Tabungan

01 May 2011

tahun ini saya boleh sambut hari ibu.

oh yeah. sila ucap selamat hari ibu kepada aku kerana aku kini dah pegang status ibu anak sorang hokey!!

.senyum. amacam rasa? jadi emak?

penat?
penat itu berbaloi! sangat berbaloi. kat opis penat.. kat umah pun sambung wat keja. tapi bila time menyusu baby, bila dia dah duk dekat ngan kte, menyusu sambil tenung mata kte, halahai, hilang semua penat.
walau dia bangun tengah malam sebab nak menyusu, memang la rasa terganggu, tapi Tuhan itu Maha Bijaksana, penat kte tu, ditukarnya dengan rasa tenang dan syahdu, bila tengok si anak puas menyusu dan terus tertidur sambil tangan kecil dia tu terus pegang dada kte.

halahai.

seronok?
apatah lagi. bila tengok dia gelak mengekek ngekek, tengok dia senyum sampai tertutup tutup mata, halahai, mak sangatlah bahagia nok!

dunia tanpa dia?
mak tak boleh bayang. hidup tanpa Qalesya Alia. hidup ini bahagia sejak hadirnya Syaiful Nazri. dunia tambah berseri sejak adanya Qalesya Alia.

aku mohon.
kekal dan panjangkanlah kebahagiaan ini. untuk terus hidup bersama  2 kecintaan ini. 2 nyawa ini.

aku sayang mereka.

selamat hari ibu buat mami. tanpa mami, saya takkan jadi mami jua.

juga selamat hari ibu kepada blogger-blogger sekalian yang bergelar ibu.
selamat hari ibu jua kepada mereka yang bakal menjadi ibu.
selamat hari ibu kepada semua.

p.s.
tak sangka boleh sambut hari ibu?
.senyum.

5 comments:

  1. selamat hari ibu sis...

    bahagianya saya baca ni.
    teringin juga nak jadi ibu.. huhu

    ReplyDelete
  2. slmt hr Ibu akk syg..

    senyum lebar2 ek..
    dpt present best ar thn nie..
    present "Qalesya Alia"...:P

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...