Selamat hari raya dari Cha :)
Amboi. Dah nak raya dah. Bermakna, bulan Ramadhan, bulan penuh barakah ni dah nak berakhir. Tinggal dua tiga hari lagi sebelum bulan Syawal, maka jom masing-masing kita pecut, beribadah sebaik mungkin.
Bila dah nak raya ni, kita sebagai mak ayah ni, perkara yang paling kita ambil berat, semestinya baju raya anak-anak kan. Baju kita tak apa, tolak ke tepi. Yang penting anak-anak. Biar mereka beraya sakan tak apa. Biar mereka seronok. Lagipun, mengembirakan hati anak pun, satu bentuk ibadah juga. Bila kita niat nak mengembirakan hati anak-anak kerana Allah, kan dah jadi ibadah tu :).
Yang paling penting, bila nak raya, mesti orang nak tengok anak bulan kan? Jadi untuk tahun ini, tarikh tengok anak bulan Syawal 2013 adalah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan.
Macam aku awal ramadhan hari tu, aku lupa tarikh tengok anak bulan, jadinya terlepas pengumuman mula berpuasa. Tak pernah-pernah dibuat tak tengok pengumuman puasa, tahun ni terlepas pula. Tahu kena puasa pun dalam newsfeed Facebook. Hehe.
Macam aku awal ramadhan hari tu, aku lupa tarikh tengok anak bulan, jadinya terlepas pengumuman mula berpuasa. Tak pernah-pernah dibuat tak tengok pengumuman puasa, tahun ni terlepas pula. Tahu kena puasa pun dalam newsfeed Facebook. Hehe.
Harap-harap, bila dah tahu tarikh tengok anak bulan Syawal ni, tak adalah aku terlepas pengumuman hari raya Aidilfitiri 2013 nanti haha.
Kalau dah tahu bila tarikh tengok anak bulan Syawal, dah tentulah kita nak tahu sekali tempat tengok anak bulan kan kan kan. Selalunya, tengok anak bulan, bukan satu tempat saja. Ada banyak kot. Okey, ini adalah tempat-tempat tengok anak bulan di Malaysia.
Merata tengok anak bulan ni. Bukan satu tempat aje ye anak-anak :)
Jadi nanti, kita tunggu sajalah Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2013 kat televisyen nanti.
Kalau terlepas, baca sajalah newsfeed kat Facebook ye.
P.s- baru dapat baju raya tadi hehe. Nasib baik ada warna yang dikehendaki. Yang penting ada saiz. Hahaha. Maklumlah badan macam mak ni ha, bukan senang nak cari baju siap. Heee.
Sent from my iPhone
salam. skrg ni acara melihat anak bln tu cuma formaliti aje...tengok takwim tu memang confirmed raya jatuh hari khamis ni. u can count on me.. bTW, done follow here.
ReplyDelete