Tabungan

Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

23 August 2013

Masih bercinta sampai bila-bila.

Orang kata, bila dah kahwin -- akan sampai satu masa yang manisnya bercinta akan hilang. Aku sebenarnya takut dengan cerita-cerita macam tu. Aku takut perkara tu akan terjadi pada kami. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri bangun-bangun pagi, tengok muka aku dan rasa bosan pada aku. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri tiba-tiba berubah hati. Macam mana kalau satu hari nanti, Nazri dah tak sayang pada aku.

Horror!

Aku memang sentiasa berharap, biarlah apa yang terjadi -- kami akan tetap bersama-sama -- susah dan senang bersama. Amin. In Shaa Allah.

***

Ada satu malam, aku TERmimpi, Nazri kahwin lain. Luluh hati aku! Biarlah mimpi sekalipun, tapi aku tetap rasa sedih. 

Aku mimpi -- aku dapat tahu Nazri kahwin lain. Aku terserempak dengan Nazri dan isteri baru dia tu. Aku sedih, aku lari. Yang buat aku kagum -- Nazri kejar aku dan tinggalkan perempuan tu. Sama ada dia kejar sebab rasa bersalah atau sebab dia lagi sayang aku, entah aku pun tak tahu. Lagipun -- IT JUST A DREAM. Haha. Kenapalah aku nak ambil serius kan?

Kan??

***

Esoknya -- bila aku bangun, aku tengok muka Nazri, aku geram dan dalam masa yang sama aku sedih. Emosi aku bercampur-campur. Baru aku sedar -- mood orang tengah datang bulan. Full stop.

Tapi, tetap -- masa mandi, aku teringat mimpi tu -- masa pandu kereta, aku teringat mimpi tu -- masa bayar tol, aku teringat mimpi tu -- mana-mana saja aku teringat mimpi tu.

Mulalah aku fikir macam-macam, kalaulah Nazri betul ada perempuan lain, apa akan jadi pada aku, pada Cha. Dan perasaan waras kembali pada aku -- no lah, Nazri takkan buat macam tu.

Tengah aku fikir-fikir, Nazri tiba-tiba tanya apa aku buat tengah hari nanti. Aku terus -- tanpa teragak-agak aku kata nak pergi lunch dengan dia. Terus dia setuju. Kebetulan memang aku ada kerja sikit tengah hari tu. Aku isi borang keluar pejabat -- minta izin bos masuk lambat sikit dan terus aku pandu ke Mid Valley untuk lunch sama dengan suami.

Tengah-tengah drive, aku dapat SMS dari Nazri. Mesej dia ---


Okey -- Tarik nafas lega. In Shaa Allah Nazri masih sayang aku dan akan sayang sampai bila-bila. Ameen.



18 February 2012

dah pandai buat suprise eh?

dekat Mid Valley sekarang ni, tengah ada Malaysia IT Fair.
dari 17 Februari hari tu, sampai 19 Februari nanti.

dengar cerita, barang-barang komputer murah la masa IT Fair nuh.
termasuk lah wishlist mak.... PSP.

mak memang teringin nak beli PSP.
lama dah.
maklumlah, mak ni, gamers la jugak kononnya.

kalau setakat Need For Speed, memang ehem ehem no problem.
apatah lagi game bodoh-bodoh macam Harry Porter nuh, memang khatam.
game CSI? no problem, mak suka.
apalagi jenis game, semua mak layan.

kecik2 dulu ada game DOOM tu kan.
layan jer.

senang cakap, kalau bagi mak game, mak leh duk diam, janji tak kacau sesape dah.

pendek citer,

balik dari kerja semalam, Encik Suami cakap dia ada beli something dari IT Fair tuh.

suami : cuba teka saya beli apa?

isteri : beli apa? tak pandai ah teka ngee..

suami : saya beli ni... (sambil tunjuk headset yang pakai bluetooth tu) nanti senang lah, masa drive dah takyah nak susah-susah jawap phone dah.

isteri : wah bestnya. untuk sapa tuh?

suami : untuk kita dua la. dua-dua leh configure kan. 

isteri : ada tengok PSP? murah tak?

suami : dah tengok dah... tapi saya rasa rugi la kalau beli PSP..

isteri : ooooooo....

isteri gi dapur nak kemas dapur sebab lusa dah nak kursus kat PD. tengah2 basuh pinggan teringat kereta tak park properly. masa nak gerak ke depan, suami tanya nak kemana. mak jawab la nak pi park kereta. then dia kata, takyah, biar dia tolong park kan...then dia suruh kte masuk bilik, tengok plug mesin basuh. mak pun pelik, masuk je la bilik, tengok2 atas katil ada ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
nangis jap.
terkejut wooo.
tak pernah dapat suprise cam gini.
wahhh.
merah lak tu.
semerah cintaku padamu encik suami awwwwww..
.
.
.
.
.
.
.
terima kasih sayang..
waktu menunggu tidak bosan lagi..
kemana pergi pun boleh bawak la ni :)



i.l.o.v.e.y.o.u.



19 January 2012

GAMBAR KAMI.


BILA BOSAN, MARI TEPEK GAMBAR BERSAMA.

MAMI LOVES U.
MAMI MISS U.

MUAHS MUAHS MUAHS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...