Tabungan

27 August 2013

Sambutan Hari Raya 2013

Wee wee wee. Apa yang lagi best selain daripada melepak bersama kawan-kawan pejabat. dapat pula kawan-kawan yang memang sporting tak ingat. I love my officemate. Tapi, resume tetap hantar merata. Career development la katakan. Hahaha. Iklan la pulak.

Oke. Ni mak nak cerita pasal sambutan hari raya pada Jumaat lepas. Baru nak cerita. Hahaha. Yang pastinya, bila kata sambutan hari raya, mestilah ada makanan. Banyak makanan!! Sedap-sedap pula tu. Haish macam mana la nak diet. Hahaha.

Tak tahu nak bercerita macam mana. Kita bercerita dengan gambar la senang kot kan? Hehe.


Nak beraya la katakan. Mestilah nak pakai baju elok-elok, cantik-cantik, lawa-lawakan. Mak suka sangat baju ni. Kain dia sedap. Dan mak nampak kurus. Ye kawan-kawan, itu ilusi sahaja sebenarnya. Mak tak kurus seperti yang kalian sangkakan hehe.



Dayang-dayang Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Semua kakak-kakak ni baik amat-amat. Sporting dan gila sikit. Sikit la. Hehehe.



Selain dari sambut hari raya, kami sekalikan dengan sambutan hari jadi. Yang pakai blazer dan bersongkok tu bos aku -- Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran. The best boss ever. Orangnya baik sangat. Disebabkan dia terlalu baik, orang selalu ambil kesempatan kat dia. Takpe boss, buat baik dibalas baik :)


laksa!!

rendang ayam!!

desert!!

kuih-muih!!

kek coklat!!

gila sedap!!
Makanan-makanan kat atas ni cuma sebahagian saja tau. Banyak lagi yang aku tak sempat nak snap, dah masuk mulut dah. Tak tahan!!


cantik tak brooch saya?!!

Boleh diletak di mana-mana pun brooch saya ni!!

ye. dia dah kawin tapi tak ajak saya. Hahahaha. Sori Dhi main-main ja!!

Beliau di dalam gambar di atas adalah Partner-In-Crime aku. Apa jenis jenayah tak payah tahulah. Tapi kami memang seronok bila nak buat jahat bersama-sama. Ada seorang lagi -- sebab actually kami ni trio. Tapi terlupa nak ajak dia Jumaat lepas. Sori Zahar!! Nanti kita tangkap gambar bertiga ya!!

   


Ni BFF aku. Nama dia Jijo. Dia dah kahwin - dah ada anak seorang. Kami dah berkawan dari belum kawin, sampailah masing-masing dah kawin, sampai masing-masing dah ada anak seorang dan kami tetap berkawan baik. Susah-senang kat Tourism Malaysia memang dengan dia. Mami aku siap gelar dia menantu tak jadi. Hahaha. Hatiku tetap pada Nazri walau siapa pun yang datang okey!!! Hahaha. Owh ada seorang lagi kawan baik kami -- Eikmal, tapi masa sambutan hari raya ni, dia kena pergi out-station dengan kawan baik dia. Heeee.




The one and only Encik Wan Zawawi -- Pengarah kami. Sangat sporting!! Owh hari ni ada date dengan dia, kami nak pergi test food dekat Shah Alam!! Nak pergi makan sate!!!!



Ini Kak Amy. Muka garang weiii!! Tapi baik hati ya amat! Kerja sangat tip top! Tapi jangan main-main dengan dia bila dia marah okey!!

Hahahahaha.


Okeyla! Ini saja gambar yang ada dalam phone aku. Nanti kalau dapat gambar dari OP -- aku upload lagi. Bai! Nak ready makan sate dengan boss :)




2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...