Cukup kot pasal sekolah rendah. Malu bila mengenangkan tahap kegedikan melampau aku. Lagi gedik dari Hannah Montana dan Selena Gomez. Mereka pun tidak segedik aku.
Tahun 1995, aku dapat pakai kain warna biru 'turqouise'. Gila rasa dah remaja.
Tapi 'time' ni, kalau tengok balik gambar-gambar dulu, memang rasa tak 'bley blah'.
Tudung senget tak ingat.
Kasut kotor tak lupa.
Baju besar gedabak.
Gila selekeh ko!
Masa ni aku dah mula menunjukkan bakat seni yang terpendam nun jauh dalam laut. Mula-mula aku masuk silat. Tapi lepas kejadian mulut aku pecah dan senget sebelah lepas main silat, ayah aku sanggup tukar aku masuk kelas tarian dekat Taman Budaya Perak.
'Time' ni best woooo.
Aku tiap-tiap minggu ada 'show'. Nama kumpulan tarian aku tu dulu namanya 'Selendang Perak'. Kumpulan ni memang budak-budak sekolah aje 'join'. Tapi sebab masa tu, memang Taman Budaya Perak tengah aktif, kami berpeluang dapat slot selama 2 jam 45 minit untuk buat show kami saja.
Itulah 'show' paling lama pernah aku buat.
Kami menari inang, joget, zapin *mai feveret* dan juga kontemporari asli.
Serius. Itu kenangan terindah.
Aku berhenti menari sebab sambung belajar. Cari peluang juga kot-kot ada kumpulan tarian kat sana. Tapi nan hado. Sebab aku sambung kat Universiti Teknologi Mara Cawangan Machang Kelantan.
.
.
.
.
.
.
sah-sah la nan hado kan.
bakat terpendam...
ReplyDelete