Untuk mengambil hati Encik Suami, aku cerita zaman aku sambung 'degree' kat UiTM Arau saja lah kan.
Sebab kat sinilah cinta aku dan dia berputik-putik. Wahh maleww giteww.
***
Pindah Arau ni pun aku tak suka sebenarnya. Hulu gak. Penat wooo naik bas. Kematu punggung. Jauh.
Masa tu memang macam tu la alasannya.
Tapi, time heals.
Lama-lama seronok gak.
Again, aku suka belajar kat sana. Aman. Tapi dapat maintan sekali saja dekan. Sedih gila. Tu la pasai. Main saja.
Duduk pula rumah sewa.
Kalu ada gap antara kelas, dapat pula balik rumah, memang jangan harap aku nak pi balik kelas.
Masa dulu kami menapak ke kelas.
Jadi untuk mengelakkan malas, kalau ada gap, kami berkampung kat masjid. Jadi tidak ada alasan untuk tidak ke kelas.
Tapi masa Sem 2, kami dapat motor. Sebab ada roommate aku sorang *Eliza*, pak sedara dia bagi pinjam motor dia. Memandangkan kawan aku ni tak pandai bawak motor, aku dan Niena saja lah yang bawak motor tu ke hulu ke hilir. Dia bonceng sajo.
Bila dah ada motor, langkah makin panjang. Masa tu dah pandai ke Kangar, dah pandai ke Padang Besar. Tapi bukan aku. Niena dengan Eliza la.
Aku tinggal rumah sajo. Masa nilah masa aku terluang dengan mengenali Encik Suami ni hehe.
Dia ni la yang rajin bawak aku berjalan.
Rajin bawak aku pi shopping.
Rajin bawak aku pi makan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
macam mana tak tersangkut.
.
.
.
.
.
aww.
awwww....
ReplyDelete