Tabungan

Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

05 March 2014

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

pagi tadi, aku dikejutkan dengan kematian bekas kawan sekolah menengah. macam biasa, FB adalah medium berita paling pantas. aku terbaca status kawan sekolah tentang kematian arwah. terus, aku belek-belek cari siapa yang dimaksudkan.

kalau tengok gambar, memang aku ingat-ingat lupa. tapi melalui komen-komen kawan-kawan sekolah dalam status tersebut, aku dapat tahu nama sebenar dia dan terus -- iya, aku ingat dia.

khabarnya, sebab kematian adalah kerana arwah punya penyakit kanser servik.


sungguh -- kematian adalah satu yang pasti dan sesuatu yang tak disangka. hari ini  masih bergelak ketawa, esok sudah kaku dimandikan orang lain.

teringat pagi tadi, aku terdengar makcik roti canai bersembang dengan pelanggannya :-

"entah bila kita mengadap Dia. entah siapa datang menjemput kita. entah elok ke benda yang menjemput kita. entah bertaring ke. entah cantik ke. itu semua rahsia Dia. kita tunggu sajalah"

betul kata makcik roti canai ni. kalau difikirkan, ngeri pula rasa. tapi iya -- mati itu pasti.

Dan bila kau harus pergi
Jauh dan tak kembali
Ku akan merelakan mu bila kau bahagia
Selamanya disana walau tanpaku
Ku akan mengerti cinta dengan semua yang terjadi

Pastikan saja langkahmu tetap berarti
Bisakah aku tanpamu sanggupkah aku tanpamu .
Sehangat pelukan hujan saat kau lambaikan tangan

Tenang wajahmu berbisik
Inilah waktu yang tepat tuk berpisah
Selembut belaian badai saat kau palingkan arah
Jejak langkahmu terbaca
Inilah waktu yang tepat tuk berpisah


Al-Fatihah.



29 October 2012

case-closed

tadi, mengemas meja.
terjumpa satu minit. tak sempat nak follow-up.
aku satu-kan dengan fail.

aku tatang.
berjalan.
terus menuju bilik fail.

~musa, simpan fail ni. case-closed ya~
~okey cik ta.~

p.s.
ku pulang fail rakan ku yang dah pergi.



INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali.

Minggu ini saja, kami di pejabat dikejutkan dengan pemergian dua sahabat kami.

20.10.2012.
Arwah Imsany Hasrat, pergi meninggalkan isteri dan anak-anak kerana sesak nafas.
Arwah, sememangnya sudah mengalami strok, tetap kental ke pejabat, bekerja, bersama-sama rakan-rakan lain. Hinggakan, rasa macam baru lagi bertemu, bertanya khabar, berjawab hanya dengan bahasa isyarat, anggukan dan kata ringkas 'ya'. Namun cukup, untuk mengeratkan silaturrahim antara kami di pejabat ini. Rasa baru lagi lihat dia senyum pada kami, rasa baru lagi lihat dia berada di lobi menanti isteri yang setia menjemput balik dari pejabat.
Rasa baru lagi, tapi ya..dia telah pergi.

28.10.2012.
12.08 pagi. Aku terima mesej dari suaminya meminta agar disiapkan GL untuk urusan masuk rumah sakit. Namun pada fikiran aku, pukul 12.08 pagi, apa yang aku boleh buat, aku tunggu subuh saja, baru di-forward kepada unit berkaitan. Namun, benar, Tuhan lebih sayang padanya.
Pagi, aku terima khabaran lain, Puan Hazrin Rashid juga telah pergi meninggalkan suami dan 4 orang anak.
Owh..arwah sedang mengandung, dan dia pergi membawa kandungannya bersama.
Arwah ketika itu berada di Hospital Raub dibawa pulang ke Nilai untuk disemadikan.
Kawanku cerita...anaknya yang sulung, menangis sambil memeluk nenek dan berkata, 'nenek..mama dah tiada'...

kalian.
aku ajak, aku mohon, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat dua rakan ku ini.
semoga mereka terus berada di bawah lindunganNya.
semoga mereka berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.



***

kematian.
satu perkara yang mengerikan.
namun, ianya sebenarnya permulaan buat satu kehidupan yang abadi.
ya. itu dibelah yang pergi.

yang ditinggalkan ini.
harus terus ke depan.

anak sekecil itu.
meratap. memeluk keranda.
dari Raub ke Nilai.
mama dah tiada.
mama dah tiada.

itu dia. si anak. kita yang melihat?
berat mata memandang, berat lagi mahu memikul.
kita rasa ngilu. rasa sakit. rasa patah.
tapi bagaimana rasa si suami, si isteri, si anak-anak.

tiada lagi peluk si-ibu.
tiada lagi senyum si-ayah.

aku.
tak boleh nak bayang.
bagaimana...
kalau...
haish...!
tak mo.
tak mo pikir.
takut.

cumanya.
perginya kita, tiada siapa tahu.
rahsia Dia.
rahsia Tuhan.

apa yang kita boleh buat, adalah bersedia.
cukupkah bekal kita?
agar pantas melalui titian sirat.
cukupkah amalan kita?
agar buku amalan diterima di tangan kanan.
cukupkah pahala kita?
agar nyaman berada di syurgaNya.

tak siapa tahu.
tak siapa tahu.

tapi kita tahu.
ayuh.
kita muhasabah diri kita.
mana silap kita.
mana betul kita.
yang silap, kita perbaiki.
yang betul kita tambahkan.

inshaAllah.



Aku Bertasbih
Bukan hanya karena
Takut akan
Azab nerakaMu


Aku Bertahmid

Bukan hanya karena
Ingin merebut
Nikmat surgaMu


Aku Bertakbir

Seluruh jiwa dan raga
Karena sungguh
MendambakanMu
MerindukanMu
MencintaiMu
Kekasihku


Izinkan aku

Membasahi sajadah
Bersimbah air mata
Di dalam sujud


Izinkan aku

Runduk memohon ampun
Lafazkan taubat
Dan Istighfar


Oh... Engkaulah yang Maha Perkasa

Oh... Engkaulah yang Maha Segalanya


Yaa Allah.. Yaa Rahman.. Yaa Rahim

Yaa Karim
Segala puji bagiMu
Izinkan aku reguk cintaMu

Izinkan Aku Reguk Cintamu
oleh: Ebiet G Ade





mama sudah tiada.
ayah di mana?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...