Tabungan

Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

15 December 2014

Hoh!

Pernah tak korang rasa, pada satu masa, korang tak tahu nak buat apa.
Badan rasa tak selesa.
Mental haus.
Serius.
Aku dah tak tahu nak buat apa ni.

Bantal mana bantal?

27 May 2013

Looking Forward.

Assalamualaikum.
 
Last week was a 'not-so-good-fell-like-shit' week. Despite of good things happened in between, still it was a hectic week.
 
Tapi tak apalah, walau apa jua pun, kita kena tempuhi jugak kan. Bila masa-masa getir beginilah, teringat kata-kata boss aku, 'Hati kena besar, sebesar dan seluas Danau Toba. Kalau hati kecil, tu sebab sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak merajuk'.
 
Cuma--nya, aku rasa, sejak aku masuk Tourism Malaysia, aku memang seorang follower. Aku jarang nak membantah. Aku tak pernah nak melawan. Aku ikut saja. Tapi sesekali aku  marah, sesekali aku merajuk, sesekali aku sentap, orang boleh cop aku, 'Asyik nak marah saja kamu ni'.
 
Aku macam ----- what the ----? -_-
 
 
 
 
 
 
Okey, tak apalah.
 
 
 
 
 
So here I am -- looking forward this week with senyum tepek kat muka.
 
 
Khamis ini will be our anniversary -- yang ke 4 tahun. Wow!! 4 tahun! Alhamdulillah. 4 tahun, seorang anak umur 2 tahun. Not bad uh. Haha.
 
Semalam dah dapat early anniversary present daripada Encik Suami. Alhamdulillah. Tak sempat nak tangkap gambar, nantilah sekalikan dengan entri anniversary nanti hik hik.
 
So Khamis dan Jumaat ni aku akan ambil cuti, nak bercuti dan berdating dengan Nazri InshaAllah. Mami dan ayah pula akan datang petang Jumaat untuk settlekan hal-hal Umrah, InshaAllah.
 
Well....... really looking forward this week-end!
 
 
Jom, nak start kerja.
 
 
 
 
Owh. Pretty Qalesya dah nak mula beroperasi, also along this weekend InshaAllah. Doakan yang terbaik buat PQ oke :)
 
 
 
 
  

26 March 2013

tak ada mood

tak ada mood nak menulis.
tak ada mood nak bercerita lebar.

tak ada mood.

tak ada mood.

mood dah balik kampung.

aa, teringat zaman kecil dedulu kan, bila kata tak ada mood, orang akan tanya, mood pergi mana? kita pun jawab, mood balik kampung. ha lawak. ha lawak. ha harun. ha haram. ha ha.

-_-


takde mood nak crop









08 February 2012

persamaannya ialah......

ini blog.
.
.
.
.


ini twitter.
.
.
.
.

yaaa..
wat to do..
ladybirdhollic.

ada ker ayat macam tu?
hahahahahahaha.
.
.
.

28 January 2012

mak nak upload gambar majlis semalam...

tapi asyik tak lepas.

sowi ya.

mak try lagi.....

heee...

macam ada aje orang nak tengok..

poyo ah ta..!

20 October 2011

hari ini aku speechless

aku speechless.
hati aku pedih.
hati aku sakit.

ditambah tengok muka mamat itu.
hei. hukum hudud sah sah tiada.
kalau pula tiada hukuman sivil, memang aku dah bom mamat itu.

in the mean time, ku telan saja pahit ini.

nak cari kerja lain. siapa nak bagi saya kerja?

lalala.

29 April 2011

udah petang.ari jumaat lak tu.ati dah dekat nurseri.

iyo lah tu. jumaat wehh. isnin depan hari pekerja. menyambut kami2 yang bekerja tapi tak kaya2 nih. yang kaya bertambah kaya, siapa? tett. sila jawab dalam hati. kalau berani jawab dalam kotak komen. wakakaka.

iyo lah tu. mak dah bosan dah ni. tak larat dah nak wat kerja. hati mak dah ada kat nurseri. dah ada kat Baby Q. halahai nak main ngan budak kecik yang dah pandai gelak tu. suka gelak sampai kecik mata tu. tapi kalau dengan orang tak kenal, amboi amboi amboi, mahalnya senyuman mu.

iyo lah tu. mak minggu ni tensen sikit. maklumlah kerja semua buat sendiri. dah la kena cop lembab nak mampus. tak pandai buat kerja. lambat submit kerja. mak terima je la. tapi mak terima gud news gak tadi. so rasanya, kalau itu yang terbaik, mak terima aje la. Alhamdulillah. silalah percepatkan perkara ini Ya Allah. Amin Amin.Amin.

iyo lah tu. mak dah balik dah ni. mak tak larat nok. minggu ni mak tensen. eh berapa kali mahu bagitau daaa. tapi takpelah. minggu ni balik kampung. jumpa mami tersayang. eh satu mau cerita. kita ni kalau susah2 hati, balik, gi sembang ngn mak ayah, sure ilang rasa duka nestapa. korang gi try sekarang. gi try. tak caya? inilah yang aku pegang dari zaman merong mahawangsa lagi. apa2hal, silalah berpaling pada mami yang sorang tu. walaupun mami saya suka tengok tv. walaupun mami saya ni kuat membebel. tapi ilang tensen bila dengar bebelan merdu dia tu. halahai mami. anak mami ni rindu kat mami. janganlah rindu cucu mami sorang ja. silalah rindu anak mami yang comel jelita laksana bulan ni gak hee.

iyo lah tu. mak nak tutup ruangan bercerita pada petang ini dengan ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

p.s.
saya mahu baring2, guling2 dengan anak saya.

