Dulu..
Masa itu hujan agak lebat. Mami tetiba mahu makan laksa. Kebetulan dalam hujan itu, ada orang jual laksa (naik motor). Jengah luar pintu, orang itu dah jauh pergi. Ayop tak tunggu lama. Dalam hujan dia redah nak kejar orang jual laksa tersebut.
Kisah ini dah lama. Ketika itu aku masih dalam umur 6 ke 8 tahun. Aku tak ingat sama ada ayop dapat kejar orang jual laksa tersebut atau pun tidak.
Dulu.
Kami sebenarnya keluarga yang punya banyak masalah kesempitan wang. Mami yang gigih mencari wang demi sesuap nasi untuk kami adik beradik. Aku pernah ingat, kami kadang-kadang makan nasi sekali sehari saja. Itu pun berlauk telur mata cuma. Tapi mami tak pernah mengeluh. Mungkin ada. Tapi tidak sesekali di depan kami mungkin.
Mami pernah cuba berniaga. Dilaburnya sedikit wang, beli sebuah mesin tebu. Maka setiap petang, mami akan buka gerai didepan rumah kami untuk menjual air tebu, laksa dan mee kari. Maka setiap tengah hari juga, kami adik beradik akan tolong mami tolak mesin tebu itu ke gerai.
Namun, kami dulu tidak kenal erti payah seorang mami. Kadang-kadang kami buat-buat lupa untuk tolong mami. Jahatkan?
Ketika kami menyorok tak mahu menolong mami, tiba-tiba dengar bunyi benda terjatuh. Aku terus meluru keluar rumah. Kulihat mesin tebu tersebut jatuh rebah ke bumi. Mami ditepi menangis keseorangan.
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah aku kerana buat ibuku menangis.
Ya Allah. Ampuni aku kerana biar air matanya menyentuh bumi.
Ya Allah ampuni aku.
Dulu.
Pernah sekali, ketika buka sekolah, mami tak dapat nak sediakan duit untuk beli baju baru. Oleh kerana itu, aku pakai semula baju yang mami buat untuk dirinya ke kursus BTN. Dikecilkan saiznya sedikit agar boleh aku pakai. Namun tetap nampak selekeh. Namun aku tidak kisah. Itu baju mamiku. Aku pakai baju itu tanpa pedulikan gadis-gadis cantik yang senyum sinis pada aku melihat aku selekeh begitu.
Dulu.
Mungkin kami masih kecil. Tidak langsung mengerti hati mami. Susah hatinya. Bebanan tugasnya. Terkilan hatinya. Kami tidak tahu.
Namun sekarang.
Kami sudah besar. Takkan kami benarkan mami menangis lagi. Takkan kami benarkan mami susah lagi. Kerana itu aku sanggup bersusah payah demi kesenangan mami. Kerana itu jika mami mahu kesini, aku sanggup menolak semua urusan lain demi melayan karenah manja ibu. Kerana itu aku penuhi apa saja kemahuan mami, asalkan dimuka comelnya, ditempek dengan senyuman ikhlasnya.
Satu ketika.
Mami - Akak, tolong urut kaki.
Akak - Ok. *sambil belek-belek kaki mami*
Mami - Kenapa belek kaki mak camtu?
Akak - Cari syurga. Orang kata ada bawah tapak kaki mami. *senyum*
Mami - Akak buat lawak yer. *senyum*
Aku sentiasa sayangkan mami. Kalau nak diceritakan kisah hidup kami, hanya akan buat mami menangis saja yang mana takkan aku benarkan mami menangis lagi.
Mami selalu baca blog akak kan. Itu sebab tak boleh cerita banyak. Nanti mami asyik nak nangis saja.
Mami jangan risau.
Kalau akak tak angkat telefon, bukan kerana akak tak sayang.
Mami jangan risau.
Kalau akak tak telefon, bukan kerana akak tak ingat mami.
Mami jangan risau.
Kalau akak balik dari ipoh awal, bukan kerana akak tak suka duduk dengan mami.
Tapi.
Kerana akak tak nak asyik susahkan mami.
Kerana akak selalu rasa nak nangis sebab hanya dengar suara mami tapi tak dapat pegang-pegang mami.
Kerana akak kalau boleh nak mami sentiasa ada dengan akak bila akak bangun pagi dan dapat sarapan sama-sama.
Akak sayang sangat dengan mami. Sampaikan akak taknak terlalu susahkan mami.
Ini bukan masa untuk susahkan mami lagi.
Mami dah banyak susah. Biar kami pula yang susah untuk mami.
Mami.
Akak betul-betul nak mami duduk dengan mami bila mami pencen nanti ya.
Akak tengah kumpul duit supaya akak boleh beli rumah besar dan sediakan satu bilik besar untuk mami rehat saja.
Mami pun tahu kita bukan keluarga kaya. Tapi akak nak kumpul duit supaya mami ada bibik dan mami tak perlu buat apa-apa kerja lagi.
Akak nak kumpul duit supaya akak boleh beli kereta besar dan bawa mami jalan kemana saja mami nak.
Akak nak kumpul duit supaya akak boleh bawa mami jalan-jalan naik kapal terbang.
Akak nak kumpul duit supaya mami boleh pergi buat umrah dan haji.
Itu impian akak buat mami.
Akak perlukan doa mami dan jangan sesekali menangis lagi ya mami.
Saya sayang mami.
Sungguh.
p.s.
Ingin Join Peraduan Joe dengan entri ini boleh?
hadiah di sponsor oleh Encik Faridzulasyraf *joe jugak weeee* dan Abang Ilham a.k.a Denaihati.com :))
Moh kite ramai2 join, nak tak??
hadiah di sponsor oleh Encik Faridzulasyraf *joe jugak weeee* dan Abang Ilham a.k.a Denaihati.com :))
Moh kite ramai2 join, nak tak??
dok tgh cari button like nie...
ReplyDeleteTharu~~~~~
saya yang sedih baca.teringat juga kenangan dengan mak..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih kerana ingatkan mami semua perkara tu, tanpa sedari memang mami nangis bila baca kenangan ini. semoga kita semua insaf dan sedar memang dulu kita hidup susah, tapi Alhamdullah kini kita agak lega sikit kan,,, akak, ayob, abang fairoz semua dah agak berjaya, tingal lagi putri yang perlu dibantu. mami bersyukur segalanya.
ReplyDeletethx u
ReplyDeletekeputusan pukul 12 nanti hari ni ya
jangan lupa tengok2 =)