Tabungan

Showing posts with label contest lagi?. Show all posts
Showing posts with label contest lagi?. Show all posts

30 July 2012

Precious Moments with Trudy & Teddy

Trudy & Teddy..
Trudy & Teddy..

kalau mak pergi Jusco.. or Parkson.. or Metrojaya.. or any shopping complex, mak mesti WAJIB pergi TRUDY & TEDDY. kalau tak beli baju sekalipun, cuci mata tengok design terkini pun dah cukup buat hati mak seronok segar bugar berbunga-bunga gitewww.

dari takde anak, sampailah dah dapat Qalesya, mak memang gila dengan TRUDY & TEDDY. jadinya..bila dah ada Qalesya, WAJIB la mak bershopping dengan baju TRUDY & TEDDY!! dapat satu pun jadilah. dan yang berkenan kat mak adalah baju ini. ya ini. meh mak tunjuk. meh meh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aaaaaa...masa tu, Qalesya baru umur 9 bulan.
dan oleh kerana mak memang gila TRUDY & TEDDY, mak belikan baju tu untuk Qalesya untuk pakai masa Hari Raya Aidilfitri. memang sangat comel. sangat sesuai dengan Qalesya. some more, bila orang tanya, 'eh cantik baju'... mak dengan seronok menjawab... 'TRUDY & TEDDY....!' sounds riak?? nolah.... mak just seronok, dapat pakaikan baju yang cantik buat anak dara kesayangan mak ni haaaa.

raya kali kedua bagi Qalesya dah dekat. mak ingat nak carikan dia lagi satu baju TRUDY & TEDDY... tapi..masa jalan-jalan kat blog Nuffnang tadi, mak terjumpa contest ini.

mak fikir...'owh YES!! ini peluang mak nak pakaikan Qalesya dengan baju TRUDY & TEDDY lagi sekali. kalaulah menang Alhamdulillah!! kalau tak menang sekalipun, mak tetap akan beli baju TRUDY & TEDDY untuk Qalesya :)

siapa nak join lagi contest ni?

jom ibu-ibu, bapak-bapak. atok-atok, nenek-nenek yang ada anak kecil...meh join meh.

korang klik gambar TRUDY & TEDDY bawah ni untuk ke ruangan contest tersebut ya.

fuh kanan 

fuh kiri

mak harapkan

mak menang contest ini!!


aummm!! :)

28 June 2012

korang nak HADIAH tak?? meh mak cite macam mana nak dapat HADIAH best!!

hah korang.
ni ada orang nak bagi HADIAH ni.
korang nak tak??

rugila kalau korang taknak...

HADIAH dari WARNER MUSIC MALAYSIA dan NANDO'S tuuuuu.

macam mana nak join???

macam ni..

BRO FRAMESTONE ada buat contest.
tak kenal BRO FRAMESTONE??
serius tak kenal???
tipu lahh..
takkan tak kenal BRO FRAMESTONE??
betul??
oke..


kalau tak kenal...silalah berkenalan..
kalau dah kenal..lagiiiiii senang..
mesti korang dah tau..
dia ada buat contest...


2 contest sekali tau dia buat..
so jom la joinnnnn!!!


untuk contest HUJAN BEREVOLUSI BERSAMA SANG ENEMY korang boleh klik ke sini.


dan untuk contest NANDO'S korang bolehlah klik ke sini.


semua informasi mengenai contest tu ada dekat link yang mak letak di atas.


soooooooo..
jom la joinnnnn...
mak dah join yang contest HUJAN tu sebab contest dia very the simple.
kalau korang ada twitter, digalakkan untuk menyertai....


so jom join join joinnnnn.
sangatlah besttttt sebab hadiah menarik dari WARNER MUSIC MALAYSIA dan NANDO'S!!








15 May 2012

kawan-kawan...mak nak minta tolong you alls undi Qalesya Alia boleh.

ye kawan-kawan.
ni first time mak join contest.
tolong undi anak mak ni boleh?
ihiks ihiks.
contest biasa-biasa saja.
tapi kalau menang, memang bermaknalah buat kami, sebab first time kan ihiks ihiks.
leh tak you alls tolong undi?
undi banyak banyak kali pun boleh tau you alls hehehe.

ini link dia.


nanti you all klik kat undi tu macam gambar kat bawah ni..


pastu, you all cari la gambar Qalesya seperti di bawah ni.


undi banyak-banyak kali pun takpe. mak lagi sukaaaaa.
heeeee.

tq you all.

i love you muah muah.
Q pun sayang la yuuu olllssss!!!

