Tabungan

06 October 2011

Kenangan #7 - Zaman Universiti

Tahun 2000.
Aku dah habis SPM.


Oleh kerana aku banyak berpoya-poya masa Tingkatan 4 dan 5, maka result tak berapa nak cantik tapi tetap antara pelajar yang sebut-sebut. Bukan kerana apa, tapi kerana aku anak Cikgu Mutalib. Hahahaha.


Aku dapat sambung dekat Universiti Teknologi Mara Machang Kelantan.


'First time' sampai sana, alahai, aku meronta-ronta nak balik. Tak best la. Jauh la. Takde kehidupan la. Macam ko tu 'life happening' sangat!


Tapi serius, permulaan hidup kat sana memang perit.
Maklumlah, aku tak pernah duduk hostel.
Aku tak pernah pergi sekolah asrama.
Inilah pertama kali aku hidup berjauhan dengan mak ayah.


Baju basuh sendiri.
Pergi kelas jalan kaki.


Hoish.
Gilew penat.


Tapi....
lama-lama okey.


Aku suka aje.


Aku suka persekitaran kat sana.
Sejuk.


Aku suka belajar kat sana.
Tenang.


Aku suka bilik-bilik kat sana. Sebab masa Sem 4 kalau tak silap, kami dapat asrama baru.
Best.


Dapat juga la aku maintain jadi dekan beberapa sem.


Yang lain punggah!!


CGPA cukup-cukup makan sajo hahaha.


Kat situ la gak aku kenal cinta.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh cerita lama.
tak boleh cerita.
nanti encik suami marah.

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...