Tabungan

Showing posts with label wanita's wardrobe. Show all posts
Showing posts with label wanita's wardrobe. Show all posts

13 December 2012

12 December 2012

Kedai Rakyat 1Malaysia


KR1M di Kajang

pertama kali pergi semalam.
oke juga.
bukan saja barang jenama 1Malaysia saja ada kat situ.
barang jenama lain pun ada.
jadi kalau nak membeli-belah, memang rasa okelah kat situ.


tisu
ayam goreng
french fries
pencuci pinggan
tisu dia agak nipis. janganlah kau orang jangkakan macam tisu jenis premier atau kleenex yang tebal tu kan. cukup untuk lap hidung, lap tangan pun kira oke dah la.

ayam goreng dan french fries aku tak cuba lagi.

pencuci pinggan dah pakai, agak cair tapi taklah cair sangat... sedang2 aja. memang sesuai dengan harga.


pencuci pinggan
nuget ayam
sosej
bijirin
biskut
perencah nasi goreng

ini antara barang-barang jenama biasa yang aku ambil.

jumlah semua semalam RM60 dan sen sen saja. Kira okeylah! Aku rasa kalau pi pasaraya lain, mesti dah sampai RM100++.

lain kali, nak pergi situ lagilah.

bangga jadi anak Malaysia (eh tetiba)


p.s.
ini bukan advertorial. hahahahahahahahahaha.



ini baju hari ni.
ni namanya baju malas gosok.
ngahahahaha.










10 December 2012

setiap orang ada sisi gedik masing-masing..

aku juga.

























































dan Cha bertanya..

















































fashionista seorang ni.

t-shirt putih scin-chan
jeans pekat






oke.
selamat bekerja.
jangan serius sangat lah!! :)




07 December 2012

bila wanita bertumit tinggi

Assalamualaikum semua.
hai semua.

dah hari Jumaat kita.
Sabtu hari dinanti.
Ahad, hari mengumpul semangat minggu baru.

hari ini, pakai baju hijau, sebab baru perasan ada tudung warna hijau yang tak pernah pakai lagi. hik hik.

baju hijau kosong dengan tudung bawal bercorak.
tangkap gambar dengan ada orang di belakang.
maaf, ai tak boleh tunggu sampai yu habis.
hik hik.


okey.
sekarang nak bercakap tentang wanita bertumit tinggi.
ai la tu?
hik hik. memang nama ai wanita, tapi ini secara keseluruhanlah ya.

aku memang suka pakai tumit tinggi.
bila aku pakai tumit tinggi, aku rasa:

1. yakin,
2. dah tentu rasa tinggi!!,
3. bila berjalan rasa macam model, tak bersepah-sepah,
4. rasa cantik (boleh?!)
5. hahahahahahahahahahahahahahahahaha!

okey, itu apa yang aku rasa dan aku pasti wanita-wanita lain di luar sana pun rasa begitu bila bertumit tinggi.

masalahnya, aku dah mula perlahan berkasut tinggi sejak aku mengandung dan terbawa-bawa bila nak mendukung anak, dan sampailah sekarang bila pinggang rasa sakit memanjang. memang aku dah mula berhenti sebenarnya. tapi, terpaksa pakai balik sebab selalu kena hadir mesyuarat penting. dulu aku lanyak juga pakai 'flat shoes', tapi macam aku cakap tadi, rasa tak yakin dan rasa kerdil saja. acewah.

