun kanan kepala dan apabila perkara ini berlaku, pesakit perlulah menjalani rawatan CT scan ataupun MRI (Magnetic Resonance Imaging).
Ai dapat tahu pasal Kamal Affandi sakit ini melalui blog abang Mazidul.
Ini, ai cut and paste dari blog beliau. (keizinan telah diminta. harap maklum)
Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal.
Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.
Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.
Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.
Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.
"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya.
"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya.
selanjutnya di blog Bersama Mazidul.
Seperti dinyatakan di atas, Kamal Affandi memerlukan RM38,000 untuk pembedahan.
Sebelum ini, kita semua pernah bantu Fynn Jamal untuk pembedahan anak dia bukan? Jadi apa kata kali ini kita bantu Kamal Affandi pula. Kalau seorang derma RM1, rasanya, boleh cukup nak sampai RM38k tu. Kalau ada lebih pun, kita niat untuk perbelanjaan perubatan dia selepas itu.
Sedih bila beliau berkata "Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan."
Apa-apa pun, mari kita bersedekah. Hari ini hari dia, mana tahu nanti hari kita.
Wallahualam.
Sumbangan boleh terus dimasukkan ke dalam Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927.
sumber : Bersama Mazidul |
kesian kan kak..
ReplyDeletedie ni mcm hero negara yang suka bagi tips keselamatan..
sama2 lah kita bantu die..
eh...ye ke...?
ReplyDeletedayah langsung tak tau pasal nih...
sedih pulak tetiba...
:(
Salam..sya baru terbca berita ni. InsaAllah,akan singgah ke Public Bank petang nti..moga dipermudahkan urusan,amin3..tq yg empunya blog..
ReplyDelete