:)

10 February 2012

What's Your Name Contest

tadikan, mak ronda-ronda, then mak terjumpa blog yang ada join contest ni.
dan mak rasa nak sangat masuk contest tu, tapi bila mak tekan link untuk join contest tu, mak jadi hampa, kerana sudah tamat tempoh contest.

owh sedih mak.

sebab mak rasa, kalau mak masuk contest tu, mesti mak menang.
*tamparpipilajulaju

poyo kan ko.

oke, mak conDIfen mak boleh menang sebab contest ni contest perihal nama.
atau omputih sebut 'What's Your Name Contest'.



haaa.

sure mak menang kan.
sebab nama mak Wanita.
Wanita Abd Mutalib.

oke. sila *tamparpipilajulaju lagik.

apa???
tak percaya nama mak Wanita.

owh.

silalah percaya anak-anak.

:)

'sebenarnya, mak sengaja taknak masuk, sebab mak nak bagik can orang lain menang'

ayat penyedap hati.

hahahahahaha.


01 November 2011

CONTEST ANAKKU BERFOTOGENIK BERSAMA MAMAEMA


oke.
kasi can sama mak yang seteress ni untuk menenangkan fikiran ye anak-anak.

mari kita sertai Contest..
..
..
..
..
..
..


..
..
..


syaratnya mudah saja.

1) kenalah follow blog ini....

OK DONE!!
..
..
..



2) Copy dan Paste tagline (gambar anak dara dan teruna) kat atas tu dan letaklah kat entry contest korang. jangan lupa linkkan sekali.

..
..
..

DONE!!

3) Bagitahulah nama anak dan nama ibu/ayah yer.. umur anak juga.

OKE.

MAK LETAK GAMBAR DULU EKKK.


NAMA ANAK DARA NI IALAH QALESYA ALIA BINTI SYAIFUL NAZRI.

NAMA MAK WANITA BINTI ABD MUTALIB.

NAMA AYAH SYAIFUL NAZRI BIN GHAZALI.

16 NOVEMBER NI GENAPLAH UMUR NYA SETAHUN :)

..
..
..


4) korang mestilah tag kawan-kawan korang...lagi ramai lagilah meriah...sekurang-kurangnya dua orang.

OKE. MAK TAG CIK ROSE CUTE KITA NI.

DAN KAK ZEL KITA NI.

LARIKKK.


dah setel?

hantarlah komen kat entry contest ini

***

oke.selesai sudah.mari sama-sama berdoa kita menang sama-sama.
eh leh menang sama-sama ker?
heeee.

11 October 2011

contest lagi : hadiahnya blouse cantik tau!!

oke.

mak nak masuk contest lagi!!

kali ni contest adik mak.

hmm...agak2 kalau dah adik beradik ni, kakak leh menang sesuka hati tak? haha.

hadiahnya, blouse cantik tau!! 

mak like awwwww!!



adik mak kata, blouse macam ni, nak pakai pergi kerja pun cun, nak pakai pergi belajar pun cun.

teringin tak?

teringin tak?

ok. kalau teringin nak cuba nasib, moh join contest dia.

cara2nya senang aja dongg.

mula-mula - follow blog Precious Fitting.

kemudian - upload gambar anda dengan yang tersayang.

oke mak nak upload sat.

gambor feveret mak


kemudian lagi - jelaskan kenapa kalian sayang mereka.

macam mak.
encik nazri adalah perkara terbaik dalam hidup mak. dan qalesya adalah perkara terbaik pernah terjadi dalam hiudp kami. hidup saling melengkapi. tak lebih dan tak kurang.



lagi lagi kemudian - tag orang.

mak nak tag adik mak - meniti senja. tapi tag ari tu pun dia tak buat, jadi mak rasa dia sibuk.

dan mak tak pasti la sapa yang baca blog mak ni.

rasa macam takde orang yang baca.

jadi mak tak tag sapa-sapa, tapi mak harap, ada lah yang suka rela awww untuk join contest ni.
'sila sokong adik saya please' *senyum*



last - tinggalkan jejak dalam kotak komen.

oke senang.



kalau korang dah klik dan jenguk blog adik mak ni, korang boleh lihat yang dia baru nak menapak dan tak ramai followers lagi.

sooooooooo...
kebarangkalian korang nak menang adalah tinggiiiiiiii.

jadi jom join contest ni secara berjemaah.

jom jom!!

