Tabungan

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

24 July 2014

Caught Red Handed

Semalam, lepas berbuka sempat tengok satu rancangan namanya Caught Red Handed. Satu rancangan tv yang tunjuk macam mana omputih tangkap orang yang suka mencuri dalam shopping complex. Pendek kata CCTV sangat-sangat membantu dalam zaman moden.

Kalau diingat-ingatkan semula, zaman-zaman kita dulu mana ada orang yang letak CCTV dalam kedai diorang kan? Kalau ada, memang hip la kedai tu haha.

Jadi semalam aku pun bercerita pada Nazri, masa aku umur lebih kurang 12 tahun aku pernah dituduh mencuri dalam sebuah pasar mini.

Okey cerita dia macam ni --

Aku mintak duit dari ayah, nak beli cekelat (gula-gula). Ayah pun bagilah aku duit, aku pun tak ingat berapa. Jadi aku masuk dalam kedai tu. Dengan duit yang aku ada, aku pun ronda-rondalah ke depan ke belakang nak cari cekelat yang cukup dengan duit yang ayah aku bagi. Memang la nampak cam suspicious gila, belek itu, belek ini, ke depan, ke belakang, tapi aku manalah nak tahu yang dia dah aim aku lama.

Jadi masa aku dah decide cekelat apa aku nak beli, aku pun teruslah ke kaunter bayaran. Aku ingat lagi betapa muka tokey tu garang gila, dengan mata terjengil-jengil macam nak keluar dari soket mata tu, marah-marah dan tuduh kata aku mencuri. Dia siap selak baju aku nak tengok dalam poket. Aku pulak tak tahu kenapa aku tak marah dan tak nangis. Mungkin sebab perasaan takut lagi tinggi. Tambah pulak aku memang budak blur. 

Ending, aku keluar dengan cekelat yang aku nak (bayar dah) dan masuk kereta dengan senyap. Tak cerita langsung pada ayah.

Sampailah ada satu hari, ayah suruh aku beli barang dekat pasar mini tu lagi, aku cakap aku tak nak, dia tanya kenapa dan barulah aku cerita pasal perkara tu.

Dia punya marah sebab aku tak cerita hari tu juga, sebab katanya kalau tak memang dia masuk semula kedai tu sebab tak patut dia buat macam tu pada aku. Tapi memandangkan benda tu pun dah lama jadi, ayah aku kata tak guna kalau nak jumpa dia dan tanya balik perkara tu.

Jadi ayah aku kata, jangan beli barang kat kedai ni dah. Banyak lagi kedai lain boleh pergi.

Sampai sekarang, kalau aku lalu depan kedai tu, aku rasa sayu aje. Entah, tak tahu kenapa rasa sayu. Mungkin sebab kenangan kot. Yelah. Kenangan. Tokey tu pun dah lama tak de dah. Tak tahulah siapa yang jaga kedai tu sekarang. Harap-harap anak cucu dia takdelah garang sangat macam dia tu. Biorle friendly sikit ye. :)

Nanti balik Ipoh, nak singgah le :) Beli cekelat.



***

Raya nanti sure makan banyak kan? Risau badan naik? Jangan risau. Nak makan, makan saja tapi jangan lupa dua ejen ni. Lechitin dan Alfalfa. Kenapa diorang berdua ni? Sebab lechitin boleh bantu bakar balik segala lemak yang korang dah makan. Alfalfa pulak tolong bawak keluar semua bahan yang dah kena bakar tu tadi. InshaAllah, sedikit sebanyak akan membantu korang kekalkan berat badan korang. Idakle lepas raya muka dah macam ketupat ja masing-masing kan? 

Nak cuba? Boleh hubungi kite okey! :)











06 December 2013

ini bukan kisah banjir

kita berhenti sekejap bercakap pasal pengalaman aku terperangkap di Kuantan saat banjir melanda. aku tengah ada mood nak menulis, jadi aku keluarkan satu-satu cerita yang sepatutnya aku tulis tak lama dahulu tapi hold sebab banyak sangat kerja.

la ni pun banyak juga kerja, tapi aku rasa sedikit penat minggu ni dan aku mahu berehat sekejap. hehe.


ini pasal adik aku konvo bulan November hari tu -- di UIA, Gombak.

adik, mak dan ayah dah keluar rumah di Semenyih seawal 6.00 pagi, sebab nak pastikan adik sempat bersedia untuk masuk ke dewan. nak cari parking lagi, so lebih baik bersedia dari awal kan.

kami pulak di rumah (palom, malom, maksu, cha, nazri) masih lagi berkira-kira pukul berapa nak bertolak. aku pulak kena hantar nazri terlebih dahulu ke tempat kerja. jadinya selepas huru-hara dirumah segala, kami bertolak ke UIA pukul 9 lebih.

semasa kami sampai di UIA, hectic nak cari parking lagi. memang ah--zab!!

last-last kami parking di kolej kediaman hehe. dan kami menapak bermeter-meter jauhnya untuk pergi ke dewan.

target kami adalah mini auditorium sebab adik dah pesan, kat mini auditorium tu akan dipasang skrin dan diorang pancarkan live dari dalam dewan konvo. masa kami masuk, banyak kerusi kosong. aku dah happy dah. aku ingatkan tak ada orang tahu kat situ ada skrin. kami pun duduk selesa ya amat ni nak tengok adik amik scroll.

tapi masa kami tengok skrin tu, dewan dah kosong dan orang dah bergerak keluar dewan. lepas tu dalam mini auditorium tu, ada seorang lelaki bergerak menuju ke projektor tu, dan tutup projektor tersebut.

lor.

rupa2nya dah abis. hehehe.

kami lambat, tak sempat tengok dia amik scroll hehe.


so, buat adik, tahniah dah jadi graduan undang-undang.

dah nak habis chambering pun.

dah boleh buat dah apa yang kamu nak buat.

nak jadi lawyer ke.
nak bukak firm sendiri ke.
nak jadi legal officer ke.
nak bukak kedai nasi ayam ke.

macam-macam dah kamu boleh buat.

cuma satu aje akak pesan -- you will always be my little brother.





