semua orang berlumba-lumba nak buat entri hari ini. maklumlah, hari pertama dalam tahun 2013. hari pertama dalam tahun yang baru. aku juga yang senyap dari pagi sampailah ke malam. cuma tadi encik suami tanya tak update apa-apa ke hari ni. eh, dia pula yang concern lebih. thanks sayang.
jadi, sebelum aku tidur, aku update la sikit kan.
hari ini memang aku tak bercadang nak buat apa-apa aktiviti pun. memang niat nak berehat, nak golek-golek dengan Cha saja. makanya tak keluar la kami dari pagi ke petang. yang Cha pula, taknak la dia tidur sekejap pun bila dia duduk dengan mami. mungkin dia pun rindu nak golek-golek dengan mami dia ni.
disebabkan kesian dia tak kemana, petang aku decide nak bawa dia keluar ambil ayah kat Mid Valley. at least, dapat juga dia naik kereta.
tapi, memandangkan dia tak tidur seharian, masuk saja kereta, hisap saja susu, terus selesai tidur. punyalah ngantuk anak dara mak seorang ni.
dan sepanjang jalan jugalah dia tidur, dah ambil ayah pun dia tidur, mami pergi beli makanan pun dia tidur, sampailah ke rumah balik. total, hampir 2 jam dia tidur.
disebabkan ini budak sudah tidur waktu maghrib, dia sudah meragam lebih. lepas makan tadi barulah oke sikit.
ni tengah risau sebab bibit-bibit tak sihat sudah menampakkan diri. ingat lagi tahun lepas, awal 2012, dia masuk hospital sebab bronkitis.
harap-harap tahun ni, no hospital ya anak.
gambar sepanjang hari ini. 1.1.13.
baru bangun tidur |
lepas breakfast |
lunch |
tengok puss in boots |
rindu opah mami. masak makanan macam dia selalu makan |
Cha kacau mami lipat kain. pakai seluar dua lapis |
masuk kereta terus tidur |
sekian.
p.s.
selalu sakit sendi?
makan supplement ni.
whatsapp 0172350404 atau pergi facebook cari Pretty Qalesya.
salam. selamat menyambut tahun baru :)
ReplyDeletecomelnya... wah...
ReplyDeletep/s : lupa nak cakap, filem pendek tu mungkin dalam minggu ni akan ditayangkan.hehehe.stay tuned tau :)