Tabungan

Showing posts with label tempat kerja. Show all posts
Showing posts with label tempat kerja. Show all posts

06 December 2013

eh kita pun ada la

tengok ada ramai kawan up gambar di I-City Shah Alam.

eh ai pun ada la. haha. lupa nak upload saja hehe.

ni sebenarnya gambar masa kami di Unit ER pergi buat presentation di Pejabat Selangor. Sebagai complimentary, kami dapat buat product update ke I-City Shah Alam ni :)

jadi kita letak gambar dulu ya.

kendian baru kita cerita kat kamu, kamu dan kamu pasal I-City ni :)












So sekarang mak nak cerita pasal I-City di Shah Alam ni.

I-City Shah Alam ni luas. Dalam I-City ni ada beberapa tempat tarikan utama macam yang aku pergi tu, Red Carpet, Trick Art Museum dan House of Horror. Ada lagi, tapi kami tak pi hari tu hehe.

I-City ni luas. Kiranya target diorang adalah untuk buat satu bandar yang ada semuanya. Sebab kalau ikut master plan diorang, dalam I-City ni akan ada rumah, apartment, even hotel dan juga shopping complex. Jadi apa yang kita lihat sekarang ni adalah pembangunan sedikit demi sedikit mengikut master plan diorang tu.

Red Carpet.
Dalam Red Carpet ni basically adalah himpunan patung-patung lilin selebriti dan public figure ternama dunia. Walaupun tak macam patung-patung lilin yang betul-betul real macam luar negara, tapi usaha untuk buat patung-patung lilin ni memang patut dihargai.

Trick Art Museum.
Dalam Trick Art Museum ni, pengisian dia adalah lukisan. Semata-mata lukisan. Tak ada benda lain. Lukisan, lukisan lukisan. Itu saja ada. Tapi, lukisan-lukisan yang ada ni adalah lain daripada yang lain kerana lukisan ni berbentuk 3D. Kalau tengok saja memang takde kesan apa. Tapi cuba tangkap gambar. Omai-aih, memang nampak macam kita tengah buat sesuatu dengan watak-watak dalam gambar tu :)

House of Horror.
Ini rumah hantu. Selalu kita main dekat fun fair saja. La ni I-City buat khas satu House of Horror. Buat aku yang penakut ni -- ya, saya takut masuk dalam tu. Selain tu, kami dok gelak saja -- sebab tahu benda tu tipu, tapi kami still takut.
Haha.


Okey, opening hours adalah berbeza bagi setiap tempat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang I-City Shah Alam bolehlah lawat terus website mereka - http://i-city.my/tourism/



Weee.








10 September 2013

nak pergi bagi ceramah jap

Haha.
Cerita pasal retreat hari tu tak sempat nak cerita lagi hehe. Nak kongsi pengalaman nyanyi dengan band. Mak buat konsert you. Hahaha. Lantaklah apa orang nak kata, tak sedap ke apa kan -- janji mak dah merasa buat konsert hahahahahhaha.

Okey, takpa -- kita simpan jap cerita tu. 

Hari ni nak pegang microphone lagi, tapi bukan nak menyanyi tapi nak pergi bagi ceramah tentang peraturan dalam agensi ni. Wahh gteww. Nampak sangat gila mic kan? Hahahaha. Nasib baik sesi mak sejam saja. Kalau lebih dari sejam, tak tahulah nak cakap apa -- kan kan hahahaha.

Jadinya, pagi-pagi lagi dah buat hand-out untuk 'mangsa-mangsa' mak nanti hahaha. Okey, korang biasa tak, nak stepler banyak kertas, kiranya nak menyisih satu-satu kertas tu kan susah. Kadang-kadang korang akan jilat jari nak bagi kertas tu melekat dan senang nak sisih. Kalau yang jenis hygiene, memang akan geli la kan sebab air liur kita melekat kat kertas tu. Kesian kat orang-orang yang akan pegang kertas tu kan. Sebenarnya ada solution terhadap perkara tu. Solution dia menda alah ni.






aa gteww... Senang kerja. Dah lama dah aku guna benda alah ni. Dari kerja bank dulu dah. Selalunya orang-orang yang kerja office memang akan ada benda alah ni sebab ianya membantu sangat-sangat. Nak beli kat mana? Kat kedai stationery mesti ada punya :)



Haa. Itulah hand-out aku. Totally topik aku memang bosan sebab ianya tentang peraturan. Siapa suka. Mak pun tak suka (tangan ke dada mata ke atas). But don't worry 'mangsa-mangsa' mak, ai akan buat se--fun yang boleh. Boleh ker?? Hahahaha.



Jam berapa ek slot mak. Let see...



Okey - jam 2.30 petang. Bolehlah mak buat kerja lain dulu. sebelum tu nak pergi beli makanan dulu. Lapor!!




