lately, aku risau-kan anak dara aku yang seorang ni.
akhir-akhir ni bila aku ambil dia dari taska, dia macam dah tak terjaga.
badan busuk macam tak mandi.
kadang-kadang dah nak masuk kereta, dia bising dia kata dia berak.
jadi aku tertanya-tanya, cikgu-cikgu kat taska tak peduli ke dia ke walaupun dia dah bagitahu dia berak.
badan kadang-kadang ada kesan merah.
haish.
entahle.
mungkin dah terlalu banyak disogok dengan kes-kes penderaan di tempat jagaan kanak-kanak, aku jadi fobia dan terfikir-fikir secara berlebihan.
hati seorang emak - kan.
tapi tulah, bila kita tulis macam ini, mulalah ada mulut-mulut yang dah masuk insurans -- mengatakan bahawa 'takut anak kena dera, berhentilah kerja -- jaga anak sendiri, dah tak percaya orang jaga, jaga lah sendiri anak tu'.
haish.
cakap memang le senang -- kan.
inilah senario yang mak-mak kena telan bila hantar anak-anak pada orang untuk dijaga dan diasuh.
aku hanya mampu berdoa agar Qalesya sihat selalu. inshaAllah, dia boleh survive, tapi biarlah kena pada level-nya. dia masih kecil, semoga cikgu-cikgunya sabar dengan kerenah Qalesya. aku sendiri faham, Qalesya ni lambat sikit development-nya. belum petah bercakap. agak degil. tapi aku suka. sekurang-kurangnya aku tahu, dia sedang meng-explore dunia dia :)
namun ada juga yang tak faham.
pernah sampai ke telinga aku -- orang mengata dia, 'badan besar, tapi bercakap idak' -- 'dah besar, tapi pakai pampers lagi' --
huhu. ni mak dia yang melahirkan ni, sedih tau.
cubalah jaga sikit hati orang bila nak berkata-kata.
setiap anak dilahirkan istimewa.
setiap anak dilahirkan berbeza-beza.
setiap anak dikurniakan perkembangan yang berbeza-beza.
jika dari kecil dah dibanding-banding, apa jenis manusia yang kita bakal didik?
:(
dear Cha,
mommy loves you so much.
mami takkan pernah menghukum dan membanding-bandingkan kamu dengan yang lain.
take your time.
explore your wold sayang.
shine like a diamond.
mommy will always be by your side.
you know I loves you always ya sayang.
:)
Khaleesya kita pun pakai pampers lagi la...apa ada hal bkn beli pampers pakai duit org yg kata tu pun ye dak?...AAK..heheh...
ReplyDeleteX per kak...manusia yg bercakap tu x dduk dalam kasut akk...so they never know how the shoe u have to fill.....sabar kak..one day allah akn balas apa yg diorg ckap...mayne x pada diorg..tpi pada saudara.mara diorg.....allah maha kuasa. ...
ReplyDelete