Saat-saat bermulanya banjir di Pahang - Koleksi Video Banjir [Video]

Aku berada di sana.
Berada di Pahang saat air  mulai naik ke seluruh Kuantan.
Aku tak tahu aku dikategorikan sebagai bertuah atau malang kerana merasa pengalaman begini.
Ya, sekurang-kurangnya aku nampak penderitaan mereka dan bersyukur dengan keselamatan yang tiada henti diberikan Tuhan kepada aku dan rakan-rakan saat air naik itu.

Aku juga pasti, keselamatan aku dijamin atas doa-doa orang-orang disekeliling aku.

Doa tanpa henti dari ibu dan ayah aku -- yang tak henti-henti menelefon tanya aku di mana.
Doa tanpa henti dari suami -- yang sedih bila tahu aku terperangkap di Kuantan.
Doa tanpa henti dari adik-beradik -- yang main-main dengan aku bahawa Kuantan bakal jadi bandar macam dalam Silent Hill (banyak sangat main game abang aku ni)

Aku yakin, selamatnya aku di atas awan yang tak tahu boleh turun mendarat atau tidak, dijamin oleh doa-doa tersebut.

Mendarat sahaja aku di KLIA, nampak sahaja Qalesya dan Suami yang setia menanti di pintu balai ketibaan, buat aku sebak, buat aku menangis, kebesaran Allah -- aku selamat dari terus terperangkap di Kuantan.

Melihat sahaja muka Qalesya, dipeluk suami di tengah-tengah orang, buat penat di bahu aku terbang di bawa angin. 

Selepas seharian bermesyuarat dan mengharung air, aku masih gagah memandu kereta pulang ke rumah dari KLIA ke Semenyih. Suami beria-ia mahu pandu, tapi aku kasihan pada dia dan Qalesya yang menunggu aku di KLIA dari jam 7 hingga 12 malam. Jadi, biarlah aku pandu. Melihat mereka tertidur di sebelah aku, buat aku tersenyum sepanjang jalan.

Saat aku sampai di rumah, saat aku baring di atas tilam, aku peluk Qalesya. Aku masih tak percaya yang aku dah melalui satu hari yang dasyat.


Menaiki kapal terbang, menuju ke negeri yang sedang hujan lebat -- mencari bala. Kapal terbang tak dapat turun mendarat kerana cuaca yang teruk, maka berlegarlah kami di atas awan. Sekejap-sekejap kapal terbang bergegar, mengundang jerit kecil dari para penumpang -- aku? hanya mampu tutup mata dan ingat pada Dia.

Aku tak pasti berapa lama aku di atas awan, yang aku tahu keadaan di atas sana -- yang aku nampak hanya putih awan -- putih seputih-putihnya -- bercahaya terang -- putih -- sampai aku berbisik, aku dah mati ke? -- kenapa yang aku nampak hanya putih. 

Tiba-tiba pilot mengumumkan bahawa ada sedikit masalah dan kapal terbang tak dapat mendarat lagi dan akan terus berada di atas awan. Pilot sendiri semasa mengumumkannya, suaranya kedengaran gugup. Ya Tuhan, pilot pun gugup. Kami??



Aku tak tahu bila -- tapi tiba-tiba kapal terbang bergegar dengan kuat, ke atas ke bawah ke kiri ke kanan gegaran -- dan aku dapat rasa tujahan ke bawah -- aku terfikir nak terhempas ke? aku hanya mampu tutup mata, dan mengucap.


Tiba-tiba, terasa hentakan dan aku nampak landasan. Kami mendarat! Para penumpang bertepuk tangan. aku? aku nangis. ok sekian!


masa sampai











***





silap, tak habis lagi.

aku tak habis lagi penat sebab takut masa mendarat tadi. bila Bob, driver Pahang datang ambil aku, katanya jalan dah mula dinaiki air.

Memang ya -- sepanjang jalan, kiri dan kanan air mula naik. Kami terus ke Cherating -- dan sepanjang jalan hujan turun dengan lebat. Bob bawa dengan perlahan -- sebab kami tak nampak langsung jalan. Tapi tuntutan tugas, buat aku dan Bob gagahi juga ke Cherating.

Habis meeting dalam pukul 1.00 tengahari, kami makan dan aku mula berkira-kira untuk pulang. Tapi boss aku sempat pujuk untuk stay di Cherating kerana hujan lebat. Tapi aku bertegas mahu pulang kerana aku datang sehelai sepinggang tanpa bawa baju lebih. 

Aku pula tengok Bob dah mula resah mungkin teringatkan anak-anaknya di pejabat.