20 October 2010

NAIK LAGI

semalam, tengah hari..
tengah berdiri, pastu rasa pusing-pusing..
sempat pegang dinding, bersandar kejap..

lepas makan, kepala makin rasa berat.
badan dah rasa seram sejuk, panas berpeluh walaupun kipas besar gedabak duk tepi..

tak tunggu lama, aku turun ke tingkat 6, cek darah kat situ.
seperti dijangka, naik balik 140/90.
kaki dah bengkak sikit, berat naik lagi 2kilo, pastu doktor cek urine ada kencing manis.

doktor suruh balik rehat, tapi sape nak hantar aku balik?
aku pun minta agar MC tersebut dikeluar untuk keesokan hari iaitu hari ini.

maka kesimpulannya, aku MC hari ni.
tengah rehat.

p/s ~
kawan aku kata
kekadang, kite kena sedikit selfish.
kite asik pikir pasal keje,
tapi kalau ada pape jadi pada kiter, ada orang2 kat opis tu nak kisah pasai kiter?
hmmm...

17 September 2010

tak nak update blog dah

ada orang nak kisah ker kalau aku tak update?
takda punya wakakakaka..

tapi mmg sepi la ini blog..
mood menulis tak datang datang..
rasa nak tutup terus ini blog..

tapi nanti bila dah bersalin macam mana nak tayang gambar baby kan?
facebook aja cukup kot?

wawawa..
ini udah minggu ke 29 aku mengandung..
ada lebih kurang 11 minggu sebelum meletop..
tak sabar pun ada..
takut pun ada..
doakan aku selamat..

raya 2010..
bosan sikit kot..
kenapa?
takda gambar..
bosan..

oke la..
nak kuar gi makan chicken chop..
bulan pose tak jumpa2 pun chicken chop..
asik2 nasi kerabu..
nasib baik tak jadi kelabu..

p/s ~
nazri sibuk ajer nengok orang naip..
pastu baca kuat2..
nasib baik laki..
kalu takkkkk..
wek!!

05 April 2010

aku bukan lagi wanita itu..

aku penat begini.
aku tidak suka keadaan ini.
rasa hidup aku bagai tiada arah.
aku bukan lagi wanita itu.
aku bosan begini.

kadang-kadang aku terfikir.
mungkin terlalu banyak salah aku.
hingga aku dibalas begini.

mungkin ini boleh dianggap satu percutian panjang.
tapi aku bosan dengan keadaan ini.

badan aku lemah.
diri aku busuk.
aku bangun dan aku jatuh.
aku bangun dan aku berputar-putar sendiri.
tiada pilihan.
harus baring kembali.

aku tak punya kehidupan lagi.
aku tidak segagah dulu.
atau sebenarnya. sememangnya. aku tidak pernah gagah?
aku berjalan pantas.
aku bersemangat di pejabat.
aku ingat aku gagah.
tapi sebaliknya.
kerana ia terbukti ketika ini.
aku tidak mampu berdiri lama.
aku lemah selemah-lemahnya.
aku cuba untuk menjadi kuat dan gagah.
tapi tidak berjaya.
aku pasti berakhir dihujung tilam.
terduduk.
memegang perut yang sengal.
memicit kepala yang berpusing didalam.
aku lemah.

dan bila lemah.
pelbagai fikiran jahat datang menyerbu.
sampai bila harus begini.
mampukah Encik Nazri bertahan dengan aku.
bolehkah aku mengatasi semua ini?
adakah Encik Nazri akan terus bersama aku?

aku rasa bersalah.
seharusnya aku cari jalan bagaimana hendak menangani semua ini bukan?

apa yang mampu aku fikirkan sekarang.
pengorbanan ini berbaloi kerana kesakitan ini bakal disudahi dengan tangisan anak kecil.
anak yang aku dan Encik Nazri tunggu-tunggu selama ini.
kelemahan ini adalah demi kekuatan kami di masa hadapan.

sukar mengandung.
bagaimana mami menempuh semua ini?
kuat.
manakala aku?

aku akan terus melawan semua ini.
demi Encik Nazri.
demi kandungan ini.
demi Mami yang inginkan cucu sendiri.


p/s ~
aku semakin lemah.
baring buat aku malas.
apa patut aku lakukan?

