Tabungan

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

17 May 2013

Bila Wanita Mutalib memasak | Tepung Magik

Oleh kerana hari ini mak tak sihat, maka-nya mak ambil keputusan untuk masak yang mudah-mudah saja yakni meng-goreng.


Bila bab meng-goreng, mak tak pernah ada masalah sebab mak ada rakan baik yang sentiasa membantu agar hasil gorengan mak sentiasa sedap nyum-nyum.

Nak tahu siapa rakan baik mak yang baik hati ni?


Ala, kalau tengok kat tajuk pun dah boleh agak kan haha. Ya, Tepung Magik la kawan baik mak. Mak memang suka pakai tepung ni sebab hasil gorengan memang cantik dan selain itu, memang rasa dia sedap.

Okeylah, cakap pun tak guna, meh mak tunjuk Tepung Magik tu ya.







Ada banyak cara nak guna tepung ni. Boleh guna dengan telur atau kalau nak cepat pakai air saja atau lagi nak cepat, buat macam kunyit saja, terus tabur atas ikan. Tapi aku suka campur dengan air sebab ---- aaa nanti aku cerita.

Bubuh dalam bekas.




Campur air, macam aku cakap tadi, kalau nak campur telur pun oke, tapi pada aku, campur air pun hasil gorengan dah cukup cantik.




Letak ikan. Kalau rasa cair, tambah lah lagi tepung tu.




Okey, kenapa aku suka letak air sebab hasilnya akan jadi banyak dan aku boleh pakai untuk goreng macam-macam lagi haha.

Sebagai contoh, fish cake ni.




Dan juga ubi kentang ni. Nyum nyum.




Jadi siaplah hidangan mak tengah hari ni.
Ikan, ubi kentang dan fish cake hasil gorengan dengan Tepung Magik.
Ayam masak kicap kegemaran Cha.
Dan oleh kerana mak tak larat nak masak banyak-banyak, untuk sayur mak potong timun dengan tomato saja. Jadilah kan.







Dan apa jadi rumah mak sementara mak masak.







Tengoklah Big Boss kecik tu, dulu masa kecil jangan harap nak duduk kat kerusi dia tu. La ni dah besar, meminta-minta lak duduk dalam tu. Nasib baik muat lagi.






Halahai anak.




Bagi mami rehat sekejap ya.
Sakit badan ni.






:)









11 November 2011

Anis Nabilah dalam MasterChef Malaysia

bila dia mula-mula masuk dalam dapur MasterChef Malaysia semalam, aku hanya mampu kata....


tau kenapa?

sebab dia sangat cantik.



ada manja-manja sikit.
ada manis-manis sikit.
pastu pandai berceloteh.
memang suuwweett!!
macam mak?!!






mak berangan oke.

tapi serius, orangnya cantik.
dan mak tak dapat nak tengok dia masak sampai habis sebab si cantik mak a.k.a Little Q dah mengamuk dah menyusu.
tengah kalut-kalut nak bagi susu segala, tengok-tengok masakan dia dah settle.
ke.....mak hilang ingatan?
tak ingat macam mana habis semalam haha.

oleh kerana hari ini masih teringat-ingatkan Chef tersebut, mak dengan gigih gooooogle tentang dia.

dan mak dapat info-info di bawah ini :-

  • mula memasak pada umur 10 tahun.
  • berkelulusan diploma dari Institut Makanan Malaysia pada tahun 2008.
  • host rancangan masakan 'Icip-Icip Channel Makanan Asia,' Sesedap Rasa '&' Tradisi Enak di RTM1, dan 'Rasa-Rasa' di TV9.
  • makanan kegemaran dia ialah Daging Salai Masak Lemak yang dia ajar dalam Masterchef Malaysia.
  • bahan kegemaran dia ialah bawang putih.

oke, kalau nak tahu lebih lanjut tentang dia, boleh jenguk-jenguk dia di:-



nak letak gambar-gambar dia lagi la.



bila tengok betapa senangnya dia masak semalam, tetiba rasa nak cuba juga daging salai lemak dia. hehe.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...