Tabungan

11 October 2011

makan sudah. bayar tak nak. sebab mahal.

tadi singgah blog lulu untuk baca tentang kes makan bayar mahal ni.


ok. itu memang betul.

memang ada kedai yang suka mencekik darah manusia macam ni.

makan tak seberapa.

harga kaw-kaw dia bagik!


aku dan suami pernah makan di satu kedai mamak. kedai mamak ni established okey!

kami amik nasik macam biasa cuma tambahan sotong goreng tepung.

masa nak bayar, kami makan tengah hari tu hampir RM40.

bila ditanya apa yang mahal, dia tunjuk kat sotong tu, RM20 seekor.

mak aihh kamu. sotong tu ko caj RM20.

oke. mak tak pernah makan kat situ dah.


pernah sekali dulu, aku bawa adik dan sepupu makan di satu kedai di area Kuala Kubu Bharu.

masa tu aku baru ambil adik dan sepupu tu dari Darul Quran.

oleh kerana dah malam, kami singgah saja kedai  makan kat tepi-tepi tu untuk makan malam.

kami order macam biasa.

nasi putih, telur bungkus, kangkung belacan dan tomyam campur.

tomyam campur tu yang jadi isu sekarang.

selama ni kalau kami order tomyam campur, maksudnya tomyam campur biasa la kan.

paling kurang pun RM6 semangkuk kan.

yang orang kedai ni pulak, takde la explain apa-apa masa kami order tomyam campur tu.

masa makanan sampai, tomyam campur tu sangatlah meriah.

ada udang besar!! sotong besar!! ayam!! daging!! dan kami pulak order untuk 3 orang makan.

bila kami tengok pelik, kami tanya balik pada pelayan, betul ke ini tomyam campur yang kami order.

dia orang kata ya tanpa sedikit pun explain pasal kepelikan kami pada tomyam tu.

nikmat kot makan. segala-galanya besar.

tapi masa nak bayar..........
.
.
.
.
.
.
kami kena RM90 semua sekali.

puncanya pada tomyam campur tersebut yang harganya RM20 seorang makan.

kami argue, kenapa tak explain masa kami order.

alasannya kami tak tanya.

halo! dah la menu korang tak bagi, korang expect kami boleh tahu semua harga makanan kedai kamu orang yang baru first time kami singgah ni!

nasib baik duit ada. kalau takde??

dah la itu pekan kecik! nak cari ATM gila susah.

masa kami nak balik, dengar dia membebel - makan nak, bayar taknak.


hoih! dah la menu takde. tak explain pape pasal tomyam tu. pastu nak kata kami tak nak bayar. kami bayar oke!!!!

haish. panas lak hati aku ngingat menda ni.

haish!!


3 comments:

  1. owh..tak pernah alami lg situasi mcm ni.tapi,mcm selalu juga TERmakan kat kedai yg cekik darah ni.mmg tension!!

    ReplyDelete
  2. KKB? kedai mane satu?

    ReplyDelete
  3. gier nye kedai...
    dah tue kuang ajo...
    sepak kang...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...