Tabungan

09 October 2011

ruang. aku perlu ruang itu.

sebenarnya, aku tak tahu tajuk apa nak letak. jadi aku letak tajuk mengarut.

tapi...sebenarnya juga, aku nak berbicara tentang sesuatu.

kebebasan berkata-kata.

tak kisahlah dekat mana pun...sama ada dalam laman sosial kah, atau secara muka ke muka, tak kisahlah, tetapi isunya sekarang, mengenai kebebasan berkata-kata.

ini apa yang aku perhatikan.

ramai yang lantang berkata-kata. dan alasan yang diberikan, ini ruang aku-lantas aku boleh katakan apa saja yang aku mahu. ada juga yang berkata, disini saja kami boleh meluahkan perasaan-dimana lagi tempat kami hendak menyuarakan pendapat.

tetapi...bila kebebasan sudah diberi, tanpa kompromi, setiap luah kata sangat menyakitkan hati orang lain.
bila kebebasan sudah didapati, setiap luah kata hanya untuk menjatuhkan orang lain.

bila ditanya lagi kenapa begitu, alasan yang diberi - kalau tak cakap, kamu orang takkan tahu.

ok. ada benarnya. tak diluah. tak dicakap. mana ada orang boleh duga apa ada dalam kepala kan? bak kata ahmad nifsu - 'cakapppp...cakapppp...'

tapi, boleh tidak jika pendapat tadi, dikongsi secara berhemah, ditegur secara berbahasa dan diluah dengan semanis kurma...

haha. sebenarnya boleh. dan sebenarnya tidak boleh.

ada. ada sesetengah perkara, memang perlu diluah dengan kasar, dengan tegas, supaya penyampaian maklumatnya jelas.

namun, ada juga perkara, yang perlu dilapik kata, dan maklumat juga akan sampai dengan sebaik kata.

jadi, apa yang boleh sebenarnya?

tengok keadaan? tengok tempat? tengok masa?

entah. aku sendiri tidak tahu pendirianku dimana.

cuma, aku memang suka tengok orang berterus-terang, namun aku kasihan melihat penerima khabar berita disumbat dengan kata nista.

ok. aku tetap dengan pendirian aku. duduk diam-diam saja.

ini cerita lain.

ada satu keadaan, si A suka bercerita apa saja yang dilakukan 24 jam dalam laman 'twitter'nya.
pada aku, biarlah...walaupun kadang-kadang - 'takkan kamu beli aiskrim pun nak twit?
tapi rupa-rupanya ada juga orang lain yang 'berbulu' dengan hobi si A dan diluah dalam 'twiiter' juga.

apa moral cerita di atas?

ok. aku tak mahu twit banyak-banyak macam selalu dah haha.

1 comment:

  1. yg kebebasan bersuara itu perlu kena pda tmpat..pasal twit tu..rasenye..dorg ketagih respon dan komen dr kengkwn..tu yg asyik nak update je status...kan..kan..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...