03 April 2010

mari main teka-teki.....takyah la...aku bagi jawapan siap-siap...dan korang tambah kalu nak tambah lalalala..

ini bukan teka-teki sebarangan.
ini juga bukan sebarangan soalan.
kalau dibuka soalan ini secara umum, pasti ada banyak jawapan yang didapati.

ahaks.
soalannya.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA AF8 DENGAN AMERICAN IDOL?

ahaks.
jahatkan.
ada pulak bukak soalan gini.
mahu kena tahan ISA gini hee.
ops sensitip.
tapi serius.
petang tadi, aku tengok American Idol.
serta-merta terpikir.
kenapa AF8 jauh berbeza dengan American Idol?
mungkin ini tidak adil kerana meletakkan satu competition yang berprestij sebagai batu pengukur.
tapi apa salahnyer kan.
letak satu batu asas yang mencabar, pasti akan buat hasilnya lebih berkualiti.
kalau membandingkan AF8 dengan sesuatu yang simple.
pasti AF8 boleh menang mudah.
tapi itu kenyataan.
AF8 ni memang yang paling worst dalam siri AF...ever...

peserta....semua fail....takde sorang pun yang boleh wat aku ternganga..
erk..kecuali Daus...pstt..dia dah tukar personaliti..giler cool...
tapi still..bukan kerana suara...dah nama masuk AF..biarla orang suka kerana suara..
biar seimbang dengan personaliiti yang cool...kan kan kan..

juri...respek ngan adlin ajer..kalau dia tak suka,mmg dia cakap, tapi yang lain, sering ajer nak jaga hati peserta...kalu tak sedap,still kata sedap..apa kes?terus terang aje la..buat apa nak bagi semua bebudak tu hidup dalam penipuan bahawa suara diorang sedap??
dan mungkin sekali-sekala dengan juri-juri jemputan,terutama sekali kalau juri yang memang sah-sah cikgu vokal...diorang memang sound cara nak menyanyi dengan betul..
itu baru betul..kata akademi..belajar la elok2 kan kan..

pengacara..oke la..tapi sangat tak sesuai bila ada 2 pengacara...takde kimia...no chemistry..sorang cukup kot..tenggelam salah sorang..cian tau..

p/s ~
One in A Million pun oke! 
ada la skit orang2 yang mmg pande nyanyi..

tercium??

aku tercium bau mee goreng!
cuba cakap sape yang masak mee goreng  ni!
apsal masak petang-petang gini?
apsal buat bau wangi-wangi gini?
boleh tak masak mee goreng time angin tak kuat camni?
ataupun time angin tak pusing ikut umah aku.

skarang korang wat aku teringin mee goreng tu tau tak?!
baik ngaku cepat sapa yang goreng mee itu.
cepat!
cepat!
makin sedap weh bau mee goreng tu!
mengancam jiwa dan raga sungguh la!

halahai.
mee goreng.

p/s ~
terasa nak karoke.
jom gi karoke?!!?
takyah ar.
layan kebencian tengok AF8 malam ni pun cam cara gak..
:)

31 March 2010

KPJ Healthcare?

kepala rasa berat..tapi bila letak atas bantal..macam takda beza..mata rasa ngantuk..tapi dodoi diri sendiri..tiada lelap sapa diri..
perut memang sakit..tak nafi..tak boleh batuk..paling seksa masa bersin..
giler rasa macam berputar-putar urat perut..thriller bak kata Michael Jackson..
adik kata "jalan kedek-kedek"..
hahaha..
mahu kemas umah..tapi masih rasa belum ada kudrat..
sapa mahu tolong kemas umah meh angkat tangan.. *senyum*
perlu buat sesuatu..
kalu tak nanti lagi rasa macam tak betul heee..

p/s ~
pening tengok bil semalam..
kata insurans tanggung semua,
tapi masih ada bayaran yang perlu dibayar sendiri..
takpelah, janji aku dan baby selamat :)

tajuk tiada kena mengena ngan entri kan kan :)

30 March 2010

..mami atau Encik Nazri?

pagi ini bosan sedikit.
Encik Nazri udah pulang seawal pukul 6.00 pagi.
bekerja hari ini.
dapat cuti sehari saja.

selalu bangun pagi, pasti disambut senyuman Encik Nazri.
selalu bangun pagi disisi Encik Nazri, rasa selamat.
tapi,
hari ini disambut senyuman misi penghantar makanan pagi hee.
masih selamat. masih selamat. heeeee..

perut masih sakit.
hopefully boleh sembuh cepat kan kan kan.

mimpi.
mahu buang air kecil.
tapi tidak keluar ditempat selalu.
sebaliknya di 3 lubang yang ditebuk ini.
tak senonoh.
hahaha..

terbaca blog mami semalam.
dia kalau boleh mahu aku pulang ke Ipoh dengannya.
cian dia.
katanya hati tak tenang tinggal aku sendiri ketika masih sakit begini.
Encik Nazri pasti bekerja.
pasti tiada siapa mahu menunggu ku dirumah nanti.
adik ada sehingga 7 April ini.
selepas itu aku bakal keseorangan di rumah.

tapi kalau aku pulang ke kampung,
Encik Nazri bagaimana ya?
nanti dia pula keseorangan di sini.

lagipun nanti bulan 5 nanti pula,
dia bakal keluar stesen selama sebulan.
mahu 2 bulan tak berjumpa nanti.

waduhhhh..

p/s ~
bagaimana ya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...