Tabungan

18 October 2011

penat pun ada. kelakar pun ada.

portfolio aku kat agensi ni adalah menjaga kebajikan orang.
*masalahnya kebajikan aku takde orang pun nak ambil peduli, nasib badan*

salah satu tugas aku pagi tadi ialah bawa seorang staff di sini untuk pemeriksaan kesihatan di HKL.
oleh kerana aku kena hantar encik Suami ke pejabat, maka aku ambil keputusan untuk memandu sendiri ke HKL.

HKL, dari dulu sampai sekarang, masalah parkir memang tak berkesudahan.
aku habiskan masa satu jam untuk cari tempat parkir saja.

tiba-tiba anak buah aku telefon dan beritahu 'cik ita, Kat hilang!'

aku dah gelabah. mana nak cari dia dalam HKL yang besar ni.

memusing la kami mencari dia tadi, tapi tak jumpa.

kami ambil keputusan untuk balik ke pejabat lama sebab Kat memang suka pergi sana.
dah sampai pejabat lama, anak buah pergi turun naik pejabat, tapi tak ada.

kami pergi pusing tempat dia naik komuter, pun tak ada.

kami pergi rumah dia, jenuhlah terpekik terlolong panggil mak dia, pun tak ada.

akhirnya kami balik ke Putrajaya. dapat makan *yang mana aku tak makan dari pagi sebab mengisahkan staff ni* aku terus telefon semula mak dia.

dan mak dia kata 'she said, hafiz gone so she went to search for hafiz, but couldn't find, that's why she come home alone'.

banyak laaaaa.

the truth is, dia yang lari. dia tengok giliran dia dah nak sampai, dia lari. kami yang dok cari dia kat HKL tu, tak jumpa pun. entah ke mana dia menyorok.

serius, mak penat nok.

1 comment:

  1. bersabarlah.. hehe..

    -http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/10/apa-maksud-wanita-mutalib.html

    ce citer skit..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...