Jadi aku pergi ke Bob dan aku kata, 'kita balik ke Kuantan dulu, apa-apa hal kita dah di Kuantan'.

Dan pengembaraan aku bermula.




Bob pagi itu dah tergerak untuk pindahkan anak-anaknya (3 bulan seorang, 3 tahun seorang) ke pejabat. Kawan-kawan di pejabat yang tolong tengokkan anaknya.

Jadi, aku rasa hatinya memang kuat dan tabah untuk balik ke Kuantan dan meredah banjir kerana teringatkan anak-anaknya.


Okey, ini alah satu video pada pagi itu masa kami on the way nak ke Cherating.

Aku terpaksa keluarkan video banjir ini satu persatu sebab -- entah aku pun tak tahu kenapa, bila aku nak upload dia kata error. So aku akan keluarkan one by one ya. jangan bosan hee.




ini waktu nak pergi Cherating.
hujan lebat tanpa henti.








***



and i came back for this smile.




muka bangun tidur :)


05 December 2013

Kisah Banjir

Hari ni, masuk saja pejabat, semua menjerit tengok aku.
Semua gelak (tak tahulah suka ke idak) -- sebab aku berjaya balik ke KL.
Sayang juga kome kat kte ye. Haha.

Sebenarnya, malam semalam aku dah mengarang baik punya cerita tentang seharian aku di Cherating -- Kuantan.

Tapi masa aku nak publish, semua hilang.

Jadi aku malas nak menaip semula.

Tunggulah semangat aku nak bercerita mengharung air separas pinggang tu datang semula.

Buat masa sekarang aku teringat-ingat kawan-kawan kat Pejabat Kuantan yang sama-sama stranded tu.

Seorang -- umah dah tenggelam, tinggal nampak bumbung saja.

Seorang -- umah dah tenggelam juga, siap kereta dah hanyut di bawa air deras.

Seorang -- masih terperangkap dalam rumah sebab bantuan tak sampai untuk keluarkan dia dari sana (mentang-mentang dia bujang lelaki -- korang tak tolong ye)..

My heart goes to all my friends in Kuantan.

#prayforkuantan


14 May 2013

kena pukau atau kena tipu?

Walaupun sekarang ni dah jam 8.51 pagi, aku rasa aku nak menulis sekejap sebelum aku mulakan kerja dan tak jenguk blog ini untuk beberapa jam.
 
Tambah pula petang nanti ada Ujian Kecergasan dan disambung dengan latihan bowling untuk Skuad Tourism Malaysia masa Sukanun (Sukan Badan-badan Berkanun) nanti.
 
Hik hik. Ya! Alhamdulillah. Tahun ni aku terpilih untuk mewakili Tourism Malaysia masa Sukanun nanti. Yeay!!
 
Oke, berbalik pada tajuk kita pada hari ini.
 
Kena pukau atau kena tipu?
 
Aku nak cerita pengalaman aku. Nanti baru kita buat conclusion ya!
 
 
 
 
Perkara ni terjadi masa aku berumur 25 - 26 tahun gitew. Masa tu aku baru habis degree dan aku dah mula bekerja sebagai cikgu di sebuah sekolah swasta di kampung aku.
 
Petang yang malang tu, aku pergi ke ATM untuk keluarkan duit sebab aku nak bayar yuran belajar kereta. Masa tu aku pergi dengan mami tetapi kebetulan masa aku keluarkan duit tu, mami ada dalam bank sebab dia nak keluarkan duit juga tapi dia tak ada kad ATM, so kena beraturlah.
 
Aku yang tengah tunggu turn untuk keluarkan duit, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki. Dia sentuh bahu (itu saja body contact yang aku ingat), lepas tu dia cerita yang dia ni orang TV3, ada shooting dekat Batu Gajah, nak beli prop tapi tak cukup duit,bla bla bla (yang mana aku tak ingat cerita dia macam mana).....
 
Tapi yang pastinya, aku bagi duit aku pada dia. Aku keluarkan duit, aku bagi pada dia. Dan tiba-tiba dia lari.
 
Aku tergamam macam tu saja.
 
Lepas tu ada orang tegur aku, kenapa aku bagi duit pada dia?
 
Baru aku sedar, aku dah bagi duit pada dia. Duit yang aku simpan untuk belajar kereta. Duit sebanyak RM600.
 
Lepas tu, tak payah cerita la. Sebab sangat-sangat kalut! Aku menangis. Aku telefon Nazri. Aku menangis. Aku menyesal. Macam-macamlah.
 
Yang penting sekarang, persoalannya --- adakah aku kena pukau atau aku kena tipu, bodoh macam itu saja?
 
 
 
 
 
 
Personally.
 
 
 
 
 
Aku rasa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Aku tak kena pukau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Aku cuma bodoh! kena tipu. Cuba kalau aku bergerak pergi dari dia. Kenapa aku nak tekun dengar cerita dia, dan bagi duit pada dia.
 
 
 
 
 
Erm. Kena pukau la tu kot kan?
 
 
 
Eh taklah. Aku bodoh. Bodoh.
 
 
 
 
 
:(
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sekian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

08 May 2013

kena tahan polis

Semalam, masa dalam perjalanan ke pejabat, on the other side of lane, aku nampak ada road block. Setiap kali aku tengok road block, aku akan teringat kenangan aku masa belajar di UiTM Arau, Perlis.
 
