Tabungan

Showing posts with label kelakar la kau orang. Show all posts
Showing posts with label kelakar la kau orang. Show all posts

10 April 2012

apa raaaa koranggg...

gelak sorang-sorang aku kat sini.
kerana dia, sana-sini buat entri.
ada yang menyokong....of courselah..
ada yang tak menyokong....hahaha.
istimewa eh dia.
kerana dia, orang semua bertekak.
hmmm.

28 December 2011

kisah pasangan kekasih yang membeli-belah di Alamanda Putrajaya

mari mak nak bercerita sikit.
bukan senang mak nak bercerita pasal orang ni hehe.

petang semalam, sementara menunggu Encik Suami, mak pergi bershopping di Alamanda Putrajaya.

mak memang dah bajet lama dah untuk beli dompet baru. dompet mak la ni, halahai, sadis dah zipnya hehe. jadinya mak tak tunggu lama, mak terus la shopping mall nak beli dompet kononnya.

mak masuk Parkson. mak pergi belah jual dompet yang murah-murah tu. ala yang 39.90 ke atas tu. kat situ, adalah satu couple ni, sibuk memilih dompet juga.

oke. satu yang mak nak jelaskan memula sekali, kawasan dompet tu adalah kawasan dompet perempuan. so haruslah yang nak membeli tu si perempuannya.

masalahnya, si lelaki ni, semua dompet yang perempuan tu pegang, semua serba tak kena.

contoh.....

si perempuan pegang dompet A.
si lelaki kata 'dompet ni color dia buruk la....'

si perempuan pegang dompet B.
si lelaki kata 'ish, apa pilih dompet ada zip, macam kampung.....'

si perempuan pegang dompet C.
si lelaki kata 'ni lecehlah, susah nak bukak, nak keluar duit lambat, tempat simpan kad pun macam susah aje...'

alih-alih si lelaki kata - 'beli dompet macam I aje kan senang....'

dowh???!!

oke. mak dah tak tahan.
mak pergi tempat lain, tunggu sampai diorang pergi dari situ.

kau baru jadi boyfriend dia, beli dompet pun kau komen bagai, nanti jadi suami isteri...?
ish ish ish.

06 December 2011

mari mak nak membebel sikit

mak belum dapat habis berjalan blog lagi kengkawan.

tapi ada dah yang mak dah pergi tinggal tapak kaki dah hehe.

dalam banyak-banyak blog yang mak pergi, sempat lagilah mak klik paut sana paut sini.

jumpa lagilah macam-macam jenis blog.

ada yang cute teramat.

ada yang simple teramat.

ada yang kelakar teramat.

ada yang merapu teramat.

ada yang mak tak paham baca teramat.
dalam erti kata lain, tak dapat nak baca.
oke yang ni mak nak ulas sikit.

tak dapat baca tu dari segi:-

1. tulisan
tulisan yang susah bebenor mak nak baca.
mak ni dah la already 4 mata.
boleh pulak pilih tulisan yang jenis ikan bilis,yang jenis macam cacing, pastu letak pulak font kecik.
ni nak bagi orang baca ke tidak blog tu?

2. bahasa
ampun. kadang-kadang mak tak paham apa bahasa korang guna. 
macam contoh kan. korang nak tulis, "eh korang, apa korang buat hari ni? aku tak buat pape pun. aku just duduk kat umah main game je".
tapi sebab terlebih pandai bahasa, boleh aje ubah "eyh kowank, per kowank wt riy niy? aq x wt ppe pn. aq jst ddk kt umh men gem jewww".
mak ni dah tua. mak tak paham la bahasa-bahasa gini.
merangkak-rangkak mak membacanye.

owh dua tu je la mak perasan.
yang lain oke lagi.
bahasa dengan tulisan ni mak memang lemah.

kalau mak tak paham, memang mak tak follow and tak baca dah.
yelah, kalau nak baca satu entri pun dah dekat 10 minit, macam mana mak nak jenguk blog lain kan.

sori ya adik-adik.
mak have too.

papew pn, trimas sbb kowank sudi dtg sgh blog mk yg vrsi org tue ni.

:)

24 November 2011

saya memang buruk siku. bak balik trofi tu!!

tahniah.
awak menang peraduan ini.

*seminggu selepas*
kami minta maaf cik, kami kena ambil balik hadiah ni kerana kami silap kira undi. pemenangnya orang lain.

ha. amik kaw.
buruk siku punya orang.
dah bagi ambil balik.
eee. shame on you.

nak buat macam mana.
itu kenyataan dan isu panas ketika ini.

baru saja selesai anugerah tersebut, dah kecoh pasal trofi harus dipulang semula kerana......penganjur.....salah kira undi.

macam kelakar kan kome ni.
anugerah bukan anugerah budak paling pandai dalam tadika...kot.
tapi ini anugerah industri muzik Malaysia.....kot.
boleh pulak kau orang main salah-salah kira.

macam tak profesional gitewwww....dowh.

yang tukang kira undi tu, kau orang ambil budak lepas UPSR ke kira?

okey..okey..
mak minta maaf..memang susah kira oooooo..undi undi ni....datang dari serata pelusuk negeri oooooo..ingat senang ke nak kira........dowh.

tapi bak kata mak sebentar tadi.
ini bukan anugerah budak tadika.

kena serius sikit kot...

dowh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...