Tabungan

06 December 2013

ini bukan kisah banjir

kita berhenti sekejap bercakap pasal pengalaman aku terperangkap di Kuantan saat banjir melanda. aku tengah ada mood nak menulis, jadi aku keluarkan satu-satu cerita yang sepatutnya aku tulis tak lama dahulu tapi hold sebab banyak sangat kerja.

la ni pun banyak juga kerja, tapi aku rasa sedikit penat minggu ni dan aku mahu berehat sekejap. hehe.


ini pasal adik aku konvo bulan November hari tu -- di UIA, Gombak.

adik, mak dan ayah dah keluar rumah di Semenyih seawal 6.00 pagi, sebab nak pastikan adik sempat bersedia untuk masuk ke dewan. nak cari parking lagi, so lebih baik bersedia dari awal kan.

kami pulak di rumah (palom, malom, maksu, cha, nazri) masih lagi berkira-kira pukul berapa nak bertolak. aku pulak kena hantar nazri terlebih dahulu ke tempat kerja. jadinya selepas huru-hara dirumah segala, kami bertolak ke UIA pukul 9 lebih.

semasa kami sampai di UIA, hectic nak cari parking lagi. memang ah--zab!!

last-last kami parking di kolej kediaman hehe. dan kami menapak bermeter-meter jauhnya untuk pergi ke dewan.

target kami adalah mini auditorium sebab adik dah pesan, kat mini auditorium tu akan dipasang skrin dan diorang pancarkan live dari dalam dewan konvo. masa kami masuk, banyak kerusi kosong. aku dah happy dah. aku ingatkan tak ada orang tahu kat situ ada skrin. kami pun duduk selesa ya amat ni nak tengok adik amik scroll.

tapi masa kami tengok skrin tu, dewan dah kosong dan orang dah bergerak keluar dewan. lepas tu dalam mini auditorium tu, ada seorang lelaki bergerak menuju ke projektor tu, dan tutup projektor tersebut.

lor.

rupa2nya dah abis. hehehe.

kami lambat, tak sempat tengok dia amik scroll hehe.


so, buat adik, tahniah dah jadi graduan undang-undang.

dah nak habis chambering pun.

dah boleh buat dah apa yang kamu nak buat.

nak jadi lawyer ke.
nak bukak firm sendiri ke.
nak jadi legal officer ke.
nak bukak kedai nasi ayam ke.

macam-macam dah kamu boleh buat.

cuma satu aje akak pesan -- you will always be my little brother.





No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...