Satu yang kalian harus tahu, UiTM memang ada soft spot dalam hati aku sebab...........aku jumpa Nazri di sana. Jadi, apa jua perkara yang berlaku di Perlis adalah sangat-sangat melankolik buat aku (kenapa aku guna perkataan melankolik?).
 
Ada satu hari, semasa aku belajar di Perlis, aku dengan kawan aku nak ke Kangar. Well, Arau dan Kangar taklah jauh mana pun. Dalam 10-15 minit perjalanan sahaja (dengan motorsikal). Kawan aku tak tahu tunggang motosikal. Aku tahu menunggang, tapi aku tak punya lesen motorsikal kisahnya. Jadi kami gamble la konon, pergi secara tawakal kepada Allah s.w.t. (oke -_-) dan terus ke Kangar dengan happy-nya.
 
Perjalanan pergi, okey clear.
 
Perjalanan pulang, 'dang' not so clear as pure water.
 
 
Selepas satu traffic light, nun di depan, kami nampak ada road block. Jadinya aku yang tengah kalut ni boleh tiba-tiba stop, kelam kabut suruh kawan aku turun, dan kami dengan kalutnya sorong motorsikal melawan arus. Di side mirror aku nampak ada satu polis dah start follow kami. Kawan aku pula dah terjerit-jerit bagitahu ada polis ikut. Aku dengan kalut suruh kawan aku naik dan aku terus pecut semula -- melawan arus!
 
Sampai satu kedai, tak jauh dari situ, kami stop. Lepak order air, sambil fikir macam mana nak balik. Dekat kedai tu ada satu kumpulan lelaki, tengah gelak-gelak pada kami. Rupa-rupanya dia orang nampak kekalutan kami tadi. Dari mula kami berhenti tepi jalan, patah balik, kena kejar polis, pecut lawan arus, semua dia orang tengok.
 
Gila malu tak ingat masa tu.
 
Last-last sebab kasihan sangat pada kami yang tengah kelam-kabut tu, mereka bagi tahu yang ada jalan belakang boleh tembus ke UiTM.
 
Kami terus gerak sebab masa tu pun dah pukul 6 lebih. Memang jalan tu lagi mudah dan terus sampai area rumah kami. Cuma jalan tu gelap sikit sebab tak banyak lampu jalan.
 
Bermula dari hari tu, kami selalu ikut jalan itu sebab tak tahu kenapa, jalan tu jarang ada road block hik hik.
 
Kiranya, memang tak boleh lupalah kenangan tu. Kalau orang tanya, pernah tak ada kenangan tentang road block, aku boleh cakap, ya saya ada -- the funny one! :)
 
 
 
 
 

25 July 2012

saya. 13 tahun dulu.


ya.
silalah gelak.
akulah itu.

yang hitam. (eh tak nampak sebab gambar hitam putih)
tapi yan penting, masa itu aku KURUS!!

hahahahaha.

29 February 2012

ini tahun lompat.mari buat entri penuh bererti.


mereka..., saya anggap BFF saya.
mereka..., saya sayang sepenuh jiwa saya.
mereka..., ada bersama saya semasa susah senang zaman belajar dulu.

dari kiri - Malisa.
kawan paling punya hati tulus.
sangat baik.
tidak pernah berkira dengan kawan-kawan.
sangat bijak.
tempat kami merujuk nota.
tempat kami belajar sama.
Malisa, tetap ada bersama aku sehingga kini.
walau tidak selalu berjumpa, namun, bila mana saja diundang ke majlisnya, tidak pernah aku tolak.
demi menjaga kawan baik selamanya.

sebelah Malisa - Nina Azlina.
di antara kami berempat, dia punya hati paling kental.
diduga bermacam cara.
tetap dihadapi penuh semangat.
dan dia, pengapit di hari bahagia.
namun..., sejak hari itu, kami tidak pernah berjumpa lagi.

sebelah Nina - Eliza.
dia..... dia paling keras hati. keras kepala. segalanya keras. *senyum*
juga seperti Nina, orangnya tabah.
kali terakhir, sewaktu dia melahirkan anak sulungnya Februari lepas.

dan paling kanan - aku.
iya. itu bukti. aku pernah kurus.
hahaha.
namun..., aku tetap aku.

kalian.
aku rindu kalian.
benar.
ini serius.


07 December 2011

kenangan kelas tuisyen

tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, tengok kiri kanan jalan dah berlambak-lambak iklan kelas tuisyen.
terus teringat zaman mak kecik-kecik dulu.

mak datang dari kalangan keluarga yang kurang berada.
jadinya, mana la nak dapat tuisyen-tuisyen ni.

kalau dalam kelas, kawan-kawan sokmo maju ke depan sebab bila cikgu tanya boleh buat ke tidak, rata-rata akan jawab 'boleh, sebab dah belajar dalam tuisyen'..

yang cikgu tu pulak, dah tahu bebudak ramai dah boleh buat, terus skip bab tu, terus ajar bab lain.
habis kami yang tak pi tuisyen ni????
belajar sendiri la nampak gayanya...
sedih sob sob.

bila balik rumah, mengadu kat bonda, nak gak masuk tuisyen.
tapi manalah bonda dapat nak bagi masuk tuisyen kan.
duit pun cukup-cukup nak makan saja.
last-last tak dapat jugak masuk tuisyen.

tapi mak tak kisah, tak masuk tuisyen pun, oke aje result mak.
berkat doa bonda...