06 September 2013

Retreat -- Family Day Tourism Malaysia 2013

Assalamulaikum semua!
Selamat pagi!!

Tarik nafas -- hembus!! Hah!

Today's gonna be a long day for me! Hari ini bermulanya retreat @ Family Day pejabat aku. Kami semua akan ke Port Dickson dan celebrate our family day di sana. Seronoknya! Masa nilah nak melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani ahli keluarga. Satu tentang diri aku, ya aku sangat suka melepak dengan kawan, bersantai dengan kawan -- tapi jangan salah faham -- aku sangat suka melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani Nazri. Itu sebab Nazri memang sangat-sangat kenal dengan semua kawan-kawan baik aku - Jijo, Eikmal, Zahar, Radhi, kak Amy, kak Ani SEMUA Nazri kenal. Senang -- bila Nazri dah kenal semua kawan-kawan, memang senang cerita. Tak adalah nanti timbul fitnah sana-sini. 

Tak sabarnya nak ke PD. Berkampung dengan suami dan anak bersama dengan kawan-kawan. Ada macam-macam aktiviti masa kami kat sana nanti. Macam malam ini, kami ada Jamuan AidilFitri (ya -- walaupun dah penghujung Syawal) layankan aje yer. Sepanjang makan malam ni, ada persembahan artis Jay Jay dan Lena AF9. Selain tu adalah persembahan-persembahan lain. Yang itu suprise sikit. Tak boleh cerita habis hehehe. Nanti kalau sempat aku update melalui instagram. Siapa ada instagram boleh la follow aku ya -- cari saja wanita mutalib okey :)

Esok pagi akan ada sukaneka. Tengah hari aktiviti bebas. Masa tu nak bawa anak ke pantai atau swimming pool, atau apa saja pun boleh. 

Malam sekali lagi akan ada dinner kat tepi pantai tu -- dan malam besok best sikit sebab akan ada cabutan bertuah dan banyak lagi persembahan pentas.

Eeeee. Bestnya! Tak sabar nak bawa Qalesya berseronok.

Okeylah. Got something to do. 

Daaaaa!!



XoXo -- Ta.

(ada macam Dian dalam Istanbul Aku Datang tak? Hahahahaha ini semua poyoooooo!!)









03 September 2013

orang poyo takkan pernah tahu yang dia tu poyo

poyo tu subjektif.
maksud poyo berbeza mengikut situasi dan mengikut fahaman masing-masing.
aku pernah poyo. kau orang pernah poyo. cuma kita tak perasan kita ni poyo.

apa yang aku  nak sampaikan ni pun aku tak tahu.

macam nilah.
aku sebenarnya kasihan dengan orang yang tak perasan dia poyo.
mungkin dia ingat benda itu biasa pada dia, tapi unfortunately, orang akan berbisik dalam hati 'ah poyonya dia'. kasihan. ish ish ish.

macam nilah.

macam nilah.

macam nilah.

.......

lost of words.

........

nantilah. kalau aku dah tahu nak tulis apa, aku akan sambung. tadi ada banyak benda dalam kepala hotak aku ni. tapi hilang lak. haish.

buat masa ni, aku terbayang kisah-kisah semalam pun masih buat aku bergenang air mata. sedih campur kelakar pun ada.

ah poyolah. hahahahahahahahahaha.

sumber gambar




27 August 2013

Sambutan Hari Raya 2013

Wee wee wee. Apa yang lagi best selain daripada melepak bersama kawan-kawan pejabat. dapat pula kawan-kawan yang memang sporting tak ingat. I love my officemate. Tapi, resume tetap hantar merata. Career development la katakan. Hahaha. Iklan la pulak.

Oke. Ni mak nak cerita pasal sambutan hari raya pada Jumaat lepas. Baru nak cerita. Hahaha. Yang pastinya, bila kata sambutan hari raya, mestilah ada makanan. Banyak makanan!! Sedap-sedap pula tu. Haish macam mana la nak diet. Hahaha.

Tak tahu nak bercerita macam mana. Kita bercerita dengan gambar la senang kot kan? Hehe.


Nak beraya la katakan. Mestilah nak pakai baju elok-elok, cantik-cantik, lawa-lawakan. Mak suka sangat baju ni. Kain dia sedap. Dan mak nampak kurus. Ye kawan-kawan, itu ilusi sahaja sebenarnya. Mak tak kurus seperti yang kalian sangkakan hehe.



Dayang-dayang Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Semua kakak-kakak ni baik amat-amat. Sporting dan gila sikit. Sikit la. Hehehe.



