Tak semua orang akan suka dengan apa yang kita tulis. Dan tak semua orang juga akan setuju dengan apa yang kita tulis. Kadang-kadang bila kita menulis, kita rasa itu dah cukup humble dah cukup rendah diri, tapi sebenarnya tidak. Orang ingat kita menulis kerana riak seadanya. Super riak. Mungkin nada penulisan kita (semasa kita menulis) dah rasa habis low tone. Tapi bila dibaca, dah jadi high pitch. Ya, semua itu berbeda. Sebab itu, kadang-kadang ada orang yang tak suka bermesej, mereka lebih suka menelefon, bercakap depan-depan, baru tahu nada tinggi atau rendah, rendah diri atau bongkak.
Begitu juga aku di sini. Aku menulis tiada pattern yang tetap. Ikut suka hati saja. Rasa nak bersastera lebih, mula lenggok gaya dah macam zaman Tun Teja. Rasa nak kasar, bahasa macam mamat rock. Tapi itu adalah aku. Aku sekadar berterus-terang.
Dan pengisian juga, memang tak tetap. Kadang-kadang aku rasa ada benda yang aku nak kongsi sangat-sangat dengan kamu semua. Tapi kadang-kadang aku rasa aku tak boleh terlalu terbuka. Dan aku juga selalu ingin nak berkongsi perkara-perkara yang ingin aku buat, ingin aku laksanakan, ingin aku kecapi. Tapi rupa-rupanya, ada juga yang dah salah erti niat aku tu.
Macam aku tulis tadi, tak semua suka dengan apa yang aku tulis. Dan ya, aku tak boleh nak halang, siapa yang suka dan siapa yang tak suka.
Dan aku tahu, ada penulisan-penulisan aku ini dianggap riak oleh sesetengah pembaca. Apa boleh buat, cara kita menafsir apa yang kita baca memang berbeda antara satu sama lain. Dan aku tak boleh nak paksa semua setuju dengan pendapat aku.
Aku menulis apa yang aku rasa. Aku menulis apa yang lintas difikiran aku. Kalau kamu rasa itu riak..., aku tak boleh buat apa.
Ini rumah aku. Aku rasa atas geran itu, aku berhak menulis apa saja yang aku fikir.
Tapi, setelah apa yang terjadi ni, aku rasa kecewa. Aku menulis kerana aku suka menulis. Aku menulis kerana aku tahu suami aku membacanya. Aku tahu, kadang-kadang apa yang aku mahu namun tak terluah pada dia depan-depan, boleh aku curahkan disini dan dia memang memahami. Tapi kalau luahan hati aku, dianggap riak, then it is not fun anymore. Kerana takut dianggap riak, aku harus menulis dengan penuh berhati-hati. Hilang nikmat berblog.
Readers, aku merajuk dengan kamu semua. Sudahlah. Aku tak mahu berblog dah. Blog ini akan ditutup. Tak perlu kau orang baca lagi riak aku ni.
Puas?
Sent from my iPhone
Kenapakah?
ReplyDeleteusah pedulikan apa yang orang kata kak oii.. masuk telinga kanan keluar tlinga kiri,habis citer. bak kata bro ben, tulis je apa yg kita nak tulis. sabar..
ReplyDelete