dapat aje kerja bagus.
berkat doa bonda...

jadinya, pada aku, tuisyen atau tidak, itu terpulang kepada individu.
zaman sekarang ni pun mak tengok, memang rata-rata semua budak akan pergi tuisyen.
mungkin tahap kesedaran pada setiap ibu bapa tu dah tinggi.

mak pun nanti, tak tahu la nak bagi anak-anak pi tuisyen atau tidak.
sian kat dia orang, pagi petang kat sekolah, balik nak kena tuisyen juga.

mungkin pada tahap kritikal saja mak suruh dia orang pi tuisyen, maksud  mak pada peperiksaan besar macam UPSR, PMR atau SPM.
dan itu pun, mak akan panggil home tutor, senang, belajar depan mata mak aje.

itu mak.
orang lain juga ada pendapat sendiri.
dan mak amat menghormati pendapat anda semua.
walau dimana anda berada.
eceeewaahhh!!

25 November 2011

Sesi mengimbau kenangan lalu : Part 1 : Zaman anak dara

hari ni tergerak nak baca balik entri-entri dulu.

tadi terjumpa entri masa kami ke konvokesyen adik di Darul Quran.

time ni anak dara lagi. tapi memang emak aku dah tau yang aku berkawan dengan nazri.
jadinya masa ni, mak suruh nazri ikut kami ke Darul Quran.

hok ni, gambar saja, termasuk la gambar kami dinner kat The Ship Kampung Baru.


yang ini aktiviti kerja. assignment first aku masa start keje dengan TM. sangat best. sebab di sinilah aku kenal kawan-kawan aku yang still member baik sampai sekarang. best giler time nih.



masa aku memula masuk kerja kat TM dulu, salah satu tugas aku ialah pelantikan. jadinya, kalau ada interview di pejabat negeri, aku kena pergi. so negeri-negeri yang aku pernah pergi dulu ialah:



masa dedulu gak, aku kira aktif la gak kan hahaha. ada la jugak join sukan-sukan ni:


Oke, pernah juga jadi MC untuk satu majlis makan malam!!

dan kita tutup sesi mengimbau kembali kenangan lama ni dengan cinta-cinta yaaaa awwww!!



ok. nanti mak sambung bila dah jadi bini orang lak. hehehe.

11 October 2011

makan sudah. bayar tak nak. sebab mahal.

tadi singgah blog lulu untuk baca tentang kes makan bayar mahal ni.


ok. itu memang betul.

memang ada kedai yang suka mencekik darah manusia macam ni.

makan tak seberapa.

harga kaw-kaw dia bagik!


aku dan suami pernah makan di satu kedai mamak. kedai mamak ni established okey!

kami amik nasik macam biasa cuma tambahan sotong goreng tepung.

masa nak bayar, kami makan tengah hari tu hampir RM40.

bila ditanya apa yang mahal, dia tunjuk kat sotong tu, RM20 seekor.

mak aihh kamu. sotong tu ko caj RM20.

oke. mak tak pernah makan kat situ dah.


pernah sekali dulu, aku bawa adik dan sepupu makan di satu kedai di area Kuala Kubu Bharu.

masa tu aku baru ambil adik dan sepupu tu dari Darul Quran.

oleh kerana dah malam, kami singgah saja kedai  makan kat tepi-tepi tu untuk makan malam.

kami order macam biasa.

nasi putih, telur bungkus, kangkung belacan dan tomyam campur.

tomyam campur tu yang jadi isu sekarang.

selama ni kalau kami order tomyam campur, maksudnya tomyam campur biasa la kan.

paling kurang pun RM6 semangkuk kan.

yang orang kedai ni pulak, takde la explain apa-apa masa kami order tomyam campur tu.

masa makanan sampai, tomyam campur tu sangatlah meriah.

ada udang besar!! sotong besar!! ayam!! daging!! dan kami pulak order untuk 3 orang makan.

bila kami tengok pelik, kami tanya balik pada pelayan, betul ke ini tomyam campur yang kami order.

dia orang kata ya tanpa sedikit pun explain pasal kepelikan kami pada tomyam tu.

nikmat kot makan. segala-galanya besar.

tapi masa nak bayar..........
.
.
.
.
.
.
kami kena RM90 semua sekali.

puncanya pada tomyam campur tersebut yang harganya RM20 seorang makan.

kami argue, kenapa tak explain masa kami order.

alasannya kami tak tanya.

halo! dah la menu korang tak bagi, korang expect kami boleh tahu semua harga makanan kedai kamu orang yang baru first time kami singgah ni!

nasib baik duit ada. kalau takde??

dah la itu pekan kecik! nak cari ATM gila susah.

masa kami nak balik, dengar dia membebel - makan nak, bayar taknak.


hoih! dah la menu takde. tak explain pape pasal tomyam tu. pastu nak kata kami tak nak bayar. kami bayar oke!!!!

haish. panas lak hati aku ngingat menda ni.

haish!!


