semalam lagi, memang dah perasan rakaman cctv yang keluar di youtube tentang budak perempuan umur 2 tahun yang dilanggar dan digilis namun tak dihirau oleh orang yang lalu lalang.
dah. dah perasan dah.
tapi.
mak tak sanggup nak tengok.
dengar pun dah rasa tak tenteram hati.
inikan pula nak tengok.
haih.
video itu sebenarnya bawa banyak mesej.
ia sebenarnya membuktikan betapa manusia telah hilang sifat peri kemanusiaan.
ia juga membuktikan bahawa memang manusia zaman sekarang ni dah tak peduli dan tak nak ambil peduli pun dengan apa yang terjadi.
masalahnya.
budak kecil tu.
umur baru 2 tahun.
haish.
aku tengok budak jatuh pun mak dah berlari nak angkat.
ini budak kena langgar, dah berdarah-darah kat tepi jalan, boleh buat tak peduli?
budak kecil terhantuk kepala pun aku dah susah hati?
inikan pula kena gilis lagi sekali boleh buat tak tahu?
mana letaknya hati?
mana letaknya akal fikiran?
apa sebenarnya mereka fikir masa tengah tengok budak tu menderita tepi jalan.
kalau jadi kat anak sendiri macam mana agaknya?
Ya Allah.
menangis aku sekarang. menangis fikir tentang kemanusiaan. menangis fikir tentang realiti pemikiran orang zaman maju ni.
itu yang dilanggar.
yang di negara asing.
negara kita pula tak habis-habis dengan kes buang bayi, bunuh bayi segala.
sekali dengan berita budak digilis tu, ada juga dengar tentang bayi yang dikelar dan ditikam emak dia sendiri.
emak dia pula baru umur 16 tahun. budak sekolah asrama.
pandai kau yer!
buat pandai!
nak sedap aje.
dah keluar anak, boipren pulak tak nak bertanggungjawab, kau bunuh anak tu?
eh celaka la kau!
siap kelar.
siap tikam bertubi-tubi.
apa kau ingat itu anak patung ker?
kau nak marah anak tu buat apa.
semua silap kau.
sial!
berdosa buat maksiat satu.
berdosa lahir anak luar nikah satu.
berdosa bunuh anak kau tambah lagi satu!
ye. siapa aku nak menghukum kau. masalahnya, kau dah letak diri kau sendiri dalam satu tempat yang penuh sial. penuh hina. penuh keji.
ye. maafkan aku. aku emo terlebih.
mungkin kerana aku sudah punya anak.
maka apa yang kau lakukan pada anak-anak kecil memang tak boleh diterima akal aku.
anak aku, aku nak cubit pun aku tak sampai hati.
kamu orang boleh sanggup kelar dan tikam?
Nauzubillah.
:') sungguh kak,kalau lah ade mana mana nak buang anak tu.Marilah buang ke saya.Sian anak tak berdosa:( kan?
ReplyDelete