Tabungan

Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

22 August 2013

Blood Test Result #2

Aku ambil keputusan darah 20 haribulan lepas. Dah 2 hari. Waktu bertenang. Waktu nak susun balik hari-hari. Waktu nak susun balik jadual. Waktu nak susun balik semua.

Alhamdulillah. Itu saja yang mampu aku ucap bila dapat keputusan tu. Semua clear.
Artritis - clear.
SLE - clear.
Lupus - clear.

Alhamdulillah. Cuma mak dah pesan supaya berubat kampung pula. Mana la tahu kan, memang sekarang ni zaman moden, tapi ---- mana la tahu kannnnnnn.

Walau apapun, terima kasih atas ingatan dan perhatian kalian semua terhadap kesihatan aku. Tak putus-putus kata semangat dan doa kalian. Terima kasih banyak-banyak. Terasa sangat-sangat diri ni disayangi. Aww!

***

Wake-up Call.

Walau apapun, keadaan ni sebenarnya menjadi satu wake-up call untuk aku. 

Namun, sebenarnya kita dari kecil lagi dah macam-macam wake-up call yang Allah s.w.t. beri pada kita. Tapi, dalam sedar tak sedar saja kita perasan semua tu.

Tuhan bagi kita jatuh basikal, supaya kita tahu betapa sakitnya bila jatuh basikal. Supaya kita berhati-hati bila kita naik basikal pada masa akan datang. Dan supaya kita tahu betapa sakitnya kalau kita jatuh pula dari motorsikal. Tapi buat mereka yang tak perasan dengan wake-up call yang Allah bagi tu, kita masih lagi bawak basikal tak sudah-sudah lajunya. Sendiri punya pasal. *senyum*

Dan pada aku, aku sedar -- Tuhan sebenarnya bagi peluang pada aku untuk perbaiki tahap kesihatan aku. Bagi peluang pada aku untuk tengok balik cara pemakanan aku. Bagi peluang pada aku untuk cari supplemen yang sesuai dengan cara hidup aku. Sesungguhnya Tuhan tu Maha Besar -- dia sentiasa bagi peluang pada hambaNya.

Bukankah kita ini hamba yang beruntung?

Alhamdulillah.



 



08 August 2013

kita recycle saja gambar - cerita bergambar

Pagi raya, mak pergi sembahyang raya dengan menantu.
Owh ada orang kata muka suami macam Awi Rafael.
*bunyi cengkerik*


Palam sebagai driver.


Mami tak dapat nak join sebab jaga anak yang masih tidur.


Cha berkata - apa? hari raya? nanti saya fikir.. -


Suami dah balik dari sembahyang raya -- tangkap gambar dulu


Oleh itu, jom kita pergi ziarah kubur Mak Tiri.


Ya. Kami lagi.

Oke ready gambar kami saja..











Bosan la mami ni, asyik tangkap gambar saja.





03 January 2013

3.1.13

semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013. tarikh semalam tak cantik, jadi tak rasa rugi sangat bila tak update. boleh? hahahaha. mengong di awal pagi. sila layan.

macam aku kata, semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013, bermula dengan baik. Alhamdulillah, hari pertama tanpa gagal, semua azam dapat dipenuhi. gila! itu baru sehari, aku tak boleh janji 362 hari yang mendatang hahahaha!

cuma Qalesya, dah menampakkan ciri-ciri anak tak sihat yang akan kembali batuk, selsema dan kahak. aku, bila Cha dah mula batuk, aku akan jadi takut, jadi fobia sebab dia memang tak tahan dengan batuk semua tu. bila dia batuk, dia akan start selsema, terus jadi kahak dan end up -- warded. kalau boleh, tahun ni, taknaklah masuk hospital lagi. kesian dekat dia. nak cucuk jarum, nak buat drip kat tangan dia adalah satu perkara yang sangat menyesakkan jiwa dan raga mana-mana mak pun. menangis sampai nak terkeluar anak tekak adalah perkara terakhir setiap mak dalam dunia ni nak tengok terjadi pada anak dia. jadi, kesimpulannya aku berdoa sangat-sangat, janganlah batuk dia melarat.

masalahnya, pagi tadi dia dah terjaga pukul 5 dan start batuk-batuk-batuk dan batuk. siap mengigau nangis segala. tapi tidur balik. aku rasa lega jugalah sebab dia masih mampu tidur walaupun batuk dan itu bermakna, batuk dia takdelah teruk mana sangat lagi.