07 October 2011

Kenangan #11 - pasal kawin lagi

akhirnya aku kawin juga dengan Encik Suami.
despite of everything...........kawin tetap kawin.

lepas nikah, yakni kenduri belah aku di Ipoh, aku masuk kerja sekejap.
orang kawin masuk kerja kan.......haruslah jadi tumpuan.
inai pun merah lagi. semua orang pakat belek la.

datanglah seorang manusia. dia suruh aku buka rantai tangan yang aku pakai *rantai tangan masa batal air sembahyang*.
dia timbang-timbang.
pastu dia kata, 'owh dalam ni kosonggggggggg...berapa ni?'

aku kata, '1200 aje kak...'

dia kata, 'ish 1200 kosong camni.....'
.
.
.
.
.
.
.
oke.
itu aje yang laki aku mampu.
apa boleh buat.
.
.
.
.
tak mo cte dah la. nnt byk lagi cte pasal manusia yang suka pangkah aku ni. byk lagi sebenarnya dia pangkah. tapi takpelah, biar jadi cerita kami saja ya. ihiks ihiks.
.
.
.
abis dah slot kenangan *senyum*

Kenangan #10 - Eh nak sambung ker?

Bila mak pak kami suruh kahwin, memanglah kami nak kan.
Sapa tak nak kawin oit.
Masalahnya, ongkos. Kerja baru setahun jagung, mana nak cekau duit nak kawin.
.
.
.
Teringat aku ada seorang manusia ni.

Pernah bertanya pada aku, macam mana kumpul duit untuk kawin.

Aku yang lurus bendul ni menjawab, 'ada wat pinjaman sikit'.

Dia terus pangkah aku kaw-kaw.
'Eeee.kalau nak kawin tak elok pakai duit pinjaman. Nanti perkahwinan tak berkat. Banyak masalah.'

Dia sambung lagi.
'Mak ita tak tolong ker?'

Aku jawab, 'tak yah la. ita dah banyak susah kan dia. biarlah kali ni ita buat sendiri.'

Dia tambah lagi.
'Eeee. Kalau akak, anak akak kawin, biar akak yang keluar duit. anak akak takyah keluar satu sen pun. kita nak kawin, biar pakai duit mak ayah, baru berkat. ni tak pakai duit loan. tu yang cerai-berai sana sini.'
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
tiba-tiba mak rasa tak nak kawin.
masa tu la.

.
.
.
.

sekarang dah kawin dah pun hehe.

06 October 2011

Kenangan #9 - Zaman Kerja

Aku secara rasmi jadi girlfriend Nazri masa Sem 7 kami kat Arau.


Kira budak baik la kan, sem last baru nak bercinta. Padahal berkawan bagai nak rak dah kan.


Kira hubungan kami ni memang direstui mami, namun ayah memang tak tahu langsung. Gila ko!! Kalau Cikgu Mutalib tahu, siaplah ko. Belajar tak abis dah nak bercinta. Lalalalala.


Habis belajar, kami memang berpisah lama. Berpisah maksudnya tak berjumpa. Maklumlah, sorang kat Ipoh. Sorang kat Taiping.


Aku pula dapat kerja dekat Ipoh aje. Jadi Cikgu sekolah swasta.


Adalah 10 bulan aku jadi Cikgu kat sekolah tu. Pengalaman? Horror!!! Budak-budak sana, super kurang ajor. Super melawan. Super Duper .....


Aku yang gangster ni pun, takleh nak lawan dah. Mak tak larat nok.


Kebetulan dapat offer dari Public Bank. Aku lari terus, tak pandang belakang dah. Bila aku pindah KL, Encik Suami pun bergerak ke KL juga tinggal dengan kak dia.


Dia dapat kerja gomen dekat JUPEM.
Aku terus dengan Public Bank.


Aku punya stesen dekat SS2 masa memula masuk Public Bank dulu. Memandangkan aku yang ada kereta dulu, jadinya aku yang kena bergerak ke KL untuk berdating dengan Encik Suami.


Masa tu memang senang lah nak berdating.
Masing-masing dah kat KL.
Bila dah masing-masing bekerja, maka mak pak pun dah bising suruh kawin.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok. yang tu mak suka!

Kenangan #8 - Zaman Universiti

Untuk mengambil hati Encik Suami, aku cerita zaman aku sambung 'degree' kat UiTM Arau saja lah kan.

Sebab kat sinilah cinta aku dan dia berputik-putik. Wahh maleww giteww.

***

Pindah Arau ni pun aku tak suka sebenarnya. Hulu gak. Penat wooo naik bas. Kematu punggung. Jauh.
Masa tu memang macam tu la alasannya.

Tapi, time heals.

Lama-lama seronok gak.

Again, aku suka belajar kat sana. Aman. Tapi dapat maintan sekali saja dekan. Sedih gila. Tu la pasai. Main saja.


Duduk pula rumah sewa.
Kalu ada gap antara kelas, dapat pula balik rumah, memang jangan harap aku nak pi balik kelas.


Masa dulu kami menapak ke kelas.
Jadi untuk mengelakkan malas, kalau ada gap, kami berkampung kat masjid. Jadi tidak ada alasan untuk tidak ke kelas.


Tapi masa Sem 2, kami dapat motor. Sebab ada roommate aku sorang *Eliza*, pak sedara dia bagi pinjam motor dia. Memandangkan kawan aku ni tak pandai bawak motor, aku dan Niena saja lah yang bawak motor tu ke hulu ke hilir. Dia bonceng sajo.


Bila dah ada motor, langkah makin panjang. Masa tu dah pandai ke Kangar, dah pandai ke Padang Besar. Tapi bukan aku. Niena dengan Eliza la.

