nak cerita pasal semalam. semalam aku cuti sebab nak teman mak mentua ke klinik dan plan asalnya hantar terus mak balik Jenderami. lepas. makanya pagi2 aku tetap hantar Q ke nurseri dan hantar encik nazri ke pejabat, sebab nak pakai kereta. maklumlah, kereta satu aje. itulah yang nak dipakai kesana kemari pun kan.
jadinya, dalam perjalanan pulang tu, aku terjembung *baca terserempak* dengan kawan pejabat aku. aku rasa dia dah lambat sebab tengok dia agak terkocoh-kocoh *baca tergesa-gesa*.
tapi dia ni bagus. kerja bagus. sebabnya Anugerah Cemerlang tahun ni dia dapat. dapat sijil dengan duit RM1000. best tak best?
maka aku pun mula la berpikir-pikir.
sepanjang aku kerja kat sini. kat opis aku ni. aku jumpa macam2 jenis orang.
ada yang memang all out kerja dengan ikhlas.
ada yang all out kerja sebab aim nak pergi posting luar negara.
ada yang all out kerja sebab aim nak naik pangkat.
bagus. memang bagus. sebab nama lagi all out kan. selagi daya. selagi boleh.
tapi..
ada gak yang aku jumpa, nak gi posting, aim naik pangkat dengan cara membodek.
ampun. 24 jam nak membodek. kerja so-so ajer. bukan bagus sangat pun kot. tapi cara membodek tu bukan pakai kipas dah. tapi pakai air-cond u. kira memang hebat lah cara bodekan tu.
aku? entahlah. mungkin sebab nilah aku terkebelakang. langsung tak terCALON pun untuk Anugerah Cemerlang. langsung takde orang pandang pun untuk kenaikan pangkat. sebab aku memang tak bagus kot. sana sini orang bercakap tentang si polan si polan, saingan untuk kenaikan pangkat. tapi aku tak tersebut langsung nama. maknanya aku memang bukan saingan langsung. aku diletakkan di unit yang tak mencabar. padahal tempat lain, semua orang kata, owh tempat tu banyak kerja, sian si polan, kerja dia banyak, selalu balik lambat, memang patutlah dia naik pangkat. tapi aku, semua orang kata, owh kerja ko senang, jaga tatatertib jer. tatatertib pun bukan buat apa pun. takde tindakan pape pun.
yelah. aku tak cemerlang macam orang lain.
yelah. aku bukan saingan korang untuk kenaikan pangkat.
yelah. aku memang tak tercalon pun untuk anugerah cemerlang.
tak. aku pun tak kejar semua tu. pada aku, cukup aku kerja ikhlas demi Allah. cukup aku kerja ikhlas agar gaji yang aku dapat tu berkat nak bagi makan anak aku. cukup duit untuk bagi mak ayah. biarlah gaji kecik pun, biarlah aku tak beli rumah lagi pun padahal semua orang dah ada rumah sendiri. biarlah.
janji aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ni.
pada aku. kerja biar ikhlas. bila kerja ikhlas duit yang kita dapat jadi berkat. bila berkat, gaji sikit macam mana pun pasti cukup untuk kami sekeluarga.
apa guna mengejar kekayaan, kejar pangkat, kejar nama, tapi niat dah melencong, dah jatuh tak ikhlas, jatuh tak berkat, pastu gaji banyak namun tak cukup pakai segala.
duit tiap2 bulan habis bayar hutang sampai tak cukup untuk makan pakai anak bini.
tapi tetap. aku bekerja sehabis daya, atas usaha aku sendiri untuk jadi cemerlang. biarlah orang tak nampak aku, tapi aku tahu, aku bekerja dengan kepuasan.
aku punya perasaan. kadang2 aku kecewa juga bila orang memuji orang lain hebat, orang ini bagus, orang ini calon kenaikan pangkat. tak, aku tak pernah cemburu. tapi aku kecewa, kenapa aku tak berada dalam kelompok itu. tapi aku cepat sedar. cepat2 tampar diri sendiri. sedarlah diri wanita. ko memang tak bagus pun. macam mana orang nak pandang!!
tapi pada aku, rezeki lain2.
aku mungkin tak begitu cemerlang dalam kerjaya aku. tapi aku punya rezeki dalam bab lain.
aku punya suami yang budiman.
aku punya anak yang comel dan Alhamdulillah setakat ini tak bawa masalah.
aku sudah lengkap kitaran hidup. dah berkahwin dan dah punya anak.
ramai lagi kawan aku yang belum kahwin. belum punya anak. dan aku bersyukur. mungkin ini pula lebihnya aku. pujuk diri sendiri hehe.
lain orang lain cerita.
aku punya cerita yang bahagia dalam bab keluarga.
dan aku sudah cukup bersyukur pada mu Ya Allah.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia mu ini Ya Allah. Tiada yang lebih baik daripada Anugerah ini Ya Allah. Anugerah yang kau berikan ini sudah cukup Cemerlang Ya Allah.
p.s.
aku juga ada perasaan.
sesekali terusik juga hati bila duduk semeja dengan mereka yang cemerlang.
.ita kata.
kamu ada Nazri dan Qaleysa.
Alhamdulillah.
selamat pagi eitaku sayang...
ReplyDeletesuka dgn entry kamu hari ini...
yang penting tak perlu membodek, tak perlu tikam kawan...
kita ada keluarga, kita ada life sendiri...
itu dah cukup cemerlang utk kita sendiri....
semoga kamu terus cemerlang gemilang bersama family tersayang
cemerlangkah bro..??
ReplyDeleteok terfikir sejenak ermmm....!!!!
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
ala...rezeki masing2 dah tertulis di luh mahfuz sedari azali lagi.. usaha, tawakkal dan redha je kan? :)
ReplyDelete