10 October 2011

ANGRY BIRD KEYCHAIN GIVEAWAY BY LULU CALDINA

mak like angry bird.

mak dah beli satu patung untuk Qalesya.

tapi mak nak gak satu.

tak kisah lah patung atau keychain.

janji namanya angry bird.

tapi mak tak nak beli sendiri.

mak nak orang bagi boleh.

kalau Lulu bagi pun cun juga ni.

aww. gatal tau yu ni.




03 October 2011

30 September 2011

Gaya Si Comel Berhari Raya 2011

Yeah!!


Mak kembali dengan 'contest' Gaya Si Comel Berhari Raya 2011.


Don't say much much. Lets Go!! Vroom!!


***


Copy and paste from the blog


Tempoh
13  September 2011 - 31 Oktober 2011

Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls).
Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
Semua keputusan adalah muktamad.

Syarat Penyertaan
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda
Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan.
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu dan Azzamoro dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.


Hadiah 
Bagi Kategori A (Boy) dan B (Girl):
Hadiah Utama - Gin and Jacqie Babybag




10 Hadiah Saguhati - Environsax Bag bernilai RM30.






Penaja


***

Jadinya, mari kita semak semula apa yang perlu dipatuhi.


1. Mak akan masuk dalam Kategori B sebab anak mak, si comel anak dara Qalesya Alia :)

2. Kena letak banner pada sidebar blog. Namun memandangkan mak punya template jenis 1 column, mak letak kat atas sekali la yer ngeee...

3. Letak link dalam bloglist. Settle.

4. Letak gambar anak. Mak Like!!



Nama anak ~ Qalesya Alia Binti Syaiful Nazri
Umur ~ 10bulan ++


5. Pastikan ada link kepada BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda. Ada!! :)

6. Link penaja. Ada!! :)

***

Maka, 'settle' satu lagi 'contest' hehe.

Daaaa.

 

Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita!!

Hari ini, mak nak join segmen-segmen, 'contest-contest', 'review-review',' bloglist-bloglist', sajo!

Boleh?!

Ok. Selesai mak ber-blog-walking all around this world, mak terjumpa dengan satu blog ini.

Beliau kata, siapa yang 'join' segmen ini, blog yang bertuah, akan dipilih untuk beliau buat 'review'.

Haruslah mak nak 'join' okey. Siapa taknak blog di-'review' oleh blogger yang dah banyak follower kan kan kan kan. Ihiks.

Jadinya, peraturan yang harus dipatuhi adalah seperti berikut.

.
.
.
.
.
.
.

***

'Copy and paste' dari blog beliau.



syarat - syaratnye :
1) mesti jadik follower blog eyryn <wajib yerr>
2) like sini kalau sudi. .  <tak wajib langsung>
3) buat entry simple bertajuk "Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !"
4) copy header ryn kat atas dan letak dalam entry korang <link kan balik ke entry nie>
5) tag 2 orang blogger lain and pastikan diorang tahu yerr. .
6) hantarkan link entry korang dekat komen entry nie =)

***

1. Jadi 'follower'. Done!!




2. Like!! Done!!



3. Buat entri 'simple'. Doing!!


4. 'Copy header' dan 'link' semula ke entri tersebut. Done!!




5. Tag 2 orang. Sama aje orang mak hehe.


1. Mestilah adik mak, MENITI SENJA;
2. Kawan mak, CIK NINIE;
3. Owh adik mak juga, SHEMA SHIMOT;
4. dan sesiapa kawan-kawan yang nak join juga yuk!!



6. Hantar link entri. Done!! :)


***


Oke. 'Done second contest'. Weeeee.






