Tabungan

Showing posts with label bro framestone. Show all posts
Showing posts with label bro framestone. Show all posts

23 November 2012

Majlis Perkahwinan Bro Framestone dan Iera Kan

iya.
minggu lepas.
dah lama.
iya.
haah.
baru nak up entri.
iyo.
lambat.

ngahahaha.

biasalah, gambar dalam phone. bila dah sampai rumah, memang dah tiada masa nak simpan dalam PC. bila teringat barulah tergesa-gesa nak buat.

tapi takpelah, buat juga kan. hik hik.

okelah.
jangan cakap banyak, mari kita up gambar.
kepada Bro Framestone dan Iera Kan, selamat Pengantin Baru moga bahagia ke anak cucu.

p.s.
makanan hari itu sangatlah sedap. menjilat jari.

apa-apa pun, kita tepek gambar pengantin tak pernah luntur dulu ya.

hik hik.





















ada banyak lagi gambar.
tapi kita bagi laluan pada kakak kita untuk update kay.


daaa.


oo..kalau ada yang musykil, ya memang kami ber-dating hari itu, Cha tinggal di rumah dengan atok opah dan pak-pak dan mak sedara. hik hik.


kasi can laaaaaaaa.




oke.
lagi satu  nak tambah.
baju mak pergi kenduri hari tu.












takde orang nak tahu.







takde orang nak tengok.






takpelah.









hik hik.














baju - no brand from Tesco
skirt LaBella dari KZNabihah Boutique
tudung dari CK Rahim





hik hik.








05 October 2012

Penerima Anugerah Merdeka Award 2012

Pada 3 Oktober 2012 yang lalu, Pengerusi Anugerah Merdeka, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bertempat di Malaysian Petroleum Club KLCC telah mengumumkan tiga tokoh penerima Anugerah Merdeka 2012.

Tiga tokoh ini dipilih atas sumbangan cemerlang dan berpanjangan mereka dalam bidang masing-masing kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pengumuman ini dibuat setelah ahli-ahli jawatankuasa Pencalonan dan Pemilihan membuat pertimbangan secara menyeluruh, meneliti kelebihan dan ciri-ciri terperinci yang dimiliki oleh setiap calon dan akhirnya, mengenal pasti individu-individu yang ketara mengatasi calon-calon lain dalam kesempurnaan mereka sebagai seimbol semangat Merdeka.

Penerima-penerima Anugerah Merdeka Award 2012 adalah seperti berikut:

YBhg Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock


Kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Tan Sri Ong adalah seorang saintis, penginovasi dan perintis dalam penyelidikan asas minyak sawit dan telah merintis laluan bagi para saintis muda untuk menyokong industri tersebut melalui penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak sawit.


Professor Dr. Engkik Soepadmo 


Kategori Sumbangan Cemerlang kepada rakyat Malaysia
Dr Soepadmo adalah seorang saintis dan ahli ekologi dari Indonesia yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang secara khususnya menumpu kepada kepelbagaian spesis, struktur dan fungsi ekologi hutan hujan tropika yang kompleks di Asia, khususnya di Malaysia.
Beliau telah menemui 56 spesis tumbuhan dan pokok trpika baharu, yang mana 6 daripadanya adalah bersempena nama beliau.


YBhg Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul
Tan Sri Syed Naquib  telah dipilih atas sumbangan besar beliau dalam Islamisasi Ilmu dan Pendidikan Muslim Kontemporari. 
Beliau telah mencurahkan sumbangan yang besar kepada sejarah bahasa melayu moden dan kepada penyelidikan ilmiah dalam bidang islamisasi pengetahuan dan pendidikan muslim kontemporari, menulis 4 buah buku di peringkat antarabangsa, 26 di peringkat kebangsaan dan 30 artikel dalam pelbagai penerbitan.
Beliau juga adalah di antara 500 orang muslim paling berpengaruh di peringkat dunia.


Bagi tahun 2012, tiada anugerah diberikan dalam kategori Pelajaran, Komuniti dan Alam Sekitar.

Untuk yang tertanya-tanya apa itu Anugerah Merdeka, berikut adalah serba sedikit mengenainya.

Anugerah Merdeka diasaskan oleh PETRONAS, Exxonmobil dan Shell pada 27 Ogos 2007 untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada rakyat Malaysia dan juga warganegara bukan Malaysia yang telah memberi sumbangan besar dan berpanjangan kepada negara dan rakyat Malaysia dalam bidang masing-masing.

Nama Anugerah Merdeka ini dipilih bagi mencerminkan matlamat Ahli Jawatankuasa Oembentuk untuk memperingati erti sebenar kemerdekaan yang lebih  luas daripada takrifan konvesyenal berhubung kedaulatan negara. Ia mencakupi kemerdekaan dari sudut pemikiran dan semangat perjuangan yang merupakan faktor pemupuk kesedaran terhadap potensi dan perjuangan mencapai kecemerlangan.

Penerima Anugerah Merdeka akan menerima satu sijil, sebuah trofi dan anugerah wang tunai sebanyak RM500,000.










p.s.
aku berkesempatan menghadiri sidang media dan pengumuman yang dibuat oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di tingkat 42, Malaysian Petroleum Club KLCC!

nanti akan ada entri khas untuk pengalaman itu pula. nak cerita bagaimana boleh dapat pergi majlis ini.

best!

tambah best sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Shakiddo dan Dayah Keluh Kesah.

eee. bestlah!

harap-harap dapat jemputan untuk majlis anugerah ini nanti hik hik.

boleh jumpa mereka lagi!

eee. bestlah!

tunggu yaaaaaa.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...