'heels' kesayangan.
beli masa sales.
makanya, sekarang ini, penyelesaiannya dari 'carpark' pejabat ke pejabat, pakai tumit tinggi.
kalau duduk saja dalam bilik atau bergerak di sekitar radius bilik (fuiyo ayat!), pakai selipar.
kalau nak pergi toilet, tukar kasut senonoh sikit tapi tetap bukan 'heels'.
cuma bila nak pergi jumpa ketua jajahan, nak pergi jumpa tetamu, nak turun balik ke kereta, ya, situ aku pakai 'heels'.

kalau di luar pun, kalau kenduri baru pakai 'heels'.
kalau setakat nak tawaf satu Alamanda, Mines, KLCC atau lain-lain, jangan harap nampak aku pakai 'heels'.
sedangkan naik plane pakai 'slipper' kan!

selipar kesayangan.
burung marah.

okelah, untuk perkongsian bersama, meh ku tampal keburukan pakai 'heels'.
untuk peringatan bersama jek. hik hik.

sila baca. hik hik.


p.s.
ini budak main helmet semalam.
dah la pakai terbalik.
kenapa comel sangat budak!

nyawa





06 December 2012

Pengacara Majlis Perhimpunan Bulanan

hik hik.
malu.
tapi iya.

ai jadi pengacara majlis hari ini.
kenapa malu?
hik hik.
Menteri sebut nama ai.

hik hik.

oke oke.

ini apa saya pakai hari ini.

tanya suami mahu menyibuk tak?
katanya malu sebab baru pakai singlet dan kain pelikat saja.
rosak gambar!



hari ini hari Khamis ya kawan-kawan.
bermakna kena pakai batik.
dah berjanji dengan partner MC untuk pakai baju merah.
jadinya, capai kain batik saja untuk dipadan dengan baju merah itu.
owh ya.
tudung adalah CK Rahim.
ngeeeeeeeee.

Alhamdulillah. Perhimpunan Bulanan berjalan dengan lancar. We are having so much fun! Memang sangat meriah. dan Alhamdulillah, kami berdua dapat kendalikan perhimpunan tersebut dengan baik. terima kasih Tuan Ahmad Fakhruddin dari Kementerian Pelancongan Malaysia.

harap-harap dapat bekerjasama juga nanti. hehe.


hari ini akan jadi kenangan.
jangan berhenti melangkah.
tinggalkan saja jejak mu disini.






05 December 2012

ungu pilihan kita.

hari ini bermula dengan agak perlahan kerana pengakhiran hari semalam yang agak leceh.
Parlimen habis lambat.
Qalesya tak sihat.
Aku sakit kepala.
Hasilnya - lambat dalam semua perkara.

in your face.

okey.
hari ini pakai baju kurung warna ungu.


tapi, kebetulan..rupa-rupanya, aku dan suami sedondon pula hari ni. hik hik.
maka-nya dia DIPAKSA menyibuk oleh aku hahahaha.
sayang punya pasal, dia ikutkan saja.
tapi tetap menyorok belakang hik hik.


love u!



29 November 2012

jadi aku

apa rasa jadi aku.
ah!
aku orang biasa. kamu tahu itu.

tapi, bila pagi-pagi kamu bertanyakan perkara yang berada di luar kawalan aku,
itu tidak adil.

mahu lepaskan marah kamu?
sila pergi pada punca.
kenapa pada aku.

saudara.
aku punya perasaan.

saudara.
aku punya tahap sabar.

jadi.
sila pergi.


hari ini hari Khamis bersamaan dengan hari Batik.

28 November 2012

Huggies yang Seram

amboi.
tak boleh blah tajuk.

memula aku nak cerita pasal diapers Huggies.

daripada Qalesya (Cha) mula lahir kat Ampang Puteri, Cha pakai diapers jenama lain. jadi, untuk  beberapa hari tu, pepet dia memang merah (nappy rash).
agak teruk jugak la.
kami pula masa tu, baru pertama kali jadi mak ayah, tak tahu la pulak tu namanya nappy rash. tak tahu nak kena buat apa. asyik-asyik bubuh krim saja. 
yang Cha pulak bukan jenis nangis, jadi dia ada nappy rash pun, dia tak menangis bagi signal pada kami.

bila balik Ipoh, bidan perasan pepet dia melecet teruk.
bila ditanya-tanya, bidan bagi option sama ada pakaikan dia lampin biasa atau tukar diapers jenis lain.

mula-mula aku just pakai lampin, tapi yelah, dah jaga Cha seorang, mana la setiap kali basah nak tukar lampin kan? jadi, last-last kami tukar diapers.