cumanya, aku sebagai ibu yang bekerja, akan menghadapi dilema, anak atau kerja. kalau dia masuk hospital, dah tentu aku yang kena teman dia di hospital. maksudnya, tak masuk kerja. maksudnya, cuti. 

sesetengah orang tak faham perkara ini. ambil mudah. pandang senteng. macam kami emak-emak yang bekerja ni suka sangat dapat duduk hospital teman anak sakit.

o--hoi!

emak mana suka tengok anak sakit?
emak mana yang dapat 'bercuti' bila anak merengek siang malam kerana sakit?

tolong faham itu. tapi masalahnya, mereka tak faham. tak semua, tapi ada yang tak faham.

tapi kadang-kadang, ada juga yang memang sengaja tak masuk kerja dengan menggunakan alasan 'anak sakit'. o--hoi! aku memang takkan pernah guna alasan itu kalau nak memonteng sekali pun. setiap perkataan adalah doa. dan aku takkan pernah sekali mendoakan anak aku sakit. mintak simpang semua perkara tu. tapi itulah, ada saja yang begitu. ambil kesempatan. kadang-kadang, bila anak betul-betul sakit, kita dah tak boleh nak percaya dah.  betulkah anak itu sakit.

jadi, janganlah bermain-main dengan tahap kesihatan anak, atau sesiapa sekalipun. kesihatan sebenarnya anugerah Tuhan yang paling bermakna. kalau kau kaya, tapi kau sakit, tak guna juga. jadi, nampak tak sekarang, kesihatan tu, masyaAllah lagi penting.

jadi, aku doakan agar kita semua sentiasa sihat dan sejahtera. dapat bekerja dengan baik. dapat menjalankan tugas dengan kewajipan dengan bertanggungjawab. Ameen.

hari mula kerja dalam tahun 2013

baru jumpa effect 'panorama' dalam phone hahaha

test panorama lagi

cuma tengok kat diapers Cha, ada nama dia. ni mesti cikgu kat Taska punya kerja haha.

budak batuk pukul 5 pagi, Alhamdulillah masih nyenyak tidur masa nak hantar ke Taska pagi tadi.





01 January 2013

1.1.13

semua orang berlumba-lumba nak buat entri hari ini. maklumlah, hari pertama dalam tahun 2013. hari pertama dalam tahun yang baru. aku juga yang senyap dari pagi sampailah ke malam. cuma tadi encik suami tanya tak update apa-apa ke hari ni. eh, dia pula yang concern lebih. thanks sayang.

jadi, sebelum aku tidur, aku update la sikit kan.

hari ini memang aku tak bercadang nak buat apa-apa aktiviti pun. memang niat nak berehat, nak golek-golek dengan Cha saja. makanya tak keluar la kami dari pagi ke petang. yang Cha pula, taknak la dia tidur sekejap pun bila dia duduk dengan mami. mungkin dia pun rindu nak golek-golek dengan mami dia ni.

disebabkan kesian dia tak kemana, petang aku decide nak bawa dia keluar ambil ayah kat Mid Valley. at least, dapat juga dia naik kereta.

tapi, memandangkan dia tak tidur seharian, masuk saja kereta, hisap saja susu, terus selesai tidur. punyalah ngantuk anak dara mak seorang ni.

dan sepanjang jalan jugalah dia tidur, dah ambil ayah pun dia tidur, mami pergi beli makanan pun dia tidur, sampailah ke rumah balik. total, hampir 2 jam dia tidur.

disebabkan ini budak sudah tidur waktu maghrib, dia sudah meragam lebih. lepas makan tadi barulah oke sikit.

ni tengah risau sebab bibit-bibit tak sihat sudah menampakkan diri. ingat lagi tahun lepas, awal 2012, dia masuk hospital sebab bronkitis.

harap-harap tahun ni, no hospital ya anak.

gambar sepanjang hari ini. 1.1.13.

baru bangun tidur

lepas breakfast

lunch

tengok puss in boots

rindu opah mami. masak makanan macam dia selalu makan

Cha kacau mami lipat kain. pakai seluar dua lapis

masuk kereta terus tidur

sekian.



p.s.
selalu sakit sendi?
makan supplement ni.
whatsapp 0172350404 atau pergi facebook cari Pretty Qalesya.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...