Tabungan

07 May 2011

.cerita basi.urusan rasmi dan tak rasmi di kuching.

Kami ke Kuching, Sarawak atas urusan rasmi. Tetapi, memandangkan Encik Nazri agak kelapangan waktu itu, maka aku pun ajak dia sekali. Kebetulan, masa itu, harga tiket sangat-sangatlah murah nok. RM149 aje. Pergi balik baru RM300++. So apa lagi, aku pun bawak je la dia pi sekali.

Ni gambar nak turun dari flight. Masa nak pi tak terasa sangat nak tangkap gambar. Maklumlah, KL jer. Macam tak biasa. Dah sampai Kuching, baru sibuk-sibuk nak keluar kamera gedabak tu. Ingat nak beli kamera kecil balik la hee. Susah gak kamera besar-besar ni. Bukan reti pakai pun. Punggggaaaahhhh!!!!

ini encik berlakon tidur bila orang nak snap picture dia.hee.
ini bos saya, Puan Zaliha.
ini semua orang tahu kan. Encik Suami saya hee.

First sekali of course la ke hotel. Nak letak barang-barang. Pastu baru boleh jalan-jalan kan.

ini dalam bilik. letak kamera atas meja la jawabnya kalau nak tangkap gambar berdua he.
kami sampai ke Kuching dalam pukul 4 lebih. Kami sampai ke hotel dalam pukul 5 lebih. Dalam pukul 6 lebih, Kak Ha call ajak jalan-jalan. Maklumlah, esok dah nak mula kerja, tak dan kot nak jalan-jalan kan.



Tak larat nak jalan jauh-jauh. Tapi kami dapat juga la jumpa statue kucing ni. Tapi sebenarnya tak risau pun, sebab kat mana-mana pun ada statue kucing ni. Hehe.


Lepas tu, kami naik sampan. Bot? Kapal? Entah. Hahaha. Gayat oit. Rasa macam nak tenggelam. Mak tak nak naik dah lain kali. Seram macam tengok Harum Sundal Malam hahaha.


Tapi Encik Nazri sangatlah suka naik. Leh tengok kan dalam gambar tu, sengih ajer heee. Gambar mak takda sebab mak takut hahaha. Ini gambar-gambar dah naik atas darat balik hahaha. Baru ada darah kat muka. Heee.


Encik Lan terjumpa kawan lama dia dalam bot tu. Tapi kesian, kawan dia rupa2nya pernah sakit dan hilang ingatan. Dia tak ingat dengan Encik Lan. Heee.


Pastu kami makan dekat food court kat situ. Hoh. Memula oke lagi. Semua makanan normal. Yang tak normal, Encik Nazri order Mee Kolok. Aku tak makan sebab kenyang lagi makan dalam flight. Kak Ha dengan Enck Lan order ayam penyet. Air dia. Pergh best. Encik Nazri order air Teh 3 Layer. Aku order Milo Boom. Ala macam milo tabur tu jer heee.


Yang tak bestnya. Kami order SOTONG TUKUK!! Bunyi cam best kan. Tapi sebenarnya SOTONG TUKUK ni macam sotong kering yang kita biasa beli kat pangkor lumut segala tuh. Cuma dia takde tabur gula and cicah dengan sambal hitam. Sangat lah biasa oke. Takda yang spesel. Gamabr tak sempat snap sebab kami kecewa dengan dish tu. Heeee.

Dan malam itu bermula mimpi ngeri pada aku. Aku start demam, muntah 3 kali sepanjang malam tu, cirit-birit sampai 5 kali. Dan ang keluar semua SOTONG TUKUK tu!!!! Geram aku geram!!

Esoknya aku kerja dengan keadaan yang lemah sekali. Tapi aku kerja gak. Gila datang jauh2 tapi tak kerja. Agaknya sebab itu lah aku tak dapat ke Medan tempoh hari. Boss aku takut aku demam lagi kot. Hahahaha.

Semasa aku kerja, Encik Nazri pun berjalan-jalan ronda-ronda Kuching.

Ada la dia snap a few pictures.



Aku pun tak tahu kemana dia pergi. Sebabnya bila aku habis kerja, aku balik ke hotel, dia excited nak cerita apa yang dia buat, tapi aku dah tak larat dah nak dengar. Aku terus tidur. Dan tak bangun-bangun dah. Eh bangun. Kalau tak takkan boleh menulis ni kan.

So besoknya, kami sambung lagi sikit kerja. Then tengah hari kami terus balik ke KL.

Ini gambar yang mami hantar pada aku semasa aku di Kuching.



Masa dapat gambar tu, aku memang rindu gila tahap cipan kat dia. Rasa tak sabar-sabar nak balik. Oleh sebab itu, aku memang menolak apa-apa kerja luar buat masa ini. Dah test ari tu, nampaknya memang aku tak tahan. Tak boleh. Tak boleh :)

p.s.
sepatutnya ada lawan bowling kat terengganu minggu ni.
wakil untuk Sukan Badan Berkanun.
tapi aku tolak sebab Baby Q.
:)

2 comments:

  1. eita..
    ini entry yang sangat2 panjang tapi amat ayu sukai..

    terbaiklah..
    lain kali buat macam nie..\
    heheheh.. pengsan eita nak taip banyak2... waka..waka..

    PS: ala..... bila kak ayu nak sampai kuching???

    ReplyDelete
  2. wah keluarga sakinah, mawaddah, dan penuh rahmah

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...