Tabungan

08 October 2011

Selesai Sudah Bajet 2012

semalam, aku tak dapat nak dengar Bajet 2012 sebab Taska Q tiba-tiba call aku dan minta datang tengok Q cepat sebab badan dan muka dia naik merah-merah.

aku yang memang tak tunggu lagi terus letak telefon *walaupun pengasuh tak habis cakap lagi* dan terus telefon Nazri minta dia turun bawah dan pergi terus ke Taska Q.

masa kami ambil dia, badan dia dah tak merah sangat, tapi tetap kami bawa ke klinik. aku call klinik, dia orang kata tutup pukul 12.30 tengah hari.

kami pun terkocoh-kocoh lah punya nak cepat sampai. sempat juga sampai di klinik pukul 12.00 tengah hari, tapi kecewa juga sebab dia orang letak tanda dah tutup.

aku kata - 'tadi kata tutup pukul 12.30? ni baru 12.00?'

dia orang jawab - 'doktor dah keluar.'

.full stop.

kami pergi ke klinik semula pukul 2.45 petang.

lega sikit sebab doktor kata - 'ia tidak membimbangkan.'

tapi, balik rumah, ia nampak membimbangkan.

merah naik balik dengan jayanya.
Q pula nampak tidak selesa.
tapi dapat juga dia tidur dengan lena.

what should i do actually?

***

Bajet 2012 berakhir dengan meriah sekali.
meriah kerrrr?

kenaikan gaji 7-13% sekiranya menerima opsyen ke SBPA dan sekurang-kurangnya RM80-RM320 mengikut gred menutup semua rumors tentang kenaikan gaji 40%.

bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 menutup rumors bonus sebulan setengah gaji.

pelbagai kelebihan untuk guru.

dan owh tidak lupa, tambahan elaun untuk diri mereka sendiri atas bebanan kerja yang banyak dan sebagai duit tambahan untuk isteri masing-masing ber-shopping.

***

great!

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...