aku pulak, memang dah ready diapers Huggies dalam simpanan, sebab pernah pergi talk tentang baby anjuran Huggies. so memang ada stok diapers new born jenis Huggies. And to my suprise, memang rasi dengan Cha. Pepet dia dalam sehari dah beransur ok. so sejak itu, kami tak pernah tukar jenama lain. memang setia, meaning dah 2 tahun kami setia dengan Huggies.

pernah juga la, try jenama-jenama lain. tapi memang tak boleh. bila pakai, cepat saja naik ruam. bila tukar balik ke Huggies, mesti oke.

so cukup dengan eksperimen tu, kami tak pernah lagi tukar jenama lain.

cumanya, Huggies ni pun ada gak jenis-jenis dia.

yang paling nipis ialah warna biru -


aku jarang beli yang ini sebab memang nipis, pakai sekejap aje dah penuh.

yang oke sikit ialah warna merah punya -

Cha kalau siang, memang aku pakaikan yang ini sebab akan tukar bila tengah hari dan petang.

tapi kalau malam, memang kena pakai yang Ultra. dulu packaging warna ungu, sekarang dah warna hijau. yang ini pakai waktu malam, sebab dia memang tahan hingga 12 jam. 

cuma sekarang ni, kulit Cha makin sensitif, so terpaksa pakai warna hijau punya siang dan malam sampai pepet dia dah oke sikit.


cuma harga la. yang biru memang paling murah. merah sederhana dan hijau paling mahal. nak beli, memang kena beli masa tengah sale sebab dia akan jatuh jadi harga Huggies warna merah. so sangat berbaloi-baloi. ni stok kat rumah. ingat nak beli lagi sebab sekarang harga untuk yang hijau ialah RM38.90 dekat Carrefour. kalau ada info kat mana lagi murah, sila bagitau ai oke.


ni stok dekat rumah. dalam kereta ada satu lagi bungkus yang jenis pants punya, senang nak travel. kalau terberak terkencing, dalam beg takde diapers, at least dalam kereta dah ada. tak ada baju pun, janji diapers dapat digantikan kan kan kan kan.

p.s.
ini bukan post advertorial.
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.


sekarang mak nak cerita hantu sikit.
baru pagi tadi, kami dapat cerita, driver kami terserempak dengan 'dia' dekat tingkat 9 ini.
yang lagi tak best, dekat unit kami ni 'dia' wat hal.

driver ni naik nak ambil barang tertinggal kat bilik driver which is sangatlah dekat dengan cubicle dan bilik aku. alih-alih, driver tu kata dia terdengar ada 'orang' tengah dodoikan anak. lagu zaman dedolu. klasik uolls. *mood bulu roma tengah meremang*

pastu teruslah diorang bukak cerita kat aku, yang diorang selalu tengok bilik aku terbuka, pastu selalu panggil Cik Ta Cik Ta dan aku menyahut.

alih-alih, aku baru sampai.

gulppp!!

bilik aku. oke! bilik aku. si---ot sajo.

cuma aku tak risau sangat bukan sebab apa, sebab aku kalau sembahyang memang dalam bilik ni, dan ada Al-Quran pun dalam bilik ni, jadi harap-harap 'dia' tak berleluasa sangatlah.

ke, ada kat belakang aku masa tengah menaip ni??!!
*cek kejap*
oke takdo.


dah. nak sambung kerja.

ni aku pakai untuk hari ni.
*nak juga cerita kan?*

tudung mak bagi (MamaZN bukan CK Rahim dah heeee)
baju - Peace Collection
Belt dengan skirt tak ingat beli kat mana
hahahahahaha

27 November 2012

Selasa : Blue not Blues

hari ini kena bagi 'talk'.
gulp!
berpeluh.

untuk tingkatkan keyakinan diri, mari kita be-regek lebih sikit.
hahahaha.

printed bawal - CK Rahim
Blouse and Skirt - Peace Collection

Jacket -Roberta di Camerino

p.s.
abaikan cermin yang kotor dan kotak itu kerana ini di pejabat.