CONTEST RAYA SEDONDON

Wah!
Dah lama mak tak join 'kontest-kontest' nih.
Tadi terjumpa satu 'contest' yang menarik, sebabnya kebetulan memang ada gambar yang sesuai.
'Of Coz' la mak meng-gedik secara berlebihan untuk 'join' kan kan.

Nama 'contest' ni, CONTEST RAYA SEDONDON.

Mak suka. Mak suka. *sambil melompat bintang*

Setiap 'contest' mesti ada peraturan.
'So' mari kita ikut peraturan secara berdisplin sekalinya pun!

***
'Copy and paste' secara terus dari blog beliau.


Cara-caranya:

1. Jadi FOLLOWER blog ini dahulu.
2. Letak GAMBAR RAYA SEDONDON u'olls. 
(tak kisah la dengan family, kawan, BF/GF.. janji sedondon)
3. Tuliskan kenapa u'olls PILIH WARNA itu tahun ini.
4. TAGkan 2 orang kawan atau lebih.
5. LINK kan entry u'olls kat comment bawah ini..

itu saja.. senang kan..

HADIAHNYA...

something dari IKEA (rahsia dulu ok)


***

Makanya,

Langkah 1. Done!!



Langkah 2. Done!!



3. Kenapa kami pilih warna ini?
Sebab warna ini pilihan mami tercinta. Dan mak suka apa saja warna yang mami tercinta pilihkan. Owh, kain pun mami tercinta yang 'sponsor' hokey!! ^--^


4. Tagkan 2 orang kawan atau lebih.
Ni mak suka. Sebab boleh mak tengok baju raya kawan-kawan yang lain kan. Jadinya, mak tag mereka-mereka ini. Jangan marah ekkkkkk.

1. Mestilah adik mak, MENITI SENJA;
2. Kawan mak, CIK NINIE;
3. Owh adik mak juga, SHEMA SHIMOT;
4. dan sesiapa kawan-kawan yang nak join juga yuk!!

5. Done jugak!!

6. Eh ada nombor 6 ker? Eh takdo, sebab yang ke-6, tunggu 'result' aje la kan kan kan.


***


Babai!!


06 May 2011

selamat hari ibu.

Nama lagi anak mami kan? Mestilah ada banyak kenangan dengan mami.

Dulu..
Masa itu hujan agak lebat. Mami tetiba mahu makan laksa. Kebetulan dalam hujan itu, ada orang jual laksa (naik motor). Jengah luar pintu, orang itu dah jauh pergi. Ayop tak tunggu lama. Dalam hujan dia redah nak kejar orang jual laksa tersebut.
Kisah ini dah lama. Ketika itu aku masih dalam umur 6 ke 8 tahun. Aku tak ingat sama ada ayop dapat kejar orang jual laksa tersebut atau pun tidak.

Dulu.
Kami sebenarnya keluarga yang punya banyak masalah kesempitan wang. Mami yang gigih mencari wang demi sesuap nasi untuk kami adik beradik. Aku pernah ingat, kami kadang-kadang makan nasi sekali sehari saja. Itu pun berlauk telur mata cuma. Tapi mami tak pernah mengeluh. Mungkin ada. Tapi tidak sesekali di depan kami mungkin.

Mami pernah cuba berniaga. Dilaburnya sedikit wang, beli sebuah mesin tebu. Maka setiap petang, mami akan buka gerai didepan rumah kami untuk menjual air tebu, laksa dan mee kari. Maka setiap tengah hari juga, kami adik beradik akan tolong mami tolak mesin tebu itu ke gerai.

Namun, kami dulu tidak kenal erti payah seorang mami. Kadang-kadang kami buat-buat lupa untuk tolong mami. Jahatkan?
Ketika kami menyorok tak mahu menolong mami, tiba-tiba dengar bunyi benda terjatuh. Aku terus meluru keluar rumah. Kulihat mesin tebu tersebut jatuh rebah ke bumi. Mami ditepi menangis keseorangan.

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah aku kerana buat ibuku menangis.
Ya Allah. Ampuni aku kerana biar air matanya menyentuh bumi.
Ya Allah ampuni aku.

