Tabungan

17 October 2011

Jom tengok Konsert Fenomena - 30 Tahun SEARCH!!

siapa tak kenal SEARCH.

aku kecik-kecik lagi dah dihidang dengan lagu-lagu otai ni.

sampai boleh tukar lirik sebab tak paham lagi apa dia orang nyanyi.
sebagai contoh.

lirik yang betul ialah 'Bulan madu di atas pelangi, Hanya kita berdua, Mengecap nikmat cinta....'
tapi bila sampai kat kami adik-beradik jadi 'Bulan madu di atas pelangi, Hanya kita berdua, Berada di washington...'

oke. maafkan kami uncles SEARCH. kami ketika itu masih mentah, masih hijau, memang lirik akan jadik tunggang terbalik. haha.



***

sumber Wikipedia

"SEARCH  ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an."


***

Seingat aku, lagu yang paling senang nak diingat oleh budak-budak kecik macam kami *pada ketika itu* ialah lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella.

memang terbaik wokkk. budak kecik pun tahu kot. dapat pula ada awek nama Isabella. memang main tuju-tuju lagu je la kan.

tapi nama aku bukan Isabella. so dengar saja sudah.

pastu ada lagu nama Rozana lak kan. memang time tuh, memang ramai la budak lahir buh nama Rozana. tak caya jom cek ngan JPN. eh jangan-jangan. buang masa. hahaha.


konsert. mak tak pernah dapat tengok konsert rock secara live. maklumlah. orang kata, konsert rock ni bahaya untuk perempuan ayu macam mak. kang kena ngorat kangggg. eh tetiba. tapi memang terbaik la kalau dapat tengok konsert ni secara live.

jadinya. korang nak tengok tak konsert ni secara live?

apa kata korang klik link ini sebab kat sini ada maklumat terperinci tentang konsert Fenomena - 30 Tahun SEARCH secara detail.

kalau ada orang leh jaga Q untuk satu malam, memang mak dah gi. ngahahahaha.

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...