iyo lah tu. mak dah bosan dah ni. tak larat dah nak wat kerja. hati mak dah ada kat nurseri. dah ada kat Baby Q. halahai nak main ngan budak kecik yang dah pandai gelak tu. suka gelak sampai kecik mata tu. tapi kalau dengan orang tak kenal, amboi amboi amboi, mahalnya senyuman mu.
iyo lah tu. mak minggu ni tensen sikit. maklumlah kerja semua buat sendiri. dah la kena cop lembab nak mampus. tak pandai buat kerja. lambat submit kerja. mak terima je la. tapi mak terima gud news gak tadi. so rasanya, kalau itu yang terbaik, mak terima aje la. Alhamdulillah. silalah percepatkan perkara ini Ya Allah. Amin Amin.Amin.
iyo lah tu. mak dah balik dah ni. mak tak larat nok. minggu ni mak tensen. eh berapa kali mahu bagitau daaa. tapi takpelah. minggu ni balik kampung. jumpa mami tersayang. eh satu mau cerita. kita ni kalau susah2 hati, balik, gi sembang ngn mak ayah, sure ilang rasa duka nestapa. korang gi try sekarang. gi try. tak caya? inilah yang aku pegang dari zaman merong mahawangsa lagi. apa2hal, silalah berpaling pada mami yang sorang tu. walaupun mami saya suka tengok tv. walaupun mami saya ni kuat membebel. tapi ilang tensen bila dengar bebelan merdu dia tu. halahai mami. anak mami ni rindu kat mami. janganlah rindu cucu mami sorang ja. silalah rindu anak mami yang comel
iyo lah tu. mak nak tutup ruangan bercerita pada petang ini dengan ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
p.s.
saya mahu baring2, guling2 dengan anak saya.
jgn tensen2 akak...
ReplyDeletekalau sape wat akak bz tahu ceroi...
meh ceroi sekeh..
hehehe...