Dulu.
Pernah sekali, ketika buka sekolah, mami tak dapat nak sediakan duit untuk beli baju baru. Oleh kerana itu, aku pakai semula baju yang mami buat untuk dirinya ke kursus BTN. Dikecilkan saiznya sedikit agar boleh aku pakai. Namun tetap nampak selekeh. Namun aku tidak kisah. Itu baju mamiku. Aku pakai baju itu tanpa pedulikan gadis-gadis cantik yang senyum sinis pada aku melihat aku selekeh begitu.

Dulu.
Mungkin kami masih kecil. Tidak langsung mengerti hati mami. Susah hatinya. Bebanan tugasnya. Terkilan hatinya. Kami tidak tahu.

Namun sekarang.
Kami sudah besar. Takkan kami benarkan mami menangis lagi. Takkan kami benarkan mami susah lagi. Kerana itu aku sanggup bersusah payah demi kesenangan mami. Kerana itu jika mami mahu kesini, aku sanggup menolak semua urusan lain demi melayan karenah manja ibu. Kerana itu aku penuhi apa saja kemahuan mami, asalkan dimuka comelnya, ditempek dengan senyuman ikhlasnya.

Satu ketika.

Mami - Akak, tolong urut kaki.

Akak - Ok. *sambil belek-belek kaki mami*

Mami - Kenapa belek kaki mak camtu?

Akak - Cari syurga. Orang kata ada bawah tapak kaki mami. *senyum*

Mami - Akak buat lawak yer. *senyum*


Aku sentiasa sayangkan mami. Kalau nak diceritakan kisah hidup kami, hanya akan buat mami menangis saja yang mana takkan aku benarkan mami menangis lagi.

Mami selalu baca blog akak kan. Itu sebab tak boleh cerita banyak. Nanti mami asyik nak nangis saja.

Mami jangan risau. 
Kalau akak tak angkat telefon, bukan kerana akak tak sayang.
Mami jangan risau.
Kalau akak tak telefon, bukan kerana akak tak ingat mami.

Mami jangan risau.
Kalau akak balik dari ipoh awal, bukan kerana akak tak suka duduk dengan mami.

Tapi.
Kerana akak tak nak asyik susahkan mami.
Kerana akak selalu rasa nak nangis sebab hanya dengar suara mami tapi tak dapat pegang-pegang mami.
Kerana akak kalau boleh nak mami sentiasa ada dengan akak bila akak bangun pagi dan dapat sarapan sama-sama.

Akak sayang sangat dengan mami. Sampaikan akak taknak terlalu susahkan mami.
Ini bukan masa untuk susahkan mami lagi.
Mami dah banyak susah. Biar kami pula yang susah untuk mami.

Mami.
Akak betul-betul nak mami duduk dengan mami bila mami pencen nanti ya.
Akak tengah kumpul duit supaya akak boleh beli rumah besar dan sediakan satu bilik besar untuk mami rehat saja.
Mami pun tahu kita bukan keluarga kaya. Tapi akak nak kumpul duit supaya mami ada bibik dan mami tak perlu buat apa-apa kerja lagi.
Akak nak kumpul duit supaya akak boleh beli kereta besar dan bawa mami jalan kemana saja mami nak.
Akak nak kumpul duit supaya akak boleh bawa mami jalan-jalan naik kapal terbang.
Akak nak kumpul duit supaya mami boleh pergi buat umrah dan haji.

Itu impian akak buat mami.
Akak perlukan doa mami dan jangan sesekali menangis lagi ya mami.

Saya sayang mami.
Sungguh.


p.s.
Ingin Join Peraduan Joe dengan entri ini boleh?

hadiah di sponsor oleh Encik Faridzulasyraf *joe jugak weeee* dan Abang Ilham a.k.a Denaihati.com :))


Moh kite ramai2 join, nak tak??

03 February 2010

wedding-photo-contest-by-lynn-hamzah

 yeay!!

mahu join contest lagi..
kali ini satu contest gambar kahwin oleh kak Lynn Hamzah.. 

syarat-syarat penyertaan senang saja..
semua seperti berikut :-

    * Jadi follower blog LYNN dan QISTINA WARDROBE...

    * Letak banner di atas di ruang side bar blog anda...

