Tabungan

06 September 2013

Retreat -- Family Day Tourism Malaysia 2013

Assalamulaikum semua!
Selamat pagi!!

Tarik nafas -- hembus!! Hah!

Today's gonna be a long day for me! Hari ini bermulanya retreat @ Family Day pejabat aku. Kami semua akan ke Port Dickson dan celebrate our family day di sana. Seronoknya! Masa nilah nak melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani ahli keluarga. Satu tentang diri aku, ya aku sangat suka melepak dengan kawan, bersantai dengan kawan -- tapi jangan salah faham -- aku sangat suka melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani Nazri. Itu sebab Nazri memang sangat-sangat kenal dengan semua kawan-kawan baik aku - Jijo, Eikmal, Zahar, Radhi, kak Amy, kak Ani SEMUA Nazri kenal. Senang -- bila Nazri dah kenal semua kawan-kawan, memang senang cerita. Tak adalah nanti timbul fitnah sana-sini. 

Tak sabarnya nak ke PD. Berkampung dengan suami dan anak bersama dengan kawan-kawan. Ada macam-macam aktiviti masa kami kat sana nanti. Macam malam ini, kami ada Jamuan AidilFitri (ya -- walaupun dah penghujung Syawal) layankan aje yer. Sepanjang makan malam ni, ada persembahan artis Jay Jay dan Lena AF9. Selain tu adalah persembahan-persembahan lain. Yang itu suprise sikit. Tak boleh cerita habis hehehe. Nanti kalau sempat aku update melalui instagram. Siapa ada instagram boleh la follow aku ya -- cari saja wanita mutalib okey :)

Esok pagi akan ada sukaneka. Tengah hari aktiviti bebas. Masa tu nak bawa anak ke pantai atau swimming pool, atau apa saja pun boleh. 

Malam sekali lagi akan ada dinner kat tepi pantai tu -- dan malam besok best sikit sebab akan ada cabutan bertuah dan banyak lagi persembahan pentas.

Eeeee. Bestnya! Tak sabar nak bawa Qalesya berseronok.

Okeylah. Got something to do. 

Daaaaa!!



XoXo -- Ta.

(ada macam Dian dalam Istanbul Aku Datang tak? Hahahahaha ini semua poyoooooo!!)









No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...