Last week punya food-tasting.
Sebenarnya kami pi sebab nak try satay. Tapi rupa-rupanya stall satay tu bersekali dengan Cafe & Boutique Tirai Ratus ni. Jadi kami pun cuba sekali makanan di Tirai Ratus ni.
Mula-mula kami dihidangkan dengan signature drink mereka iaitu Soya Bandung. Sedap. Oleh kerana aku memang peminat bandung, then dapat pula Soya Bandung, haruslah aku kata sedapppppp!
Dan cafe ini specialty mereka ialah Nasi Beriani. Taukeh kedai ni purposely hantar 3 orang tukang masak mereka ke Muar untuk belajar masak Nasi Beriani yang terbaik. Hasilnya? Memang sedap! Aku jenis yang tak suka sangat makan nasi pelik-pelik ni -- tapi Nasi Beriani di cafe ini? Memang terbaik. Memang sedap. Nasi dia lembut. Makan nasi saja pun dah cukup. Ditambah pula dengan lauknya. Ampun, memang habis sepinggan aku makan tadi. Memandangkan aku baru lepas sakit -- aku memang dinasihatkan untuk jaga makan. Tapi tadi -- memang hancur diet management aku! Hahaha. Habis sepinggan doh!!!
Aku pilih Nasi Beriani Ayam. Bos-bos aku makan Nasi Beriani Kambing. Bos aku pun makan habis sepinggan. :)
Tuan kedai pulak, dengan murah hati, tambah pula nasi beriani lagi sepinggan dan jamu pulak ayam masak merah. Ampun! Memang sedap ayam masak merahnya!!
Tengok kuah dia. Likat kan. Ampun sedap!!
Lepas saja kami makan nasi beriani, baru kami makan satay!!!! Haha. Pandaikan? Datang nak test satay -- tapi jamu yang lain-lain dulu kan. :)
Ayam dia comel-comel, memang sekali ngap ja. Sesuai bagi makan budak sebab ayam dia rapuh.. Sekali ngap, berderai-derai dalam mulut. Memang sedap. Kuah dia tak likat sangat. Buat pengemar kuah kacang yang likat, mungkin akan kata tak umph la. Tapi untuk aku, kuah dia memang cukup rasa, cukup rasa kacang -- cuma ya, agak cair sikit. But still, ada umphhhhh.
Satay daging!! -- aku memang kurang makan satay daging. Tapi satay daging yang ini, -- tak liat, kunyah memang senang -- dan rasa dia memang sedap.
Aduish. Awat puji melambung ni, bukan dapat bayaran pun. Nampak tak kat sini, sebab aku memang puas hati dengan makanan dan satay kat kedai ni :)
Cuma -- kalau kau orang pergi, sekali layanan dan makanan yang kau orang dapat, tak seperti yang aku cerita, janganlah marah pula kan. Sebab, taste makanan setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang suka masin lebih, ada yang suka masam lebih, ada yang suka manis lebih, ada yang suka keras lebih, ada yang suka lembut lebih -- berbeza-beza okey anak-anak.
Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja. Kalau kau orang nak rasa sendiri sedap tak sedap -- boleh aje ker Cafe & Boutique Tirai Ratus di alamat ini :-
mmg sedap kak satay dia.. sempoii xkedekut
ReplyDelete