Aku tinggal rumah sajo. Masa nilah masa aku terluang dengan mengenali Encik Suami ni hehe.


Dia ni la yang rajin bawak aku berjalan.
Rajin bawak aku pi shopping.
Rajin bawak aku pi makan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
macam mana tak tersangkut.
.
.
.
.
.
aww.

Kenangan #7 - Zaman Universiti

Tahun 2000.
Aku dah habis SPM.


Oleh kerana aku banyak berpoya-poya masa Tingkatan 4 dan 5, maka result tak berapa nak cantik tapi tetap antara pelajar yang sebut-sebut. Bukan kerana apa, tapi kerana aku anak Cikgu Mutalib. Hahahaha.


Aku dapat sambung dekat Universiti Teknologi Mara Machang Kelantan.


'First time' sampai sana, alahai, aku meronta-ronta nak balik. Tak best la. Jauh la. Takde kehidupan la. Macam ko tu 'life happening' sangat!


Tapi serius, permulaan hidup kat sana memang perit.
Maklumlah, aku tak pernah duduk hostel.
Aku tak pernah pergi sekolah asrama.
Inilah pertama kali aku hidup berjauhan dengan mak ayah.


Baju basuh sendiri.
Pergi kelas jalan kaki.


Hoish.
Gilew penat.


Tapi....
lama-lama okey.


Aku suka aje.


Aku suka persekitaran kat sana.
Sejuk.


Aku suka belajar kat sana.
Tenang.


Aku suka bilik-bilik kat sana. Sebab masa Sem 4 kalau tak silap, kami dapat asrama baru.
Best.


Dapat juga la aku maintain jadi dekan beberapa sem.


Yang lain punggah!!


CGPA cukup-cukup makan sajo hahaha.


Kat situ la gak aku kenal cinta.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh cerita lama.
tak boleh cerita.
nanti encik suami marah.

Kenangan #6 - Zaman Sekolah-sekolah

Walaupun aku hanya Pengawas biasa, tapi aku masih menjalankan tugas dengan begitu dedikasi dan ikhlas sekali. *tangan ke dada, mata ke atas, jelir lidah buweek!*


Stesen aku bertugas, selalu tempat-tempat yang tak glamer.


Macam contoh, kalau perhimpunan, mesti aku kena jaga 'line' kelas budak jahat.

Kalau waktu rehat, kena jaga 'port' budak hisap rokok.

Lepas rehat, kena pergi cek 'toilet' budak laki.


Semua yang tak glamer dan susah-susah.


Aku peduli hapa. Ada aku kisah. Aku buat aje kerja.

Nak takut apa dengan budak-budak tu. Apa diorang leh wat? Korang pegang aku, aku bagitau Cikgu Mutalib. Korang pukul aku, aku report polis. Ada aku takut. Cit. Pui!


Oleh kerana aku ni perangai gangster gak, last-last budak-budak jahat tu pun dah rasi dengan aku.
Bila nampak aja aku, diorang tak hisap rokok dah. Sebab aku dah pesan, nak hisap rokok boleh, tapi jangan masa aku ada, kasi muka sikit la. Kaw Tim beb. Diorang oke jer.


Kat toilet pun sama, bila diorang nampak aku, diorang senyum-senyum aja. Oke la kan. Janji korang tak merokok depan aku. Pi masuk kelas dulu. Aku dah blah, korang nak buat kelas dalam toilet tu, itu korang punya pasal. Deal aku lagik hahaha.


Deal punya deal, itu ketua budak-budak jahat tu sudah tangkap cintan la ngan aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
erk. itu tak nak cite la. bodoh aje hahaha.

Kenangan #5 - Zaman Sekolah-sekolah

Lepas PMR, aku masih duduk sekolah yang sama.


Mak aku taknak hantar aku sekolah asrama. Katanya nanti jadi jahat. Aku tengok ramai aja budak asrama tak jahat pun?? Dalam hati aku, itu alasan saja, tak nak pisah dengan aku lah tu.


'Form 4' orang kata zaman 'honey-moon'.
Memang aku 'honey da moon' sungguh.


'Time' ni la yang aku giat dan aktif menari tu. Hehe.


Masa ni juga, aku baik dengan seorang cikgu yang mengajar subjek English. Kalau diikutkan, dari 'Form' 1 lagi dia dah 'train' aku jadi .... jadi apa eh?


Tapi yang pastinya, masa 'Form' 1 aku dah jadi MC untuk satu Exhibition English. Sebabnya dia kata, Presiden Kelab Bahasa Inggeris dia *student Form 5* tak berani nak jadi MC.


Masa 'Form' 2 dia bawa aku pergi tengok English Debate kat sekolah STAR.


Masa 'Form' 4 aku dah jadi First Speaker untuk Kumpulan Debate English Sekolah.


Macam hebat la konon kan? Korang semua kena tipewww ewww. Aku memang 'First Speaker', tapi speech bukan aku buat pon. Aku baca aje hahaha. Sebab aku kan menang gaya. Otak kosong! Cit.


Masa 'Form' 4 juga, aku dah di'train' untuk jadi Ketua Pengawas. Setahun aku ke hulu ke hilir berkepit dengan Ketua Pengawas tahun tu.


Tapi, masuk tahun baru, tahun 1999, cikgu kesayangan aku tu tak jadi Cikgu Pengawas dah. Cikgu lain ambil alih. Cikgu kesayangan aku dah pesan awal-awal yang dia dah 'train' aku. Tapi dia buat tak tahu.


