Tabungan

Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

13 September 2013

Segmen Jom Kongsi Ilmu #2 - Maksud Bacaan Dalam Solat

Tadi aku dah kongsikan maksud Doa Iftitah. Jadi kita teruskan dengan maksud bacaan dalam solat yang lain.



Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.




Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,
ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku petunjuk,
selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Semoga mendapat berkat ilmu yang kita kongsi bersama-sama ini.
In Sha Allah.







hari ini hari Jumaat : Segmen Jom Kongsi Ilmu #1



Assalamualaikum. Selamat pagi. Semoga mendapat Jumaat yang diberkati. :)

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Sedikit trivia di pagi Jumaat ini -- bacaan ayat di atas adalah doa apa? 
Kita baca 5 kali setiap hari. 
Iya -- itu adalah bacaan Doa Iftitah.
Doa yang kita baca dipermulaan solat selepas takbiratul ikram.

Semoga mendapat manfaat di hari Jumaat yang mulia ini. Nanti kita kongsi ayat-ayat yang lain pula ya :)




10 May 2013

Hey Ladies!

Assalamualaikum.
Bersyukur ke tidak kita hari ini sebab dapat jumpa Jumaat lagi?
Sila bersyukur kepada Allah s.w.t dan bukan kerajaan okey.
(Dang! Why so politics-ness?)
Hahahaha.
 
 
 
 
Okey rakan-rakan. Memandangkan hari ini ialah hari Jumaat yang penuh barakah, mari kita isi dengan sesuatu yang bererti juga ya.
 
 
 
 
Ladies, it is not easy to be a Woman. Semua perkara kita kena jaga--kan? Semua perkara kita kena tengok--kan? Aku suka sangat dengan satu kisah tentang seorang perempuan yang mogok tak nak buat kerja (merata dalam Facebook). Jadi, bila suami balik rumah, dari luar rumah lagi suami tengok tak berjaga. Pokok tak bersiram (serius, boleh tahu ke pokok bersiram atau tidak? haha), basikal anak-anak tak bersusun dan kasut berterabur (yeah I know, I exaggerate the story haha). Masuk dalam rumah, rumah bersepah, anak tak berjaga, pergi dapur tengok dapur tak berasap, angkat sangai (don't tell me you don't know what sangai means) tengok tak ada lauk tengahari. Panggil isteri tengok-tengok dia tengah lepak atas katil main angry bird (okey, exaggerate more).
 
Bila ditanya kenapa rumah jadi macam ini? Isteri dengan ayu menjawab - 'dah awak kata saya tak buat apa. Jadi saya tak buat apa-apa sungguh la ni.'
 
Ha. Nampak tak? Nampak tak permainan kat situ. Hik hik.
 
 
 
Okey, macam nilah. Apa yang mak nak katakan di sini, kalau ya pun seseorang wanita itu tidak bekerja, tak semestinya dia tak menyumbang langsung kepada keluarga sebaliknya, dialah yang paling banyak berkorban untuk keluarga.
 
Wanita bekerjaya pula, haruslah dihormati juga. Dahlah membantu suami menyara keluarga, setengah masa habis di pejabat, setengah masa lagi mengemudi rumah, bila masa dia berehat? Jadi fikir-fikirkanlah, mulai sekarang, hormatilah wanita dengan lebih ya.
 
Hik hik.
 
Wanita pula, janganlah terlalu mengharap orang menghormati kita sebab kita dah buat semua. Jangan rasa kita berkerjaya maka kita lagi hebat daripada suami kita.
 
Ingat, redha Allah adalah pada redha Encik Suami. Betapa besarnya darjat suami yang telah ditentukanNya. Kalaulah pangkat wanita lagi tinggi daripada suami, di rumah tetap suami adalah raja, ya anak-anak.
 
Jadi mak nak kongsi sedikit ilmu dengan para isteri, ibu dan anak-anak perempuan di luar sana ya.
 
19 Hadis Nabi berkaitan kaum Hawa.
 
1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".         
  
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.         

3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.         

4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.         

5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.        
   
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.          

7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.         

8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.        

9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        

10.   Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.   
     
11.   Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        

12.   Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.      
 
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.  
     
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 
          
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.        
  
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.    
       
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
 Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
 
Salam hari Jumaat yang barakah. :)
 
 
 
 
 
 
 

03 August 2012

::wasiat Rasulullah S.A.W kepada puterinya Fatimah Az Zahra


10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’

1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah. 

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang. 

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak. 

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah. 

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun. 

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah. 

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah. 

Waallahukhlam...



12 August 2011

Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu : Tazkirah Jumaat #1

Salam Jumaat.
Diam tak diam jugak la kan, dah hari ke 12 kita semua berpuasa. Orang perempuan apa macam? Ada yang sudah bocor. Jangan risau, itu normal kan kan kan heeee.

Dekat tempat kerja aku ni, pada tiap Khamis akan ada Bicara Ramadhan. Semalam aku berpeluang pergi sekejap lepas boss benarkan aku pergi. Dia bukan sekadar benarkan, tapi memang galakkan aku pergi sebab bagus untuk pertambahan ilmu dan menghormati Majlis Ilmu.

Jadi dekat sini, aku nak kongsi sikit Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu.

Setelah berjumpa dengan miss gugel, bertanyakan sumber-sumber yang ada, aku dapat artikel ini.

Artikel ini aku ambil dari blog saudara ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan semua.


Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin: "Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.


Lagi dapat dikongsikan,  Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?" 

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)


Dan akhir sekali, Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (  Muslim)


Maka jelas sekali, terdapat banyak kebaikan apabila kita menghadiri Majlis Ilmu bukan sahaja untuk pertambahan ilmu malah diberikan banyak kebaikan buat kita oleh Allah s.w.t.

Kalau lepas ni, orang ajak pergi dengar ceramah, janganlah liat sangat. Atau pun lepas sembahyang jemaah kat masjid atau surau, cepat-cepat nak balik sebab malas nak dengar tazkirah atau ceramah. Ish ish ish. *macam pernah buat ja ngahahahaha*

Tapi.......... menyesalkan kalau dah tahu semua fadhilat ni.

Renung-renungkan dan selamat beramal! :)

muka yang selalu kita lihat bila dengar ceramah. erkk!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...