Nota Kaki.
Selamat Hari Jadi buat kawan baik saya - Mohd Azizul Arif Yahaya.
juga buat mak saya di pejabat ini - Puan Rosnah Sabri

26 November 2012

Hari Ahad Hari Bersantai dengan suami | Hari Isnin, Mood Kerja No Monday Blues Please

Ahad.

Masa untuk lepak-ing dengan suami dan anak.

so santai sajo yaaaa..

Shawl - CK Rahim
Jeans - Half
Cardigan - No Brand

Hari Ahad, semalam, kami pergi ke Kenanga Wholesale City.
Gila. Pagal. Gila. Memang gila. Banyak gila pilihan. mati kutu aku.

Tapi itu entri lain.
Sebab nak letak gambar.
Gila banyak beg, baju, segala-galanyalah! hik hik.



Oke hari ini hari Isnin.
Monday Blues please go away.
mak banyak kerja.
so untuk naik kan mood, kita pakai baju dengan warna kekuatan diri iaitu rona merah - PINK!!
you go pink!!


tudung - CK Rahim
Tribal Printed Blouse - Hajaba Clothing
Skirt LaBella - KZNabihah Boutique


Selamat bekerja semua!!
Have Fun!!!


23 November 2012

Majlis Perkahwinan Bro Framestone dan Iera Kan

iya.
minggu lepas.
dah lama.
iya.
haah.
baru nak up entri.
iyo.
lambat.

ngahahaha.

biasalah, gambar dalam phone. bila dah sampai rumah, memang dah tiada masa nak simpan dalam PC. bila teringat barulah tergesa-gesa nak buat.

tapi takpelah, buat juga kan. hik hik.

okelah.
jangan cakap banyak, mari kita up gambar.
kepada Bro Framestone dan Iera Kan, selamat Pengantin Baru moga bahagia ke anak cucu.

p.s.
makanan hari itu sangatlah sedap. menjilat jari.

apa-apa pun, kita tepek gambar pengantin tak pernah luntur dulu ya.

hik hik.





















ada banyak lagi gambar.
tapi kita bagi laluan pada kakak kita untuk update kay.


daaa.


oo..kalau ada yang musykil, ya memang kami ber-dating hari itu, Cha tinggal di rumah dengan atok opah dan pak-pak dan mak sedara. hik hik.


kasi can laaaaaaaa.




oke.
lagi satu  nak tambah.
baju mak pergi kenduri hari tu.












takde orang nak tahu.







takde orang nak tengok.






takpelah.









hik hik.














baju - no brand from Tesco
skirt LaBella dari KZNabihah Boutique
tudung dari CK Rahim





hik hik.








Wanita's Wardrobe (baca wanitassssss warderob) ngahahaha

seperti yang kau orang sedia maklum, aku ini badannya gemuk, kulitnya hitam, ukur lilit pendek kata renek dan lebar. ngahahaha.

tapi, aku ini juga, ada la sikit-sikit gemar berfesyen.
mungkin tidak sampai lagi (not yet ya kawan-not yet, tapi mungkin) lilit di kepala.
mungkin tidak sampai lagi ber-turban segala, tapi iya, aku gemar ber-regek.
ngahahahaha gelak lagi.

oke.
apa tujuan aku buat mukadimah gini.












oke.














takde apa pun, cuma aku rasa aku akan buka satu label baru dalam blog ini dengan label - wanita's wardrobe. aku akan letak gambar, apa yang aku pakai ke pejabat, atau ke kenduri, atau mana-mana lah.


















ngahahaha.





















poyo?






















ada aku kesah.



























ini blog aku kan.






























ngahahahahahaha.





























































abaikan muka senget itu hahahahahahahahaha
jubah warna ungu pekat - no brand from Carrefour
tudung CK Rahim - Bangi
perfume - Victoria's Secret (eh promote jugek)


































oke dah.
hahahahaha.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...