Korang nak tau wat happen?

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tahun tu aku tak jadi Ketua Pengawas.
Tak juga Penolong Ketua Pengawas.
Tak juga Setiausaha.
Tak juga Bendahari.

.
.
.
.
.

Aku tak tahu la apa salah budak umur 17 tahun yang dia dengki sangat tu. Tapi memang cikgu tu banned aku terus.

.
.
.
.
.

ada aku kisah?

.
.
.
.
.
.

hari angkat sumpah, aku tak datang sekolah.

.
.
.
.
.

aku tak pernah pakai baju pengawas.

.
.
.
.
.
.

kecik ati memang la kecik ati.
aku budak je kot.
masa tu.

Kenangan #4 - Zaman Sekolah-sekolah

Aku tadi terlari tajuk sebenarnya.
Aku sebenarnya nak cerita pasal peperiksaan.


Peperiksaan PMR.


Aku ambil PMR pada tahun 1997.
Aku bukan 'student favourite' pun.
Masa 'trial' aku dapat 4B 2C 2D.


Sebelah mata pun cikgu tak pandang aku.
Memang bukan calon pelajar cemerlanglah.


Aku pun 'konpius' gak.
Macam mana la aku boleh jadi bodoh bebenor masa 'trial' tu.
Jadi aku pujuk diri aku, 'diorang saja wat soalan susah-susah'.
Padahal memang aku bodoh pun sebenarnya.
Aku sendiri tak tau nak jawab apa masa 'exam' tuh.
Hahaha. Maleww!


Hari-hari nak menuju peperiksaan sebenar berjalan seperti biasa.
Aku pun belajar seperti biasa.


Aku ingat lagi, masa lepas 'trial' hari tu, depa *refer tu Pengurusan Sekolah* ada buat Skim Buku Emas.

Buku Emas ni sebenarnya Buku Rujukan. Buku Rujukan tu memang stok-stok yang terbaik punya. Time tu buku-buku rujukan dari Longman tu memang yang terbaik la. Bila dah terbaik, haruslah mahal. Jadi orang-orang miskin macam aku ni memang tak mampu la nak beli.

Dah la tak mampu beli. Skim Buku Emas pun tak layak. 'Time' tu aku pakai buku-buku yang abang aku pakai dulu aje. Takde maknanya nak beli buku-buku baru.

Tengok aje la budak-budak yang dapat Skim Buku Emas tu. Kebanyakan yang dapat tu adalah budak yang dapat 8A, 7A dan 6A.


***

Hari ambil 'result'.


Diulang. Aku budak datang dari keluarga kurang berada. Jadi cuti sekolah, aku dah kerja dekat kedai buku sekolah. Masa nak ambil 'result' aku mintak 'half-day'. Pergh. 'Half-day' tu. Ko ado?


Aku pi sorang-sorang.
Naik beskal aku warna ungu.
Takde teman. Mak tak teman. Ayah tak teman.
Pergi sorang-sorang.


Masa sampai kat sekolah.
Ada macam-macam reaksi.


Ada yang menangis gembira.
Ada yang menangis sedih...kot.
Ada yang buat reaksi 'owh aku dah agak dah aku dapat keputusan macam ni'.
Gila rileks.


Aku?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cikgu peluk aku.
Dia kata tahniah.
.
.
.
.
.
.
.
Aku tengok slip.
.
.
.
.
Terus pi public phone tepon mak.
.
.
.
.
.
Jadilah.
Dapat gak buat mak aku bangga sekejap.

Kenangan #3 - Zaman Sekolah-sekolah

Cukup kot pasal sekolah rendah. Malu bila mengenangkan tahap kegedikan melampau aku. Lagi gedik dari Hannah Montana dan Selena Gomez. Mereka pun tidak segedik aku.


Tahun 1995, aku dapat pakai kain warna biru 'turqouise'. Gila rasa dah remaja.


Tapi 'time' ni, kalau tengok balik gambar-gambar dulu, memang rasa tak 'bley blah'.


Tudung senget tak ingat.
Kasut kotor tak lupa.
Baju besar gedabak.
Gila selekeh ko!


Masa ni aku dah mula menunjukkan bakat seni yang terpendam nun jauh dalam laut. Mula-mula aku masuk silat. Tapi lepas kejadian mulut aku pecah dan senget sebelah lepas main silat, ayah aku sanggup tukar aku masuk kelas tarian dekat Taman Budaya Perak.


'Time' ni best woooo.


Aku tiap-tiap minggu ada 'show'. Nama kumpulan tarian aku tu dulu namanya 'Selendang Perak'. Kumpulan ni memang budak-budak sekolah aje 'join'. Tapi sebab masa tu, memang Taman Budaya Perak tengah aktif, kami berpeluang dapat slot selama 2 jam 45 minit untuk buat show kami saja.

Itulah 'show' paling lama pernah aku buat.

Kami menari inang, joget, zapin *mai feveret* dan juga kontemporari asli.


Serius. Itu kenangan terindah.


Aku berhenti menari sebab sambung belajar. Cari peluang juga kot-kot ada kumpulan tarian kat sana. Tapi nan hado. Sebab aku sambung kat Universiti Teknologi Mara Cawangan Machang Kelantan.
.
.
.
.
.
.
sah-sah la nan hado kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...