Aku nak cerita zaman sekolah.
Aku ni anak cikgu. Cikgu Mutalib orang panggil. Cikgu Mutalib ni glamer. Macam Inspektor Singham dalam cerita Singham yang tengah tayang dalam Astro Box Office Saluran 952 sekarang ni.
Mana-mana pergi, semua orang kenal Cikgu Mutalib. Semua orang 'respek' Cikgu Mutalib.
Cikgu Mutalib ni peramah.
Cikgu Mutalib ni baik. Semua orang dia nak tolong.
Cikgu Mutalib ni Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Cikgu Mutalib ni ajar Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani.
Cikgu Mutalib ni ayah aku la nok.
Aku masa tu sebenarnya baru tadika. Tapi yelah. Sebab aku ni anak cikgu, Cikgu Mutalib ni buat sekolah tu macam sekolah dia je. Dibawaknya aku masuk darjah 1. Duk sekali dengan abang-abang aku. Memandangkan aku ni baru tadika tapi dah masuk darjah 1, makanya aku ni terlebih pandai sikit. *tangan ke dada, mata ke atas, jelir lidah buweekk*
Aku cerita tadikan, ayah aku cikgu Muzik, jadinya, bilik muzik itu dia yang punya. Jadi aku yang terlebih manja gedik-gedik aww ni selalu la makan masa rehat kat bilik tu. Ko ada??
Best wooo. Selalu mak tiri aku akan bekalkan makanan buat Cikgu Mutalib, aku dengan 2 orang abang aku tu.
Kadang-kadang nasi lemak.
Kadang-kadang bihun.
Kadang-kadang kuey tiow.
Kadang-kadang nasi lemak.
Kadang-kadang bihun.
Kadang-kadang kuey tiow.
Best wooo.
Budak-budak lain semua jaki dengan aku. Aku tahu. Korang takyah buat muka camtu. Aku umur 6 tahun pun dah tahu korang jaki ngan aku kan kan kan.
Mana-mana cikgu pun akan bagi kelebihan kat aku.
Tak pernah kena marah.
Tak payah beratur masa perhimpunan.
Tak payah bertugas kutip sampah tiap pagi Isnin.
Korang ada.
Satu hari, ayah aku bagitahu dia dapat surat 'transfer'.
.
.
.
.
.
.
.
.
dem.
keh keh~~ngikut transfer tak?
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeletekecewa nye...