    * Letak tajuk entry seperti diatas dan make sure entry link anda back to her...

    * Hantar sekeping sahaja gambar perkahwinan anda yang anda rasa sangat cantik & menarik...Kalau boleh biarlah close up kat muka anda & pasangan...

    * Letak 1 gambar jer yer...Kalau banyak-banyak nanti pening plak kepala juri nak pilih yang mana satu yang cantik...

    * Sertakan nama anda & pasangan...Sertakan juga tarikh ulangtahun perkahwinan anda & pasangan...

    * Ceritakan sket kenapa gambar tu anda pilih untuk menyertai contest nie...

    * Last sekali, tinggalkan penyertaan anda dalam comment box entry...

    * Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Febuari 2010...

oke..so gambarnya aku pilih yang ini..
gambar masa belah ipoh..belah rumah ku..

nama = Wanita Abd Mutalib
nama pasangan = Syaiful Nazri Ghazali
Tarikh Perkahwinan = 30 Mei 2009
:)
ngaper eh pilih gambar nih..
sebab kiter tak suka gambar nih hahaha..
leh ker??
:p
gambar ni wat kiter nampak gemuk..*walaupun mmg gemuk*
dan nazri..
ahh!!sungguh hensem..
i loike!!

cukuplah skit2 puji suami sendiri kan..

so akhir kata..terima la penyertaan te ni ye kak :p

p/s ~
saya mmg gemuk hahaha :p

01 January 2010

..yeay masuk contest lagi : contest niesz : kerana diriku begitu berharga..

salam tahun baru..

syukur syukur..
bangun pagi..
masih bernyawa..

walaupun tidurku diganggu bunyi bunyi bunga bunga api api..
ahh..tidak mengapa..
itu sebagai tanda kita sudah melangkah ke tahun 2010..

dan entri pertama dalam tahun ini..
secara rasminya aku gunakan untuk menyertai pertandingan..

contest pertama dalam tahun 2010..

pertandingan yang dianjurkan oleh niesz : kerana diriku begitu berharga..


 *klik sini untuk ke entri niesz*


ihiks..

mudah..letak gambar sahaja..aku suka!! :)

oke sayang..
kakak ikut peraturan kamu kay.. :)

letak gambar kan hee...kakak pilih gambar ini..



ini gambar masa kakak nikah 30 Mei 2009..

ini gambar kakak secara solo..maka abaikan makcik-makcik tersayang di belakang tu yer :p

pada kakak gambar ni betul-betul menggambarkan kakak begitu berharga sebab kakak raja sehari masa tu kan......ihiks ihiks.....dan pula...itu adalah masa peralihan....kakak diserahkan oleh ibu bapa kakak kepada suami....dan ketika itu harga kakak RM*** teeeetttttt......berharga kan sayang!! :p

owh..gambar ini akak dapat dari photographer....akak tak edit.....kire cukup syarat kan?? ihiks :p

itu saja kot yang perlu akak huraikan..

semoga diterima masuk contest kamoo ya sayang..

p/s ~
kenangan terindah dalam tahun 2009..
ditunang..
dinikah..
dengan arjuna hati..
masih dan selamanya..
sayang kamu..


30 December 2009

..saat-saat akhir memecut ke hadapan memintas kalian untuk terus duduk dalam pelukan dek zara..


hahahaha..
indah bukan tajuk entri kali ini..
ini bukan indah..
tapi panjang seperti tali pengukur baju di badan sendiri haha..
ketawa lagi..ketawa lagi..

di saat-saat akhir ini..
di penghujungg tahun 2009 yang indah ini..
aku ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah aku cuba untuk lakukan..

contohnya..
memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh blogger hahaha..

selama ini..
jika ada pertandingan..
sering pertandingan itu aku pandang sepi..

bukan tidak mahu mencuba..
tapi entah kenapa..
keinginan itu tidak timbul..

tapi kali ini..
aku ingin mencuba..
untuk terus duduk dalam pelukan hangat dek zara..

aku ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan olehnya.. (",)

Photobucket

aku cuma perlu menjawab beberapa perkara berikut yang aku kira molek untuk aku lakukan buat dek zara ihiks ihiks..*sayang kakak nak adiah hehehehe*

