Hari ni mak cuti sebab badan mak masih sakit.
Kenapa badan mak sakit?
Meh mak nak cerita.
Haha.
Hari Selasa yang lepas, kami (Tourism Malaysia) ada buat latihan kecergasan khas untuk staff-nya yang menjadi wakil TM untuk Badan Sukanun. Termasuklah mak ni ha. Sebab mak wakil bowling. Jadinya wajib kena turun sekali.
Mak pun tak kisahlah sebab mak ingatkan latihan biasa sahaja.
Sekali ---- dah macam nak main bola sepak gaya latihannya.
Sakit badan-badan mak ni ha.
Meh la mak terangkan melalui gambar. Bolehlah kamu semua bayangkan. Haha.
Okey. Mak mulakan dengan perjalanan kami ke tempat latihan tu. Tak jauh pun. Dekat Pantai Pullman saja. Depan bangunan kami saja. Jadi kami decide untuk jalan kaki saja ke sana. Warming up gteww. Haha.
warming-up la sangat kan haha |
Ini adalah Jurulatih kami iaitu Prof. Zul, kalau sekali imbas macam muka Adlin Aman Ramlie tau. Haha. Badan ya ampun, gila tough.
Masa ni tengah mukadimah. Bagitahu nak buat apa segala. Ok lagi masa ni.
Main pun setakat baling-baling bola tenis aje.
Celah gigi lagi masa ni.
Masa ni dah start azab. Kena berlatih macam orang main bola nu ha!
Gila azab.
Masa ni urat keting dah start sakit.
Okey, kami kena buat macam ni ya anak-anak.
Yang dah biasa tu tak apalah.
Yang macam mak ni.
Sila-lah bayangkan dengan sopan okey.
Mesti kau orang kata, tak aci sebab tak letak gambar sendiri.
Yelah-yelah.
Nah!!
abaikan mamat yang sengih tengok mak tunggang terbalik tu. Grr!! |
Okey ini untuk sejukkan badan.
Dah, mak tak larat dah.
memang masa dapat baring ni, mak tak bangun dah. hahaha.
Untuk pengetahuan kalian, kami habis latihan ni jam 6.00 petang. Jam 7.30 tu pula, mak ada latihan bowling.
Jadi inti pati utama kenapa mak sakit badan ialah, kerana mak dah tua dan badan mak dah tak mampu nak hadapi senaman-senaman berat begini haha.
Tapi apa-apa pun, main bowling, takda hal. Mak boleh ja. Hahaha.
p.s.
Mak MC keesokan harinya.
Khamis mak kerja.
Tapi Jumaat yakni hari ni, mak cuti sebab sakit sangat kaki ni ha.
Haha.
kemain lagi dia punya training! tengok pun dah penat..huhu :p
ReplyDeletekelasss la mak!!! (membayangkan mak wat latihan ngan penuh kesopanan n ketatasusilaan)
ReplyDeleteKalah training Shalin Zulkifli! haha
ReplyDeleteProf Zul tu dari university mana?
Daddy Ziyad, prof zul dr uitm kalau tak silap.
Delete