Tabungan

10 September 2013

Tips : Anak Soleh dan Solehah

Zaman sekarang ini adalah satu zaman yang sangat mencabar terutama sekali dalam urusan menjaga anak. Salah didikan, salah haluan, boleh jadi menjadi anak yang derhaka, anak yang tak mendengar cakap. Tengok saja gejala yang ada zaman sekarang - bohsia, bohjan, mat/minah rempit, melawan dan pukul cikgu, mengandung anak luar nikah, buang anak dan macam-macam lagi.

Aku pernah bersembang dengan seorang kawan di pejabat aku ini. Katanya, tahun depan anak dia akan masuk ke tingkatan 1 dan dia akan hantar anak dia ke sekolah agama di kampungnya. Katanya lagi, biar duduk dikampung, tak ada pengaruh jahat sangat. Sampai begitu sekali naluri seorang ibu untuk melindungi anak gadis dia.

Dalam laman sosial pun sering kali kita tengok page-page yang sering memberi tips-tips berguna dalam menjaga dan mendidik anak. Sebagai peringatan aku juga di kemudian hari, maka aku kongsikan bersama di sini ya.



 #1 Teringat
Kalau kita, tiba-tiba teringat pada anak, rindu sangat pada anak yang berada di taska atau di rumah pengasuh, kirimkan Surah Al-Fatihah kepadanya. Kita sendiri sedia maklum, bacaan Al-Fatihah ini banyak fadhilatnya. In Sha Allah, ada rahmat dari Allah untuk anak kita ini.

#2 Wajah anak yang sedang tidur
Pandang wajah anak yang sedang tidur, dan bisikkan nama dia bahawa kita mahu dia menjadi anak yang soleh/solehah. Aku pernah hadiri satu kursus psikologi dan dalam kursus tersebut juga sebut perkara yang sama. 
Sebenarnya, secara saintifiknya, bila kita mula tidur kita akan berada dalam peringkat 1. Semasa dalam peringkat ini, otak kita akan memancarkan gelombang otak yang sedikit rendah, dikenali sebagai gelombang otak alpha dan sedikit gelombang otak theta. Gelombang otak Alpha ini dikenali sebagai 'awake waves' kerana otak kita masih di dalam keadaan sedar pada peringkat ini. Okey semasa dalam gelombang Alpha ini, badan akan berada di dalam keadaan tenang, kadar degupan jantung dan kadar respirasi akan turun dan fikiran akan melayang ke keadaan yang kreatif dan santai. 
Doktor tersebut pesan pada kami, semasa dalam gelombang alpha ini, kita akan secara sedar dan tidak sedar akan dengar apa yang diucapkan dan memang akan menjadi ingatan dalam otak kita apa jua pesanan tersebut. Itulah sebabnya, sangat elok kalau kita nyatakan hasrat kita pada si anak apabila dia sedang tidur bahawa kita sangat menyayangi dia dan berharap agar dia menjadi anak yang soleh dan solehah. In sha Allah, melekat benda yang kita harapkan itu dalam ingatan dia.

#3 Solat tengah malam
Konsepnya sama seperti di atas. Solat dan berdoa berhampiran dengan anak. In Sha Allah, jika dia di dalam gelombang alpha, dia mendengar rintihan kita pada Allah s.w.t.

#4 Minta dikasihani
Ini adalah apa yang kita perlu lakukan. Kita minta dikasihani olehNya. Nyatakan bahawa kita ini sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan menanti panggilannya. Sekiranya apa-apa berlaku pada kita dan kita tak dapat mendidik anak dengan baik, apalah yang akan terjadi pada kita di akhirat kelak.

#5 Peluk anak selalu
Ini adalah satu perkara yang tak payah disuruh dan kita semua selalu buat--kan? Siapa tak suka peluk anak -- kan? Aku sangat suka peluk Qalesya. Qalesya pun memang dah ikut perangai aku sebab dia memang suka peluk aku. Kadang-kadang tanpa disuruh, dia datang meleset dan peluk aku. Bahagianya. Sebenarnya, aura ciuman dan pelukan seorang ibu boleh menenangkan hati anak. Anak akan rasa disayangi dan dikasihi. Bila hati anak tenang, anak akan lebih mendengar kata. Percaya atau tidak, pendekatan menegur anak dengan nada rendah lebih berkesan daripada menjerit dan menengking pada anak. Aku selalu teringat kata mak mentua aku, bila Qalesya meragam atau mengada-ngada, dia selalu sebut -- 'sayang Qalesya, sayang Qalesya'. Hasilnya, Qalesya boleh saja dengar cakap nenek dia.

Itu saja yang aku boleh kongsi mana yang aku dah baca. Nanti kalau ada lagi, kita kongsi sama-sama lagi ya. :)




















No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...