PERTAMA
untuk beruang putih kamu yang cantik itu kakak namakan SAMSUDDIN LAHOMI..
ihiks boleh terima tak sayang hahaha :)

KEDUA
dek sayang..kakak masih tak boleh terima kenyataan kenapa kakak masuk ke dunia kamu..kenapa kamu minta 5 kenyataan daripada kakak?? *ihiks tak mengapa sayang kakak tetap ada jawapannya :)*

satu - mencapai tangan kamu dari seorang kawan blogger yang lain..kerana dalam kotak komen kawan tersebutlah kakak terpesona dengan gaya kamu..cara kamu menyatakan hati kamu..cara kamu ketawa dalam gaya kamu..membuat kan kakak turut mencapai tangan kamu dan dibawa ke dalam dunia kamu yang indah..

dua - kakak suka gaya bahasa kamu..sinis dan penuh dengan maksud..kakak jadi gila dengan bahasa kamu..dan kakak juga semakin menjadi gila seperti kamu..kakak mula mencari buku-buku yang turut bermain bahasa dan mula suka membaca dewan siswa..gila kamu ini sayang!! :)

tiga - setiap entri kamu punya maksud..banyak mengajar..dan terkesan dalam hati..mungkin tanpa kamu sedari juga sayang..bahawa kamu membawa cahaya kepada orang lain dengan setiap tulisan kamu dan isi yang enak..mmm nyum nyum!! *senyum lagi :)*

empat - masuk ke dunia kamu..kakak rasa tenang..jangan tanya kakak kenapa..tapi setiap lagu yang kamu nyanyikan..setiap ikon-ikon kecil yang kamu paparkan..buat kakak leka sebentar..udara juga dingin..tumpang tidur di laman kamu sayang.. :)

lima - kakak suka punya kawan yang ramai..dan kakak suka punya kawan seperti kamu..kawan biar seribu..kasih biar suami ku..ihiks ihiks..

KETIGA
entri pilihan..owh kakak suka entri ini..
"PENULIS BLOG TIADA KEHIDUPAN SOSIAL DI ALAM REALITI : KAMU NAK MATI?"
kakak suka yang ini sayang..semasa kakak membacanya..kakak membaca dalam keadaan angguk-angguk geleng-geleng *ihiks*
kakak sangat-sangat setuju..
menulis itu satu terapi..
tak perlu membayar pada doktor sakit jiwa kan sayang..
melihat kamu sedang menulis juga satu terapi *ihiks bila merujuk kepada gambar yang kamu tempelkan di entri itu sayang :)*

KEEMPAT
kakak tak suka slogan..slogan buat kakak nampak bodoh..wah..itu boleh buat slogan tak sayang??ihiks..
"Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan kakak KETENANGAN. Terima Kasih Dek Zara.:)"

p/s ~
penat bodek budak nih..
makcik mahu menang motor!!


13 September 2009

..::Weblog Popular 1Malaysia::..

tadi pagi aku menerima komen daripada Kak Precious yang meminta aku meringankan jari jemari ini untuk melakar satu entri khas mengenai Weblog Popular 1Malaysia..

atau lebih mudah untuk aku katakan bahawa ~ 'Saya tahu tentang kontes ini daripada Precious - http://lili-precious.blogspot.com.' ihiks..

apa ada dengan 'contest' ini??

..::contest riang ria raya::..

'Create
Make your own banner at MyBannerMaker.com!


yeay..kali ini aku sudah bulat hati..kali ini..pasti akan aku langsaikan kerja ini..

dalam 'contest' yang lepas..aku tak sempat untuk sama2 memeriahkannya..

tapi kali ini..aku tidak akan terlepas lagi..

bukan apa..menyertai apa2 peraduan pun, punya banyak kebaikan..

dapat berkawan..dan juga dapat bertukar2 macam cerita dan kisah..

bagi 'contest' ini pula..pastinya aku dapat melihat berbagai2 ragam baju raya..

takperlah..anas kata..baju tahun lepas pun boleh...

so inilah dia ye anas :)



p/s ~
biasa aja baju ku bukan..
owh teringat aku pada 5 barang tebusan ku itu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...