Tabungan

23 August 2013

Penyakit Baru - Demam Running Man @ Demam Korea

Maafkan aku. Aku dah cuba, tapi tak boleh. Mereka terlalu adorable untuk dilepaskan. Chemistry antara mereka sangat menjadi. Mereka tak hensem -- tapi mereka hensem. Gosh -- apa yang aku cuba sampaikan ni?

Macam inilah. Aku berterus-terang, aku dengan TIDAK sengaja telah memasuki territory Korea. Mungkin belum 100%, belum 50% juga sebab aku buat masa ini hanya follow Running Man sahaja. Aku dengan sukarela bagi pengecualian untuk Running Man.

Aku pernah bercakap pasal Running Man dalam entri aku yang terdahulu di sini. Dan ya -- sejak itu aku memang gila dengan Running Man. Kalau ada yang masih belum tengok Running Man, tengoklah -- memang tak rugi. Kalau tengah sedih, tengok Running Man (RM) -- mesti terhibur. Percayalah!!

Apa yang aku kagum tentang RM, tentang Korea, tentang mereka ialah -- sopan santunnya mereka. Dengan siapa pun, sentiasa hormat antara satu sama lain. Panggilan mereka antara satu sama lain. Cara pakaian mereka. Aku perhatikan -- dalam episod-episod awal RM, kalau mana-mana pasukan itu kalah, mereka akan dikenakan hukuman. Dan selalunya mereka kena pakai hot pants atau pun seluar pendek. Ni seluar yang betul-betul pendek. Memang kalau perempuan pakai memang seksi lah. Tapi aku perhatikan, kalau Ji Hyo kena hukuman tersebut -- diorang takkan suruh Ji Hyo pakai. Hukuman untuk Ji Hyo ialah pakai misai dan janggut palsu. Kagum aku -- diorang pun taknak Ji Hyo terlalu seksi dalam RM. Diorang betul-betul jaga Ji Hyo. :)

Okey -- cukuplah pasal RM. Kang muak pula kau orang semua kan haha. Yang pasti, cuba tengok RM satu episod. Kalian akan terikut sampai habis. Haha.


***

Masa aku keluar dengan Nazri, aku singgah Daiso. 









Daiso ni kedai yang jual barang dia semua pada harga flat RM5. Barang-barang dia semua comel-comel. Memang best masuk kedai Daiso ni. Memang tak sedar boleh shopping sampai berpuluh-puluh ringgit. Gila tak perasan. Barang comel-comel kot.

Aku memang purposely masuk Daiso sebab aku nak beli sesuatu. Aku nak beli --------


SARUNG TANGAN!! Korea sangat kan!!

Okey okey. Daiso adalah dari Jepun. Tapi still ------- Korea sangat kan!! (bagilah can pada aku) Hahaha.

Sekarang ni dekat pejabat aku, adalah sangat-sangat sejuk. Jadi aku memang terfikir nak beli sarung tangan. Kalau sejuk boleh pakai. Tapi, sejak aku beli sarung-sarung tangan comel ni -- pejabat aku tak pernah-pernahnya sejuk pula! Masa bila nak berangan pakai ni!! Grr.


Tapi sebenarnya -- keluar saja dari Daiso, aku dah pakai satu dah.


Comel kan?
Kasik can la sikit!!
Haha.




Pakai masa drive pun boleh.





p.s.
Putri, akak beli satu untuk kamu. Yang warna hitam putih tu. I love you!






5 comments:

  1. Put ltk nma 'Hana' sbb tu nama samaran Put bila Put tulis cerita. Weeeeee~~~~ xD

    ReplyDelete
  2. Hehehe.
    Geng la kak!
    Saya setiap minggu mesti streaming terus Running Man kat Internet. Satu lagi adalah BFF. Barefoot Friends. Tu pun best. Selamba je :D

    ReplyDelete
  3. Hana - akak tau la itu kamu. Boleh cek kat profile. Wekkk.

    ReplyDelete
  4. Zara - BFF? Kena tengok ni!! Tapi betullah, kenapalah baru sekarang tergerak hati nak tengok RM heee.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...