Tabungan

10 May 2013

Hey Ladies!

Assalamualaikum.
Bersyukur ke tidak kita hari ini sebab dapat jumpa Jumaat lagi?
Sila bersyukur kepada Allah s.w.t dan bukan kerajaan okey.
(Dang! Why so politics-ness?)
Hahahaha.
 
 
 
 
Okey rakan-rakan. Memandangkan hari ini ialah hari Jumaat yang penuh barakah, mari kita isi dengan sesuatu yang bererti juga ya.
 
 
 
 
Ladies, it is not easy to be a Woman. Semua perkara kita kena jaga--kan? Semua perkara kita kena tengok--kan? Aku suka sangat dengan satu kisah tentang seorang perempuan yang mogok tak nak buat kerja (merata dalam Facebook). Jadi, bila suami balik rumah, dari luar rumah lagi suami tengok tak berjaga. Pokok tak bersiram (serius, boleh tahu ke pokok bersiram atau tidak? haha), basikal anak-anak tak bersusun dan kasut berterabur (yeah I know, I exaggerate the story haha). Masuk dalam rumah, rumah bersepah, anak tak berjaga, pergi dapur tengok dapur tak berasap, angkat sangai (don't tell me you don't know what sangai means) tengok tak ada lauk tengahari. Panggil isteri tengok-tengok dia tengah lepak atas katil main angry bird (okey, exaggerate more).
 
Bila ditanya kenapa rumah jadi macam ini? Isteri dengan ayu menjawab - 'dah awak kata saya tak buat apa. Jadi saya tak buat apa-apa sungguh la ni.'
 
Ha. Nampak tak? Nampak tak permainan kat situ. Hik hik.
 
 
 
Okey, macam nilah. Apa yang mak nak katakan di sini, kalau ya pun seseorang wanita itu tidak bekerja, tak semestinya dia tak menyumbang langsung kepada keluarga sebaliknya, dialah yang paling banyak berkorban untuk keluarga.
 
Wanita bekerjaya pula, haruslah dihormati juga. Dahlah membantu suami menyara keluarga, setengah masa habis di pejabat, setengah masa lagi mengemudi rumah, bila masa dia berehat? Jadi fikir-fikirkanlah, mulai sekarang, hormatilah wanita dengan lebih ya.
 
Hik hik.
 
Wanita pula, janganlah terlalu mengharap orang menghormati kita sebab kita dah buat semua. Jangan rasa kita berkerjaya maka kita lagi hebat daripada suami kita.
 
Ingat, redha Allah adalah pada redha Encik Suami. Betapa besarnya darjat suami yang telah ditentukanNya. Kalaulah pangkat wanita lagi tinggi daripada suami, di rumah tetap suami adalah raja, ya anak-anak.
 
Jadi mak nak kongsi sedikit ilmu dengan para isteri, ibu dan anak-anak perempuan di luar sana ya.
 
19 Hadis Nabi berkaitan kaum Hawa.
 
1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".         
  
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.         

3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.         

4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.         

5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.        
   
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.          

7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.         

8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.        

9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        

10.   Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.   
     
11.   Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        

12.   Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.      
 
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.  
     
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 
          
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.        
  
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.    
       
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
 Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
 
Salam hari Jumaat yang barakah. :)
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...