Selain dari sambut hari raya, kami sekalikan dengan sambutan hari jadi. Yang pakai blazer dan bersongkok tu bos aku -- Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran. The best boss ever. Orangnya baik sangat. Disebabkan dia terlalu baik, orang selalu ambil kesempatan kat dia. Takpe boss, buat baik dibalas baik :)


laksa!!

rendang ayam!!

desert!!

kuih-muih!!

kek coklat!!

gila sedap!!
Makanan-makanan kat atas ni cuma sebahagian saja tau. Banyak lagi yang aku tak sempat nak snap, dah masuk mulut dah. Tak tahan!!


cantik tak brooch saya?!!

Boleh diletak di mana-mana pun brooch saya ni!!

ye. dia dah kawin tapi tak ajak saya. Hahahaha. Sori Dhi main-main ja!!

Beliau di dalam gambar di atas adalah Partner-In-Crime aku. Apa jenis jenayah tak payah tahulah. Tapi kami memang seronok bila nak buat jahat bersama-sama. Ada seorang lagi -- sebab actually kami ni trio. Tapi terlupa nak ajak dia Jumaat lepas. Sori Zahar!! Nanti kita tangkap gambar bertiga ya!!

   


Ni BFF aku. Nama dia Jijo. Dia dah kahwin - dah ada anak seorang. Kami dah berkawan dari belum kawin, sampailah masing-masing dah kawin, sampai masing-masing dah ada anak seorang dan kami tetap berkawan baik. Susah-senang kat Tourism Malaysia memang dengan dia. Mami aku siap gelar dia menantu tak jadi. Hahaha. Hatiku tetap pada Nazri walau siapa pun yang datang okey!!! Hahaha. Owh ada seorang lagi kawan baik kami -- Eikmal, tapi masa sambutan hari raya ni, dia kena pergi out-station dengan kawan baik dia. Heeee.




The one and only Encik Wan Zawawi -- Pengarah kami. Sangat sporting!! Owh hari ni ada date dengan dia, kami nak pergi test food dekat Shah Alam!! Nak pergi makan sate!!!!



Ini Kak Amy. Muka garang weiii!! Tapi baik hati ya amat! Kerja sangat tip top! Tapi jangan main-main dengan dia bila dia marah okey!!

Hahahahaha.


Okeyla! Ini saja gambar yang ada dalam phone aku. Nanti kalau dapat gambar dari OP -- aku upload lagi. Bai! Nak ready makan sate dengan boss :)




22 May 2013

Mentang-mentang Boss! Boss la sangat kan?!

Aku bertuah sebab dapat anak-anak buah yang baik hati.
Kalau tang minta tolong memang tak berkira.
Tapi tak taulah mana tahu kot belakang aku mereka bising lak.
Tapi setakat ni Alhamdulillah, kalau minta tolong, memang tak pernah ditolak permintaan tu hehe.
 
Kadang-kadang aku ni pun mengada-ngada juga. Mentang-mentang ada anak buah kan, memanjang minta tolong anak buah. Itu sebab kadang-kadang, kalau ada kerja yang aku boleh siapkan sendiri, selagi boleh aku tak nak kacau anak-anak buah aku ni sebab aku tahu dia orang pun ada banyak kerja lain nak buat selain dari melayan kerenah boss kecik dia orang yang banyak songeh ni hahaha.
 
Minta maaf ye kakak-kakak sekalian. You know I love you  all too much hehe.
 
Macam tadi, rupa-rupanya ada makan-makan sikit. Kebetulan aku nak keluar tapi sebab dah nampak Kak Ani bawa mee goreng untuk Kak Amy. Oleh kerana rasa teringin, aku pun pesan-lah pada Kak Ani untuk reserved untuk aku sikit. poyo -- kenn.
 
Tapi disebabkan kakak-kakak aku ni baik, balik tadi tengok dah ada dah mee atas meja. Memang sayanglah kakak-kakak ni hee. Tapi aku tahu, kalau aku tak minta reserved pun, dia orang akan reserved juga untuk aku sebab selalu memang begitu. Balik bilik aje, mesti dah ada makanan atas meja. Bila makan, dia orang mesti ingat nak ambilkan untuk aku.
 
Oke takpe kakak-kakak, jangan risau, LNPT saya bagi tinggi -- kan? Hahahaha.
 
 
Jadi tadi ingatkan nak makan la mee yang Kak Ani tolong ambilkan tu.
 
Sekali masa nak makan, rasa pelik kenapa mee goreng aku bergerak-gerak. Rupa-rupanya ada lipas dah terlebih dahulu rasmi mee goreng aku. Terus ngadu kat kakak-kakak tu hahaha. Dah serba salah lak dia orang sebab tak tutup mee tu.
 
Adeh, aku mengadu bukan nak salahkan dia orang. Saja aje nak mengadu kak oiiii.
 
 
Hahahahahaha.
 
 
Itulah kes mee goreng di petang hari.
 
 
Sekian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...