Tadi, semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat, macam biasa -- jalan pasti jem. Tambahan pula hari ni hari Jumaat, bertambah-tambahlah jem. Aku tak tahu apa kaitan Jumaat dan jem -- tapi itulah kenyataan dari dulu lagi. Asal Jumaat aje jem. Asal jem aje Jumaat. Haa gitu.
Tapi hari Jumaat yang jem hari ini, berbeza sedikit. Sebab aku dapat tengok semangat 1Malaysia hari ni.
Ceritanya macam ini.
Selang satu kereta depan aku adalah sebuah lori. Tiba-tiba lori tu pasang lampu kecemasannya. Berhenti lama pulak tu. Lepas tu aku nampak satu kereta (kemungkinan dihadapan lori tersebut) bergerak masuk ke sebelah kiri (ada kawasan rumput sikit -- selalunya tempat orang jual buah). Kemudia dari kereta tersebut keluar seorang pakcik berkopiah, isteri dan anaknya yang masing-masing bertudung labuh. Tiba-tiba mereka berlari ke tengah jalan. Aku pula yang panik, ada accident ke? Teruk ke? Lepas tu aku tengok, pakcik, makcik, anak perempuan mereka dan seorang lelaki India sedang menolak sebuah kereta lain terus masuk ke kawasan berumput tu juga. Bila dah masuk ke tepi, seorang perempuan Cina keluar sambil ucap terima kasih berkali-kali pada keluarga melayu dan lelaki India itu tadi. Lelaki India tu pula, selesai saja tolong mereka, terus dia masuk balik dalam lorinya dan teruskan perjalanan -- mungkin juga tak nak berhenti lama-lama dan menyebabkan kesesakan lalulintas bertambah teruk.
Aku -- aku kagum dengan suasana tadi. Memang semangat 1Malaysia. Melayu dan India sama-sama menolong Cina.
Siapa kata ada isu perkauman. Siapa kata ada kasta mengikut kaum. Sebenarnya, di dasar, di kalangan rakyat marhaen -- isu perkauman tak ada masalah pun. Yang selalu menambah-nambah cerita dan perisa, adalah selepas diperolokkan oleh politik. Padahal, tak ada apa pun. Masing-masing boleh bekerjasama tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.
Cuma nak dengan tak nak aje.
:)
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas segala pandangan..