23.09.2013. hari isnin. hari terbaik dalam hidup aku -- rasanya. lepas satu - satu benda yang baik berlaku pada aku, walaupun dari pagi aku asyik doakan agar Tuhan permudahkan hariku. teringat lagu SO7 --
mohon Tuhan, untuk kali ini saja,
lancarkanlah hariku..
:) jangan. janganlah hari ni saja ya Allah ya Rabb. lancarkanlah dan permudahkanlah hari-hariku. Ameen :)
dari pagi tadi, sebelum subuh, aku katakan pada diri aku bahawa hari ini adalah permulaan mimpi ngeri aku. kerana apa, aku rasa tak boleh aku ceritakan disini. mana rakan-rakan yang tahu, janganlah dikomen apa. antara kita sahaja ya *kenyit mata*.
maka doa sesudah subuh aku, aku mulakan dengan rasa kesyukuran diatas segala nikmat dan aku sudahi dengan rintihan. aku harapkan agar hari ini, baik-baik saja buat aku, dan permudahkan agar aku yang lemah lagi hina ini dapat menjalankan segala tugas dan amanah aku dengan baik. namun, saat aku menghadap cermin, aku senyum dan aku tepuk bahu aku -- relax ita, enjoy yourself.
sesampai di pejabat, Alhamdulillah - semuanya berjalan dengan lancar. belum ada apa-apa yang mengusik hati. masih berjalan seperti biasa. namun aku bisik, jangan terlalu selesa wanita, hari masih panjang. aku sempat post satu lagu dan aku tuju untuk diri sendiri. haha. pathetic aite?
lega sekejap rasa hati. :)
Alhamdulillah. kenapa aku kata hari ini hari yang baik?
Sebab hari ini rezeki aku sangat murah -- Alhamdulillah ya Rabb.
dari pagi -- makan pagi, tengah hari semua percuma sebab ada kursus Grooming di dewan.
Join sedikit contest dalam kursus tersebut -- dapat hadiah saguhati.
petang, TERPAKSA menggantikan boss dalam satu meeting. perginya aku dalam keTERPAKSAan. tapi sekali lagi aku tepuk bahu, aku kata -- rilex ta, you can do it. aku pergi dengan lapang dada. pergi dengan debar di dada, tapi penuh dengan cas-cas positif.
Alhamdulillah the meeting went very well. dan yang paling terBAIK -- ada keistimewaan dalam meeting tersebut kerana ada cabutan bertuah. dan aku yang selama ini tak pernah bertuah -- akhirnya bertuah. Grand prize -- okey!! haha.
apa hadiahnya?
Alhamdulillah ya Rabb. dapat untuk suami sekali :)
set perfume Calvin Klein -- couple set :)
dalam terpaksa sangat tadi, rupanya ada rezeki Tuhan simpan untuk aku :)
owh -- dan, dah namanya meeting -- haruslah ada makanan. rezeki lagi. Alhamdulillah.
dan akhir sekali, lewat petang tadi, aku dapat berita paling gembira untuk aku. mungkin biasa untuk orang lain, tapi buat aku -- berita tersebut sangat-sangat mengembirakan aku.
berita apa?
aku simpan dulu sehingga masa benar-benar mengizinkan untuk aku bercerita. In sha Allah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebaby q nak jadik kakak? =P
ReplyDeletealhamdulillah tumpang gembira dgn rasa happy cik ta dari pagi smpi ke ptg :)))