Hari ni, masuk saja pejabat, semua menjerit tengok aku.
Semua gelak (tak tahulah suka ke idak) -- sebab aku berjaya balik ke KL.
Sayang juga kome kat kte ye. Haha.
Sebenarnya, malam semalam aku dah mengarang baik punya cerita tentang seharian aku di Cherating -- Kuantan.
Tapi masa aku nak publish, semua hilang.
Jadi aku malas nak menaip semula.
Tunggulah semangat aku nak bercerita mengharung air separas pinggang tu datang semula.
Buat masa sekarang aku teringat-ingat kawan-kawan kat Pejabat Kuantan yang sama-sama stranded tu.
Seorang -- umah dah tenggelam, tinggal nampak bumbung saja.
Seorang -- umah dah tenggelam juga, siap kereta dah hanyut di bawa air deras.
Seorang -- masih terperangkap dalam rumah sebab bantuan tak sampai untuk keluarkan dia dari sana (mentang-mentang dia bujang lelaki -- korang tak tolong ye)..
My heart goes to all my friends in Kuantan.
#prayforkuantan
alhamdulillah che ta selamat..
ReplyDeletesyukur sgt
apa2pun kita doakan sesama pada mangsa2 yg masih terkandas kat area banjir sana
moga dipermudahkan segala urusan buat mereka...