Tabungan

12 September 2013

tips : macam mana nak update blog tiap-tiap hari

okey. buat lawak saja. aku tak layak pun sebenarnya nak bagi tips macam itu. sebab blog aku pun boleh masuk dalam kategori sedu sedan. sekejap update, sekejap tidak update. hahaha.


tapi sebenarnya, selepas membuat blog-walking ke blog-blog otai secara konsisten dan tanpa gagal -- aku dapat tangkap beberapa tips penting untuk organize dan update blog kita secara konsisten.


daripada aku simpan seorang diri, baik aku tulis dalam blog aku ini. sekurang-kurangnya, aku pun tak lupa hehe.


okey -- mari kita lihat apakah tips-tips yang ada.



#1 - Catat tajuk entri.
Yang ini memang membantu. Sebab kalian pernah tak, bersemangat nak update blog, tapi bila dah menghadap komputer, kalian blank - tak ada idea nak update apa. Padahal masa mandi, masa cuci pinggan, masa buang sampah, masa tunggu bas, masa beli barang -- berlambak-lambak idea. jadinya, apa kata biasakan diri untuk catit tajuk entri yang terlintas dalam kepala kalian tu. catit la dalam buku nota ke, dalam iphone ke, dalam tab ke, apa sajalah, janji --- catat. bila nak update, rasa agak-agak nak blank, tengok balik tajuk-tajuk entri yang dah kalian catit, mesti berlambak-lambak, mencurah-curah idea nak menaip. weehu!



#2 - Baca suratkhabar dan majalah
bila kita membaca suratkhabar atau majalah, kita akan alert dengan keadaan semasa. selalunya, kita sendiri pasti ada pendapat sendiri terhadap isu-isu semasa di sekeliling kita. jujur. tak payah curi pendapat orang. tulis saja pendapat sendiri. biarlah nampak tidak cerdik, tapi itu adalah pendapat kita. pendapat kita yang innocent. mesti cute. namun, kurangkan bercakap tentang politik kalau tak pandai politik. woha -- kalian akan nampak bodoh satu abad. haha.



#3 - update melalui smartphone
ini sebenarnya kesinambungan dari tips #1 atas tu haha. tapi sebab aku  malas nak cut copy paste hatta mendelete segala, aku teruskan ajelah tips ni ke nombor tiga okey. sebabnya -- kalau dah malas nak catit, idea pulak tengah membuak-buak tak boleh nak tahan, jadi update sajalah daripada smartphone masing-masing. sekarang ni ada macam-macam cara nak update blog dari smartphone. kalian boleh update sama ada melalui e-mail ataupun dari aplikasi. aku lebih suka guna cara melalui e-mail sebab lagi laju -- tak payah nak tunggu aplikasi tu me-loading segala. dah tu kadang-kadang error la bagai. jadi pakai e-mail sudah. cumanya kalau update melalui e-mail, nak letak gambar tak cantik sebab gambar akan automatik align belah kiri. so -- tak cantik. jadi kalau kalian perasan, kalau aku update melalui e-mail, memang tidak akan ada gambar. tips nombor ketiga ni sangat berguna buat aku sebab aku boleh update bila-bila masa aku suka -- sebelum tidur, masa dalam kereta, masa meeting (nampak sangat tak fokus masa meeting) dan lain-lain.



#4 - tangkap banyak gambar
kalau rasa tak tahu nak tulis apa, letak saja gambar. apa-apa gambar pun boleh. cuma janganlah letak gambar yang boleh mendatangkan kontroversi. picture worth thousand words. dengan gambar tu ada macam-macam perkara kita boleh interpret. terpulang pada individu macam mana nak menilai. letak gambar anak pun boleh juga. (macam biasa buat saja?) haha.



#5 - letak lirik lagu
hik hik. yang ini aku biasa buat juga. kalau dah habis blur, memang lirik lagu jadi pilihan. takdelah sendu sangat blog aku yang dah sememangnya sendu ni. at least, orang yang datang blog kita dah dapat lirik lagu. kalau nak lagi best, letak juga video lagu yang kalian letak lirik tu. bolehlah layan bersama-sama hehe. layanzzzz.



#6 - merepek
erm. macam aku buat sekarang ni la. aku yang pastinya hari ni takde idea nak buat tajuk apa, walaupun dah ada tajuk dalam iphone aku (yang dah aku catat) cuma tajuk yang aku catat memerlukan sedikit research dan fakta. so macam tak sedap kalau nak tulis sambereno macam sekarang ni haha. jadinya, terbitlah satu entri yang akan merepek tapi diharap dapat membantu otai-otai blogger-blogger baru sekalian.



hahahaha.




aku suka gambar rumput yang aku ambil ni. boleh guna untuk buat poster. :) okey -- secara rasminya ini adalah poster rasmi mak oke :) hahaha 








No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...