Tabungan

06 October 2011

Kenangan #6 - Zaman Sekolah-sekolah

Walaupun aku hanya Pengawas biasa, tapi aku masih menjalankan tugas dengan begitu dedikasi dan ikhlas sekali. *tangan ke dada, mata ke atas, jelir lidah buweek!*


Stesen aku bertugas, selalu tempat-tempat yang tak glamer.


Macam contoh, kalau perhimpunan, mesti aku kena jaga 'line' kelas budak jahat.

Kalau waktu rehat, kena jaga 'port' budak hisap rokok.

Lepas rehat, kena pergi cek 'toilet' budak laki.


Semua yang tak glamer dan susah-susah.


Aku peduli hapa. Ada aku kisah. Aku buat aje kerja.

Nak takut apa dengan budak-budak tu. Apa diorang leh wat? Korang pegang aku, aku bagitau Cikgu Mutalib. Korang pukul aku, aku report polis. Ada aku takut. Cit. Pui!


Oleh kerana aku ni perangai gangster gak, last-last budak-budak jahat tu pun dah rasi dengan aku.
Bila nampak aja aku, diorang tak hisap rokok dah. Sebab aku dah pesan, nak hisap rokok boleh, tapi jangan masa aku ada, kasi muka sikit la. Kaw Tim beb. Diorang oke jer.


Kat toilet pun sama, bila diorang nampak aku, diorang senyum-senyum aja. Oke la kan. Janji korang tak merokok depan aku. Pi masuk kelas dulu. Aku dah blah, korang nak buat kelas dalam toilet tu, itu korang punya pasal. Deal aku lagik hahaha.


Deal punya deal, itu ketua budak-budak jahat tu sudah tangkap cintan la ngan aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
erk. itu tak nak cite la. bodoh aje hahaha.

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...